Cerita Bola : Pemergian Mendiang Diogo Jota di tangisi

Salam, 


Terdetik untuk menceritakan kisah tragedi seorang pemain bolasepak yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta 2 hari lepas menjadi perhatian saya. Iya benar kecintaan kita sebagai muslim hanya pada Rasulullah , para rasul dan sahabat nya serta beragama Islam adalah hakikat kehidupan namun sebagai manusia yang berkemanusiaan dan peminat sejati terhadap bolasepak dan sukan yang bersemangat juang yang tinggi untuk mendidik diri dalam kesihatan dan jati diri adalah sesuatu yang menjadi perhatian sebagai seorang manusia biasa.   

Kematian adalah proses kehidupan perkara biasa sebagai manusia dari dilahirkan sehingga ke tua dengan pelbagai sakit yang berkesudahan namun kisah Diogo Jota adalah lain dari biasa. Memang kematian selepas bersara dari pelbagai sukan juga perkara biasa atau semasa masih bergelar pemain profesional. Namun bagi pemain bolasepak posisi penyerang dari kelab yang saya minati iaitu Liverpool yang juga pemain kebangsaan Portugal bernama Diogo Jota, pengakhirannya mati di usia muda bagai penamat sebuah filem yang berakhir dengan kesedihan atau anti klimaks.

Tribute juga di kelab sebelum Wolverhampton Wanderers atau Wolves 

Beliau datang ke Liverpool pada 19 September 2020 dengan nilai 50 juta pound. Beliau bermain sebanyak 398 kali bersama Liverpool termasuk 190 dalam liga. Beliau menjaringkan 136 gol dan bantuan 66 gol termasuk  63 gol dan bantuan 24 gol dalam liga. 

tiada dalam catatan sekrang 148 tahun tennis Wimbledon dihentikan sejenak  memberi penghormatan terakhir pada beliau



Untuk catatan Pada 26 Mei 2025 beliau bersama Liverpool mengangkat trofi Juara Piala Liga Inggeris kali ke 20. Pada 9 Jun 2025 pula , beliau bersama pasukan kebangsaan Portuga mengangkat trofi lagi. Kali ini Piala UEFA National League.  Manakala pada 22 Jun 2025 beliau berkahwin dengan Rude Cardoso  setelah berkenalan 13 tahun lepas dan ada 3 orang anak yang masih kecil. Manakala pada 3 Julai 2025 beliau bersama adik nya pergi selama-lamanya.

antara unik cara sambutan gol 
dan ini simbol seorang gamer 

Kematian beliau dalam berita yang dilaporkan di edition.cnn ini di Jalan A52 di Zamora yang terletak di barat laut Sepanyol bersama adik beliau Andre Silva berlaku pada pagi hari Khamis manakala kita di sini sekitar 4 petang. Pada awalnya kita jangkakan adalah berita palsu untuk melariskan atau menaikkan rating pembaca namun bila media-media sukan berpusu-pusu melaporkan maka berita ini adalah benar.

Terkejut , iya memang terkejut kerana sebelum ini tiada pemain yang masih hidup dengan kontrak masih berjalan meninggal dunia di kelab Liverpool. Selama berhari-hari berita ini berjalan dan bila sentiasa melihat catatan dari rakan-rakan serta kisah persahabatan dengan setiap pemain yang memiliki hubungan akrab dengan nya , memang pemain bernama Diogo Jota adalah lain dari yang lain.

Menurut ibunya beliau semasa remaja tidak keluar rumah cuma ada di rumah kecuali keluar pada hari lahirnya. Beliau juga seorang gamer bolasepak yang baik. Kematian beliau meninggal suatu legasi pada 2 dunia dan jersi no 20 di Liverpool telah ditetapkan untuk diabadikan sebagai tiada lagi yang menggunakan nombor ini lagi bagi menghormati jasa beliau memakai nombor 20 manakala pihak pengurusan Liverpool akan meneruskan baki bayaran kontrak berakhir sehingga 2028 serta membantu membiayai kos kehidupan anak-anak beliau.  

Biasanya kehilangan individu terkenal samada pelakon atau ahli sukan berpengaruh akan ada penyanyi antarabangsa membuat satu lagu kenangan sebagai penghargaan namun tapi bagi mendiang Diogo Jota, ramai penyanyi membuat lagu tribute khas untuknya. Antaranya R Kelly, Rihanna, Ed Sheeran serta lagu dendangan semula see you again.

Semoga kematian kita kelak akan membawa kita ke Syurga dengan amalan-amalan yang diterima oleh Allah S.W.T.

Sekian 
  
bersama Cristiano Ronaldo 


photo pn80517_zps08rer6as.gif