Positif COVID 19

Salam,

Setelah sekian lama bertahan dan mendengar cerita jangkitan covid dari orang lain dan makin hampir ke sepupu dan saudara rakan serta adik beradik, kini keluarga saya sudah pun terkena jangkitan COVID 19.  Kebanyakan kes Omicron biasanya cuma 5 hari sahaja dan tiada contact B cuma contact rapat saya dan kuarantin di rumah. Apapun perlu lihat maklumat dari masa ke semasa dari pengumunan KKM untuk tindakan selanjutnya.

Dari keluarga, isteri anak no 1 sehingga ke 5 kecuali saya dan anak no 3 masih bertahan dan anak no 3 bakal menduduki SPM esok. Jadi harap swap test iaitu ujian masuk ke hidung di klinik akan berstatus negatif supaya anak no 3 dapat mengambil SPM tanpa tunggu bulan 4 bagi yang terkena jangkitan ini.  

Sehingga sekarang, Mak mertua , biras dan isteri serta 2 anak bawah sudah terkena mungkin dari situ anak-anak saya mendapat jangkitan.

Apapun kami menunggu sehingga hujung minggu untuk memotong gelang pink tersebut dan bebas semua dari wabak walaupun sudah mengambil 2 dos dan dos penggalak.

Sekian

photo pn80517_zps08rer6as.gif

Kayak Sungkai OGKL

Salam, 

Di hujung Februari, OGKL mengajak rakan-rakan melayari aktiviti berkayak di Sungkai. Acara santai boleh membawa kanak-kanak sekali memang sesuai untuk acara family day atau hari keluarga. Tempat bermula adalah di Buyong Mas Santuary di sebelah Sungai Klah di Sungkai tidak jauh dari lebuh raya Plus.

Walaupun kebanyakan acara disertai oleh orang lama OGKL masih ada beberapa rakan dari luar turut serta terlibat menjayakan kayak sejauh 13km ini.

Untuk Buyong Mas Santuary ini baru 4 bulan dibuka dan dikelolakan oleh Black Vuna Venture atau boleh hubungi orang kampung Alin untuk maklumat lanjut. Untuk berkayak ini saya tiada gambar kerana telepon masuk air tapi dapat diselamatkan jadi gambar adalah dari para peserta.


































Sekian

photo pn80517_zps08rer6as.gif

Gunung Besar di Sungai Siput

Salam,

Nama Gunung Besar agak biasa di dengar namun tiada aktiviti untuk ke sana. 2 tahun lepas Kelab Mountain AD ada membuat trip ke sana tapi mungkin saya bertembung dengan acara lain jadi terlepas masa itu. Kini Kelab Mountain Ad sekali lagi ke Gunung Besar yang terletak di Sungai Siput Perak untuk merasa kesegaran trek semasa covid'19 masih rancak.

Bersama Kak Pah dan Azhar@Jaa kami menuju ke Sungai Siput tapi berhenti di RnR Tapah serta berehat di RnR Kuala Kangsar kerana dengarnya masjid tutup ikut SOP.

Seramai 23 peserta dan 4 krew termasuk Nizar@Ferhad dan Ainol akan melalui trek yang dijangka sudah tumbuh semula menutup laluan.

Dari Felda Lasah menuju ke Masjid Bawong memasuki Pos kampung orang asli dan perjalanan selama 2 jam menaiki pacuan 4 roda sebanyak 3 biji. 


Kami lewat sejam dari jadual asal dan bermula pukul 10 pagi. Perjalanan awal naik sikit sebelum turun ke sungai yang tiada tempat pemegang. Sungai cuma satu sahaja dan agak cetek serta kami perlu menyeberang sikit sahaja. Pada awalnya pergerakan agak perlahan kerana ada peserta yang baru serta muka bumi sedikit susah.


Kami tiba di checkpoint atau CP1 pukul 12 tengahari iaitu 2 jam lewat dari jadual tapi ada peserta di belakang lagi lewat dalam 2 jam jarak sebelum sampai di tempat kami.

awal je lalu sungai 








Dengan buloh serta resam yang tinggi telah menutup laluan jadi mana yang ada parang perlu menjalankan tugas. Kadang-kadang saya cuma membantu untuk mengurangkan masa untuk sampai ke kemsite walaupun sudah dijangka lewat cuma kami tidak tahu bila dan bagaimana keadaan kemsite nanti dengan peserta yang ramai ini. Ada beberapa kali kami berhenti selama 5 minit menebas laluan tertutup.




Kami tiba di kemsite sekitar pukul 6.15 petang dengan kemsite yang memanjang jadi agak sukar mengumpulkan semua peserta. Manakala untuk mengambil air pula perlu turun ke bawah. Jika anda pernah ke Gunung Batu Putih untuk mengambil air di tempat bernama air terjun terbunuh maka lebih kurang keadaan nya di sini. Beza bila kita naik dan turun gunung atau bukit,  perjalanan turun akan menjadi lambat dari naik kerana kurang tempat pemegang. Bila sampai di tempat ada air dan selesai, untuk memandang ke kemsite seolah-olah anda sedang memandang ke bulan dan bintang dengan sudut mendaki pada 45-60 darjah.


Saya tidur di hamok tanpa fly walaupun membawa tilam angin. Apapun jika hujan pada malam nanti pasti semua akan kena kerana tempat tidur untuk peserta lelaki agak tidak rata dan menurun serta air akan turun mengalir melalui nanti tapi syukur malam itu tiada hujan.

Pukul 4 pagi kami makan roti dan membawa bihun yang disiapkan oleh Ainol untuk sarapan. Selepas solat subuh di pertengahan, kami tiba di puncak Gunung Besar yang berketinggian 1749 meter tanpa beirut. Tempat tidak besar dan kami menunggu semua peserta sampai.

Gunung kumpulan

Geng NGP

Selepas bergambar, pukul 8 pagi saya turun selama 2 jam 30 minit untuk tiba di kemsite semula. Pukul 12.30 tengahari baru kami dapat bergerak turun. Kali ini kami tiba di CP2 untuk menunggu rakan dibelakang sampai untuk sama-sama turun. Kami bergerak ke CP1 untuk menunggu di sana dan kabarnya 2 peserta agak perlahan. Ferhad kemudian membawa kami keluar ke tempat tunggu pacuan 4 roda lalu kemudian naik semula untuk mengiring peserta yang cedera. 

Namun semasa turun Ferhad mengubah haluan sebelum tiba. Kami tiba di tempat kereta dalam keadan basah kerana hujan di separuh perjalanan keluar tadi. Jadi plastik hujan perlu untuk elak basah dalam kereta. Saya, Jaa dan Kak Pah meneruskan perjalanan ke Petronas Sungai Siput untuk bersih diri dan makan di kawasan berhampiran. 

Kami kemudian bergerak pulang tapi berehat di RnR Simpang Pulai sebelum sampai di rumah.

Sekian untuk trip kali ini.

photo pn80517_zps08rer6as.gif