Suka Duka sekitar Hari Malaysia

Salam,

Sekitar beberapa hari di hari Malaysia , saya mengalami beberapa cerita biasa dan insiden yang sedikit mengganggu.

Pada 12hb adalah hari terakhir Akmal di MRSM Alor Gajah. Selama sehingga di tingkatan 2 pada hari terakhir peperiksaan ini Akmal merasa tidak selesa berada di MRSM. Pada awalnya tiada masalah sehingga ada insiden di mana dia telah disuruh mengambil air untuk senior. Namun tiada botol lalu Akmal tiada pilihan mengambil botol yang dijumpai mungkin dari pelajar lain. Malangnya Akmal telah ditangkap dan dibuktikan melalui CCTV yang dia mengambil botol tersebut dan mengalami traum peringkat awal. Katanya dia juga dimarahi oleh samada senior lain atau rakan setingkatan. Akmal mungkin merasa sedikit tertekan kerana dia bukan seorang yang rajin bercerita serta tidak macam rakan-rakan lain. Ini sedikit mengganggu pembelajaran yang di MRSM ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan.  

hari terakhir di MRSM Alor Gajah

Selepas mengalami cagu atau kecederaan di ibu jari kaki yang mana ada pendarahan dan perlu pembedahan, Akmal mula rasa tidak selesa. Selepas cuti semester seminggu dia masih terasa. Semasa pergi melawat pada hujung minggu, saya ke sana untuk melihatnya dan membawa ke Poliklinik untuk melakukan penbedahan di kaki dan membawa dia pulang ke rumah. Selama beberapa hari sehingga 2 minggu baru Akmal dapat pulang ke MRSM. Bila pulang ke sana, Akmal bagi tau yang dipulaukan oleh rakan-rakan dan dia tidak merasa selesa lagi. Akhir nya untuk kesekian kali Akmal memberitahu untuk berpindah sekolah. 

Saya pun melakukan proses tukar sekolah hingga  12hb Akmal pun pulang terus ke rumah dan seminggu kemudian bermula lah sekolah di persekitaran. 


Pada 13hb, saya bersama rakan sekolah ada mengambil bahagian dalam pertandingan tahunan FCC sekolah. Macam biasa kami kalah semua permainan.


main tak seberapa yang penting silaturrahim

Pada tengaharinya saya terpaksa pulang awal untuk membawa keluarga ke Tanjung Karang untuk bermalam di sana sempena cuti sekolah. Kami menginap di D Sawah Chalet. Untuk sampai ke sini jalan sentiasa jem kerana kerajaan membenarkan cuti pada hari isnin jadi selama 4 hari jalan akan jem terutama di jalan ke bandar atau jalan dari kampung ke bandar.



pokok durian tunggal

Antara tempat kami singgah ialah di pokok durian sebatang, di kapal terbang serta makan satay di bandar. Bagi saya Chalet ini ada sedikit kelemahan kerana berdepan dengan tempat rehat di luar kalau dudu di bawah serta sempit. Kalau lalu di sawah padi , jalan biasa nya ada satu hala sahaja dan jarak nya panjang sekitar 1-2 kilometer. Di pertengah jalan ada sempadan untuk berhenti untuk memberi laluan kereta bertentangan lalu.



Pada hari 15hb pula, kami sekeluarga dan keluarga besan menginap di Bukit Lagong atau lebih pada Hari Keluarga. Malam ada barbequ dan acara untuk sukaneka untuk anak-anak.




beberapa hari selepas
bahu sakit tapi sempat main badminton macam biasa pada belah malam

Pada 17hb selepas hari Malaysia, kehidupan diteruskan seperti biasa. Pagi hari hujan sedikit. Saya ke tempat kerja cuma jalan licin. Malang tidak berbau, laluan terus ke pejabat dan berapa hampir di PWTC, ada motorsikal jatuh di depan laluan. Saya membrek tapi jatuh awal dalam keadaan masuk berangan-angan. Keadaan jalan seperti biasa baru melepasi jem dan kurang kereta pada masa kejadian. Selepas jatuh saya mencari motorsikal d jalan tapi tiada. Rupanya motorsikal sudah berada di tepi. Motorsikal yang jatuh tadi menolong saya dan katanya dia mengelak kereta dan kereta pun berlalu pergi. Dalam 1-2 minggu peristiwa berlaku, penunggang motorsikal pun berlalu pergi setelah semua selamat. 

sejam lepas kemalangan, gigi dean 2 patah , bibir kiri koyak dan pipi kanan luka masih mengalir
seminggu lepas tu 

Dengan jatuh ini saya mengalami kecederaan di pipi kanan, bibir kiri terpaksa dijahit 10-5 jahitan, luka tompokan lebih di tangan kanan dan kiri , kaki kanan dan peha kanan ada luka agak besar.

