Messi dan Argentina menjuarai Piala Dunia 2022
Salam ,
Piala Dunia baru sahaja selesai dengan kemenangan Argentina mengalahkan Perancis 3-3 dan penalti 4-2 melalui perlawanan paling dramatik sepanjang zaman. Sungguh pun Argentina kalah mengejut di perlawanan pembukaan kepada Arab Saudi dengan 2-1, Argentina tenang menyusun strategi dan taktikal sehingga ke perlawanan akhir. Sebelum perlawanan akhir Argentina sudah tidak kalah sepanjang 36 perlawanan. Dalam perlawanan akhir ini Argentina mendahului 2 gol melalui penati Messi dan De Maria di separuh masa pertama yang di lihat Perancis bukan bermain di tahap sebenar. 2 pemain utama Giroud dan Dembele yang prolifik dengan larian pantas dan ketajaman dia depan gol telah dikeluarkan pada minit ke 41 yang belum pernah berlaku sebelum permainan sebelum ini. Dan jugak pemain Perancis dikabarkan mengalami sakit perut beberapa hari sebelum perlawanan.
Di 10 minit terakhir sebelum perlawanan tamat Mbappee meledak 2 gol untuk membawa perlawanan ke masa tambahan. Di masa tambahan Messi sekali lagi menjaringkan gol dan menjadi penjaring terbanyak bersama Mbappee namun Mbappee menyempurnakan gol penalti dan mejadi pemain ke 2 hatrik dalam perlawanan akhir selepas Geoff Hurst di perlawanan akhir Piala Dunia 1966.
Dan sehingga akhirnya penentuan penalti dimenangi oleh Argentina dengan 4-2.
Kemenangan Argentina kali ini bukan sahaja kerana Argentina tetapi lebih kepada perjalanan karier Messi yang panjang dan dibayangi oleh Cristiano Ronaldo tetapi apa pun kedua-duanya tetap hebat dan legenda bola sepak moden. Mereka sering bertukar menjadi pemenang Balon D or setiap tahun selama bertahun-tahun.
Mengikut peminat Messi mungkin lebih hebat di peringkat kelab sahaja dan juga Ronaldo. Di peringkat negara Ronaldo telah menang Piala Eropah pada tahun 2016 mengalahkan Perancis tapi belum menang Piala Dunia dan Messi belum memenangi apa-apa ketika itu. Yang menyedihkan Argentina dan Messi hampir menang tapi kalah di perlawanan akhir Piala Dunia pada tahun 2014 kepada Jerman serta kalah di perlawanan akhir Copa Amerika beberapa kali termasuk 2 kali berturut-turut kepada Chile serta sudah 2 kali mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa.
Namun Messi tidak putus asa dan kembali lagi ke gelanggang. Walaupun di setiap kekalahan Messi kelihatan kecewa namun dapat di lihat tenang kali ini walaupun kalah pada perlawanan pembukaan.
Apa yang kita belajar tentang Messi yang bertubuh kecil dan pernah ditolak beberapa kelab pada awal kariernya ialah perjalanan kariernya yang penuh warna warni sehingga bergelar JUARA PIALA DUNIA. Syabas Messi dan Argentina juara kali ke 3.
Sekian

Pertarungan kuasa-kuasa parti di PRU
on
at
November 14, 2022
|
0
comments
Salam,
Untuk kali pertama dalam sejarah Malaysia, kita ada banyak pilihan untuk mengundi. Biasa parti seperti UMNO yang membentuk Barisan Nasional(BN) bersama parti lain seperti MIC dan MCA serta gabungan lain akan menguasai kerajaan dengan parti PAS yang lebih islam selalu akan kalah atau menguasai beberapa negeri sahaja.
Tapi kali ini ada beberapa gabungan serta berpuluh-puluh parti politik yang akan bertanding(rujuk sini). Senario politik Malaysia berubah kerana mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak didapati bersalah dalam kes SRC dan jugak 1MDB serta bakal dikaitkan dengan beberapa lagi kes akan datang. Manakala bagi BN, pemimipn utama seperti Dato Zahid Hamidi dan Tok Mat jugak akan menghadapi beberapa pertuduhan.
Keadaan ini membimbangkan negara terutama pelabur yang ada dan akan datang ke sini. Selain itu Dollar juga naik serta peperangan Russia-Ukraine serta pertembungan kuasa besar US-China-Russia yang mempunyai kepentingan masing-masing.
Apapun sabtu ni 19hb November , pilihanraya akan berlangsung dan semoga kita mendapat kerajaan yang lebih stabil untuk rakyat hidup aman.
Sekian

Jalan -Jalan Tanjung Karang kali ke 2
on
at
September 30, 2022
|
0
comments
Salam ,
Untuk kali ke 2 lebih kurang 100 hari , kami sekeluarga ke Tg Karang lagi. Jarang kami pergi ke tempat yang sama dalam tahun yang sama. Seingat saya dulu pernah ke Port Dickson 2 kali dalam setahun dan menginap di Hibiscus 2 kali dalam setahun tapi salah satu penginapan sudah ditaja. Apapun penginapan di The Chalet Sungai Burung ada tarikan tersendiri.
Banyak sebab kami datang. Antara sebab kenapa kami datang semula adalah pertama pada Jun dulu, musim padi belum menghijau.
Kedua kami tinggal di bilik 4 tapi bilik 6 masih dalam pembinaan dan siap selepas hari raya haji.
Ketiga pemilik chalet suami isteri sangat ramah dan sentiasa memberi hadiah selepas kami keluar.
Keempat kemudahan percuma berbasikal dan ATV serta memancing ikan memberi kepuasan untuk anak-anak.
Kelima tarikan lain seperti minum di gerai kopi sawah , makan Mentarang serta kemudahan Petron yang ada Marrybrown serta suasana sawah padi.
Keenam Jalan alternatif Lebuh Panitai Barat untuk balik kampung atau ke Lumut mahupun pun ke Bruas sudah hampir siap sepenuhnya dan jalan raya tidak lagi jem teruk seperti dahulu.
Ke tujuh terdapat beberapa pantai untuk di singgah atau ke pasar untuk membeli ikan-ikan segar selain Mentarang.
Ke lapan untuk sampai ke sini cuma satu jam 30 minit sahaja jadi tidak perlu keluar awal atau keluar awal untuk singgah melakukan perkara lain.
Ke sembilan, dengan Xpander kami boleh bergerak ke mana-mana dan ini adalah alternatif terbaik untuk bersantai-santai bersama keluarga di lokasi terhampir.
Akan datang mungkin akan singgah lagi kerana sangat sesuai.
Sekian

Jalan-jalan ke Perak
on
at
September 21, 2022
|
0
comments
Salam,
Umur trip ke 2 bulan yang sama sempena Hari Malaysia dan cuti semester. kami balik kampung di Semanggol serta singgah di Kuala Kangsar lalu bermalam di Ipoh.
Esok nya kami ke Lumut dan bermalam di sana sebelum pulang ke rumah. Balik kami lalu Lebuhraya Pantai Barat dan singgah di Petron untuk makan tengahari. Petron ini baru dibuka April tahun ini dan kemudahannya sangat memuaskan.
Di rumah kami menyambut hari lahir Alisha ke 8.
Di Lumut ada 2 kedai makan ini cina dan melayu mudah berniaga sebelah menyebelah

Subscribe to:
Posts (Atom)















.jpeg)

.jpeg)
























.jpeg)


















.jpeg)









