Jalan -Jalan Tanjung Karang kali ke 2

Salam , 

Untuk kali ke 2 lebih kurang 100 hari , kami sekeluarga ke Tg Karang lagi. Jarang kami pergi ke tempat yang sama dalam tahun yang sama. Seingat saya dulu pernah ke Port Dickson 2 kali dalam setahun dan menginap di Hibiscus 2 kali dalam setahun tapi salah satu penginapan sudah ditaja. Apapun penginapan di The Chalet Sungai Burung ada tarikan tersendiri. 

Banyak sebab kami datang. Antara sebab kenapa kami datang semula adalah pertama pada Jun dulu, musim padi belum menghijau. 

Kedua kami tinggal di bilik 4 tapi bilik 6 masih dalam pembinaan dan siap selepas hari raya haji.   

Ketiga pemilik chalet suami isteri sangat ramah dan sentiasa memberi hadiah selepas kami keluar. 

Keempat kemudahan percuma berbasikal dan ATV serta memancing ikan memberi kepuasan untuk anak-anak. 

Kelima tarikan lain seperti minum di gerai kopi sawah , makan Mentarang serta kemudahan Petron yang ada Marrybrown serta suasana sawah padi.

Keenam  Jalan alternatif Lebuh Panitai Barat untuk balik kampung atau ke Lumut mahupun pun ke Bruas sudah hampir siap sepenuhnya dan jalan raya tidak lagi jem teruk seperti dahulu. 
 
Ke tujuh terdapat beberapa pantai untuk di singgah atau ke pasar untuk membeli ikan-ikan segar selain Mentarang.

Ke lapan untuk sampai ke sini cuma satu jam 30 minit sahaja jadi tidak perlu keluar awal atau keluar awal untuk singgah melakukan perkara lain. 

Ke sembilan, dengan Xpander kami boleh bergerak ke mana-mana dan ini adalah alternatif terbaik untuk bersantai-santai bersama keluarga di lokasi terhampir. 

Akan datang mungkin akan singgah lagi kerana sangat sesuai.

















Sekian

photo pn80517_zps08rer6as.gif

Jalan-jalan ke Perak

Salam, 

Umur trip ke 2 bulan yang sama sempena Hari Malaysia dan cuti semester. kami balik kampung di Semanggol serta singgah di Kuala Kangsar lalu bermalam di Ipoh.

Esok nya kami ke Lumut dan bermalam di sana sebelum pulang ke rumah. Balik kami lalu Lebuhraya Pantai Barat dan singgah di Petron untuk makan tengahari. Petron ini baru dibuka April tahun ini dan kemudahannya sangat memuaskan.

Di rumah kami menyambut hari lahir Alisha ke 8.


Di Lumut ada 2 kedai makan ini cina dan melayu mudah berniaga sebelah menyebelah  









photo pn80517_zps08rer6as.gif

Jalan-jalan ke Melaka

Salam , 

Minggu cuti sekolah dan sambung cuti semester, dengan Xpander kami jalan-jalan ke Melaka. Menginap di Hotel Bayou serta singgah makan di kedai berhampiran. Kami singgah di Pantai Klebang dan Pengkalan Balak sebelum  balik ke rumah. 



































Sekian

photo pn80517_zps08rer6as.gif