darah beku bercampur tisu
bibir terkopak selepas kemalangan

Ini merupakan kali ke 2 dalam 3 minggu saya jatuh motorsikal juga sebab jalan licin dan elak lori yang teragak-agak memilih lorong. Dan untuk tahun ini , ini kali ke 3 jatuh motorsikal di mana pada hari pertama puasa pada bulan 3 di tempat hampir sama tadi , ada motorsikal Xmax memintas laluan saya dan saya melanggar dia.

dari dekat

tengok sahaja makanan dan cuma boleh makan sup


Pada 18hb , acara seterusnya iaitu hari lahir Alisha serta biras Serendah berlangsung di Hadramat Bandar Baru Selayang. Tapi gigi patah maka susah untuk makan cuma hirup suo sahaja.

Sekian

photo pn80517_zps08rer6as.gif

Hat Yai - Patani - Narathiwat - Yala - Betong : Here We Goo

Salam, 


Pada Merdeka baru-baru ini, saya mengikuti rombongan rakan sekolah buat kali ke 2 ke Thailand juga sekali lagi. Kali ini laluan kami ke arah timur tapi masuk melalui sempadan Bukit Kayu Hitam dan Sadao terus ke Hatyai dan keluar nanti di Betong beberapa hari kemudian. Pada masa yang sama, isteri pun turut menyertai rombongan bersama rakan pejabat dan tempat juga sama iaitu Hat Yai tapi cuma Hat Yai sahaja lalu anak-nak tinggal untuk menguruskan rumah dan saya menghantar isteri ke pejabat selepas solat Maghrib pada hari Khamis malam.


berkumpul dulu sebelum van datang

Perjalanan seramai 13 orang tinggal 1 sorang kerana masalah kerja, kereta sebanyak 5 biji dan satu motosikal ditinggalkan di rumah Haji Zaid selaku ketua rombongan. Van siam dipandu Zul baru sampai dan sekitar 12.15 Jumaat pagi tayar golek bermula. Masing-masing kekal tempat duduk sampai balik. Van asal adalah berlampu-lampu yang biasa nya dari Thailand cuma kali ini bertukar atas alasan teknikal. Apapun van dari jenama Toyota bernama Commuter adalah sesuai kerana tahan lasak dan saiz besar serta boleh muat lebih 10 orang.

29 Ogos

Kami berhenti beberapa kali terutama di Gurun dan solat subuh di berhampiran sempadan. Selesai van ambil insurans serta beberapa perkara lain, kami tiba pukul 8 pagi di sempadan. Sama seperti di bulan Januari kelmarin, di sini tidak ramai walaupun esoknya hari cuti umum.   
 
sampai sempadan Bukit Kayu Hitam

Oleh kerana di setiap hari adalah hari berlainan dan masa suntuk, maka kami melalui sehariannya di Hat Yai dengan apa yang sempat. Di Hat Yai kami bermalam di Sakura Budget Hotel dalam satu kilometer dari Lea Garden. 

Semasa selesai di kaunter Imigresen Thailand, perjalanan kami akan diiringi oleh Abang Mat dari Patani dan kami membeli sim kad lokal jenama AIS bagi yang masih belum ada jaringan roaming yang di jual di luar kaunter cop oleh agen yang siap menunggu dengan harga sekitar RM25.




harimau menangis tetap menjadi pilihan
lapar semua

Kami kemudian ke kedai makan tempat biasa di awal pengujung sampai selepas selesai di sempadan untuk makan nasi kerabu dan nasi dagang serta lauk daging terkenal iaitu harimau menangis. Harimau menangis ini laris teruk di awal sempadan Davao tidak kira tempat popular atau biasa dan tetap menjadi pilihan. Rombongan isteri pula mengalami masalah bas selama 3 jam dan bertukar bas juga baru sampai dan makan di tempat sama tapi kedai berlainan tapi kami sudah bergerak ke tempat lain.


dengar taklimat

Aturcara seterusnya kami ke Erawadee iaitu tempat mempromosi ubat-ubat kesihatan sama seperti menjual gamat di Langkawi untuk di jual pada pelancong. Pelbagai produk kesihatan di jual di sini dengan harga berpatutan, Pada awalnya kami di beri nombor dan masuk ke bilik untuk dengar taklimat kelebihan-kelebihan serta harga bagi produk yang ditawarkan. Selepas kami bergerak, rombongan isteri tiba lagi dan terlepas lagi untuk berjumpa.


makan aiskrim di Nora Plaza 
tempat bermalam di Sakura Budget Hotel
sebahagiannya sudah panjang langkah

yang ini ke tempat lain

Singgahan seterusnya kami ke Nora Plaza untuk membeli pakaian-pakaian borong Hat Yai sambil makan aiskrim kelapa. Kali ini dan seterusnya rombongan isteri tidak ikut dan ke haluan aturcara masing-masing. Perjalanan kami seterusnya ke gudang jual pakaian-pakaian lagi sambil melihat Sakura Budget Hotel cuma 50 meter je. Dalam pukul 1 tengah hari kami tiba di hotel untuk daftar masuk. Selesai daftar masuk , ada yang meronda ke Central Hat Yai dimana yang tidak mahu rehat di bilik ada yang keluar berjalan-jalan menaiki tut-tut.



buffet idaman setiap orang yang datang ke Hat Yai


dah kenyang balik dan sambung aktiviti lain 

Sekitar 5 petang kami turun dari hotel untuk pergi ke Buffet Khlong Hae Steamboat iaitu tempat yang popular untuk makan makanan laut. Kali pertama semasa trip 2 tahun lepas, kali ke 2 adalah pada Januari awal tahun ini dan ini kali ke 3 manakala rombongan isteri datang esoknya.


Selepas makan, kami pulang ke bilik sekitar 8 malam. Acara bersambung dengan menaiki tut-tut ke Lea Garden bagi masing-masing yang ingin ke sana. Di Lea Garden agak kurang meriah serta berbeza dengan yang saya lihat dahulu mungkin tempat turun lain.

30 Ogos

Hari ini perjalanan seperti biasa kami keluar awal di jam 8 pagi. Kami sarapan di Kedai Kelantan.




Sebelum kami sampai ke destinasi seterusnya, sim kad telah menghadapi masalah di mana kami sepatutnya daftar nombor passport untuk pengesahan jadi beberapa jam setelah daftar kami dapat SMS mengatakan suruh daftar tapi tidak berjaya daftar. 






penat bawak van

sekitar sekolah

Kami meneruskan perjalanan ke Patani iaitu ke sekolah pondok pertama untuk menyampaikan sumbangan serta tahlil beserta nama-nama dari wakil-wakil kami satu sekolah. Saranan ke sekolah pondok ini telah diilhamkan oleh Haji Zaid sambil dibantu oleh Abang Mat ke tempat di tuju. Abang Mat juga tinggal tidak jauh dari sini jadi memudahkan urusan kami. Wakil sekolah pondok juga bercerita perjalanan sekolah ini serta apa yang berlaku di sekitar.  Untuk melihat persekitaran, boleh rujuk di sini.



Selesai di sini, kami meneruskan perjalanan lalu singgah ke Telaga Sheikh Daud Al Fathoni. Telaga ini dibina sekitar 200 tahun dahulu. Telaga ini terletak di Kampung Parit, Kerisik di Patani yang merupakan peninggalan nenek moyang Syeikh Daud Al-Fatani. Ia juga dipanggil Telaga Dinar dan boleh rujuk di sini.



Bila sudah tiba di sini, bermakna tidak jauh dari nya terdapat masjid separa siap yang dipanggil Masjid Kerisik yang terkenal di Patani. Untuk cerita Masjid Kerisik boleh rujuk sini.




mengambil wujud 

dalam Masjid Kerisik


Selesai di Masjid Kerisik kami singgah ke pantai untuk makan petang. Laluan masuk ke sini dari arah simpang jalan besar terdapat penjualan garam manis. Ini kerana di sebelah pantai ade kawasan untuk memproses garam manis. Saya tak pasti rasanya macam mana. 

persimpangan ke Patani dan Betong
kedai makan





Sebelum sampai ke penginapan, kami singgah dulu ke kedai telepon. Beberapa rakan menghadapi masalah line tapi akur terpaksa membeli line baru tapi tidak mahal dan hanya guna kurang 2 hari sahaja.


Kami kemudian sampai ke The Imperial Narathiwat Hotel untuk bermalam yang cuma 150 meter dari kedai telepon. Selepas solat Jamak dan ada yang solat di masjid, kami menuju ke pasar malam dalam 700 meter di kanan.

Lan menerangkan tempat pasar malam

Pasar malam ini terletak di tepi Sungai Bang Nara di mana di hujung sungai adalah  Laut China Selatan manakala atas nya adalah Gulf of Thailand. Makanan di sini 40 peratus murah dari tempat kita dan tidak banyak beza serta selera boleh di terima.

pulang sudah ke hotel

31 Ogos

Hari ini adalah hari kebangsaan yang ke 68 bagi negaraku Malaysia. Ironinya lagu negaraku juga bergema di Paris, Perancis kerana buat pertama kali beregu campuran badminton perlawanan akhir telah dimenangi oleh beregu dari Malaysia. Tahniah Cheng Tan Jie dan Toh Ee Wei cemerlang mengalahkan Wakil China. Hasrat satu kali lagi lagu negaraku berkumandang melalui beregu wanita Malaysia tidak kesampaian bila kalah set ketiga namun perjuangan menuju kemenangan wajar diberi pujian.






Berbalik pada perjalanan seterusnya kami sarapan di Restoran Akhoo by Nasir. 






Kemudian singgah untuk ziarah di Sekolah Pondok ke 2. Seperti semalam kami memberikan sumbangan serta tahlil ringkas.  






penyerahan dan penutup

Untuk sampai Betong kami berehat sebentar di RnR. 



Sekitar pukul 5 petang kami tiba di Betong lalu bercadang untuk makan di Restoran Hantai tapi ada tanda rehat di situ. Van kemudian diletakkan di Masjid Betong dan kami jalan-jalan di sekitar pekan. Betong tidak besar dan waktu sekitar pukul 10 malam kedai sudah tutup dan sunyi tapi pub masih beroperasi.

lauk makan malam di Pekan Betong


Terdapat banyak restoran halal serta ramai bangsa cina dari Malaysia ada di sini. Ada juga kedai makanan di luar sikit dari pekan Betong cuma harus perhati bahagian dalam untuk memeriksa adalah yang masak muslim atau bukan. Betong juga merupakan pekan bagi memandu motorsikal atau trip ride bagi rakyat malaysia selain Hat Yai.

peti surat Betong
lampu-lampu di pasang di lorong-lorong Betong
belakang tu terowong

Selesai makan, kami bergerak ke The Betong Life Guesthouse untuk bermalam. Kami cuba sewa motor cupchai tapi ada masalah pada motor dan bahasa untuk yang mahu disewa. Akhirnya van kami pun menghantar ke pekan Betong. Kami berjalan dan bergambar di peti pos besar , jalan menghampiri terowong , bergambar dengan lampu terang di belakang lorong lalu pergi ke 7 Eleven yang pada pukul 9 malam ke atas yang akan tambah stok kerana ramai yang membeli makanan. 

sewa moto

Selesai di 7 Eleven, kami mencari kedai makan dalam 600 meter tapi tutup tapi sepanjang jalan pulang ada kedai makan buka lalu kami singgah. Selesai di sini Zul datang dengan van lalu membawa kami pulang ke guesthouse.   
 
 1 September

sarapan di pagi hari
 meronda di terowong

Di pagi hari saya bersama Majo, Sepol dan Ustaz menuju ke masjid berhampiran untuk solat subuh berjemaah. Selesai solat subuh kami bersarapan pagi dan di sapa oleh jemaah masjid. Ada yang 40 tahun tinggal di sini kerana kerja di lapangan terbang Betong.










Dah nak keluar di kaunter, ada yang pertama kali ... Jadi kena cas RM2

Selesai sarapan, kami balik dan bersiap untuk keluar dari guesthouse. Kami sarapan di  Tahoo Dimsum di mana kami makan nasi itik sambil makan dimsum.

Setelah selesai kami ke Gudang Kasong untuk membeli barang makanan pula untuk di bawa pulang.

Bila selesai baru kami ke sempadan untuk keluar menuju ke Grik. Terdapat 2 jalan ke Grik , satu menuju ke plus dan satu lagi melalui Lenggong jadi kami masuk ke Lenggong. Beza kedua-duanya dala 2 jam ke 2 jam 40 minit. Kami berhenti di RnR Kuala Kangsar dan Gua Tempurung Serta RnR Tanjung Malim. Van kemudian sampai di rumah Haji Zaid tepat jam 7 malam. 

Lepas semua keluar, saya bersama Sepol berjumpa dengan Abong dan Syahrul untuk makan Nasi Lemak Ujang. Lepas tu saya solat di Masjid berhampiran rumah Sepol dan pulang kemudian. 

Nota:
Apa yang menarik di Betong sekarang paling mudah masuk ke sempadan Thailand dan cuma aktiviti meriah tamat sekitar 10.30 malam serta menggunakan TDAC atau kad digit melalui website ini untuk masuk mana-mana arah ke Thailand. Boleh dikatakan aktiviti agak padat cuma kami ada 1 hari sahaja di setiap bandar yang di singgahi. Selama perjalanan trip ini boleh disimpulkan Hat Yai adalah pekan yang agak sibuk manakala di Naratiwat, Patani dan Yala adalah pekan yang islamik yang terpaksa masuk ke jajahan Thailand atas sejarah raja yang kalah judi. Ketiga-tiga tempat ini tiada kemudahan roaming dan merupakan wilayah bergolak untuk sekian lama. Sehingga kami pulang pun masuk ada dengar cerita rusuhan yang dimulakan oleh puak-puak tertentu. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

Gambar dan video klip kredit Lan Bye

Sekian.

photo pn80517_zps08rer6as.gif