Berkayak di Lembah Tanum , Kuala Lipis , Pahang

Salam , 


Setelah lama tidak berkayak , pada minggu lepas barulah saya berpeluang untuk berkayak semula. Seramai 30 orang ikut serta untuk trip di bawah kelab OGKL melalui tukang masak kami iaitu Fendi. Antara pengalaman lokasi yang pernah berkayak sebelum ini adalah di Langkawi , Pulau Song Song di Kedah , Sungai Perak, Tasik Banding , Sungkai dan Tasik Bera di Pahang. 

Dari LRT Gombak menuju ke Masjid Kampung Chegar Perah dalam 3-4 jam perjalanan melalui exit ke Bentong melalui ECRL ke Raub dan menuju ke Kota Bharu. Sebahagian jalan sudah siap dan kami cuma keluar masuk sahaja. Lagi 20 minit ke masjid, samada google map atau waze akan menunjukkan jalan yang sama. Saya yang awal di depan melalui jalan gelap selorong di tengah-tengah hutan sehingga sampai di masjid. Sejam kemudian ada yang sampai. Cuma ada beberapa kereta sahaja yang tidak melalui jalan pintas ini.


Pagi selepas subuh , kami menunggu guide dan orang kampung untuk sama-sama bergerak. Sarapan pagi nasi lemak disediakan. 


Ada yang ke jeti untuk tunggu di sana seterusnya tapi guide memberitahu kami akan singgah semula di masjid ini kerana sepatutnya kami camping dan bermalam di Lembah Tanum tapi ada perubahan di mana di sana tiada bilik air dan air sungai keruh. Maka semua berkumpul ikut jadual asal.


Selepas sarapan , kami naik powil menuju ke Lembah Tanum selama 30 minit perjalanan. Dalam 30 minit , semua kayak sudah turun ke sungai dengan pasangan kayak masing-masing. Saya bersama Ijam dalam satu kayak. Awalnya saya di belakang menjaga laluan.


kita naik 3 powil

Awal 30 minit masih tenang sebelum berjumpa jeram pertama. Kadang-kadang ada arus deras kadang-kadang tenang sahaja airnya. 

latihan senaman ringkas

Ada satu masa kami di depan sekali dan ada masa kami dibelakang sekali. 

Namun ada sekali kami nampak tunggul yang agak tinggi dan senget serta arus yang deras. Kami tidak berjaya elak lalu terkeluar dari kayak. Ada beberapa lagi yang keluar kayak tapi tidak lama naik semula. 


Perjalanan selama 4 jam sejauh 18 km selesai sebaik azan zohor di jeti yang cuma 400 meter dari masjid kami letak kereta.  










berehat di batu besar


beting pasir yang selalu menjadi mimpi ngeri pengkayak

Bila di naik di jeti dan tempat selamat, ada memberitahu hilang telepon dan cermin mata serta powerbank. Agak malang walau taklimat sudah diberitahu tapi kejadian hilang barang tetap berlaku. Mungkin masih kurang pengalaman atau kurang kesedaran maka semasa jatuh kayak dan  hanyut , barang penting pun ikut sekali. 

lepas kayak makan tengahari lauk kampung yang sedap

Makan tengahari disediakan dan ada yang makan lalu balik awal. Makan tengahari ini memang selera kampung dan sangat sedap sayurnya. Dari 30 tinggal 23 akan ke tempat camping. Selesai solat jamak kata putus belum muktamad untuk bermalam di Lembah Tanum lalu di tukar ke Sungai Yu iaitu ke bawah sikit dari laluan pulang. 

lepas pasang kemah rehat di Sungai Yu
makan malam ada oblong dan makanan untuk di bakar serta nasi


Kemah dan makanan disediakan. Makan malam juga tidak kurang sedapnya kerana ada tambahan oblong serta peralatan untuk membakar disediakan. Pukul 10 malam baru dapat makan dan kemudian kami pun tidur. Esok selepas solat subuh saya bergerak pulang menuju ke kota jerebu dan tiba pukul 9 pagi.

Sekian sahaja trip kayak. Bertemu lagi di trip lain.


photo pn80517_zps08rer6as.gif

Ride 2.0 Muar

Salam, 

Selepas selesai ride ke Teluk Intan pada awal Julai 2 bulan lepas , geng sekolah kembali ride. Kali ini ke Muar. Tarikh setelah dipersetujui sepatutnya minggu depannya tapi dipercepatkan seminggu. Ride ke Teluk Intan memang cepat sampai dan esoknya balik awal ke rumah dalam jarak masa terus sepatut nya 2 jam 10 mint tapi ke Muar 2 jam 30 minit. Seperti biasa, kami ada juga singgah-singgah untuk sarapan beberapa kali.

Untuk ride ke Muar kami singgah di 2 kawasan bertemu 2 rakan sekolah. Kali ini kami berlima juga tapi bersama Haji Zaid ,  Rashdan@ Abong di tambah Faizal dan Ustaz Fairuz. Antara motor-motor kali ini adalah Harley Davidson Street Glider, Aveta Nova 250, Keeway XDV 250, Honda Forza 250 dan Yamaha FZ150  


lokasi kedai Restoran Arsad

Pagi 6.30 sudah keluar rumah ke rumah Faizal dan terus ke Bandar Seri Putra pukul 7.30 pagi untuk sarapan pertama bersama Amreen.

Dengan Am

Pukul 8.30 pagi kami bergerak melalui Plus dan berhenti rehat seketika di RnR Air Keroh. Tak lama kemudian kami bergerak ke Hassan Mee Rebus dan tiba pukul 10.40 pagi. Kami tiba tapi kedai tutup ada urusan dan meneruskan perjalanan dalam 9 minit ke Alai untuk bertemu Azlan@Lan. Kami makan mee kari dan jamah beberapa makanan.

Dengan Lan pulak

Pukul 11.40 pagi mula bergerak ke Muar melalui Lebuhraya AMJ yang panjang untuk makan tengahari. Perjalanan kami menuju ke pantai dan kami singgah makan Asam Pedas Pakcik Daud. Asal lokasi kedai berubah kata Abong. Abong mencari ke dalam menuju ke pantai dan kami pun singgah makan. Ada beberapa lagi kedai asam pedas yang jual sebelah dan depan atau semua jual asam pedas yang sama cuma mungkin rasa sama atau berbeza. Apapun makan di sini memang puas hati cuma bila selesai mahu menunggu untuk check-in lambat sikit kerana ada orang masuk dan check-out hari ini. 



Asam Pedas Pakcik Daud


Kami kemudian bergerak ke Homestay Hanah V yang patah balik selama 12 minit di kiri. Sampai sahaja kami rehat menunggu malam.

parking motor di homestay

Selepas solat jamak , kami keluar ke Bandar Muar dalam 3 kilometer perjalanan menuju ke terminal bas dan kedai makan Bentayan di sebelah nya sahaja. 

mee bandung dan air bandung

Sini nampak ada jambatan dan sungai yang kami lalu tadi. Kami pun makan mee bandung serta satay dan beberapa lagi. Memang tujuan ride selain ride adalah jumpa kawan, untuk bermalam dan makan serta menikmati pemandangan yang ada cuma tidak lah ke semua tempat kami pergi. Selesai dan tiada urusan lain , kami balik homestay. 


Di rumah sewa patut ada buka siaran cerita seram di Netflix tapi kali ini kurang sikit sambutan nya. Saya, Ustaz Fairuz dan Abong tidur di depan tv bukan atas katil mungkin selesa sikit.


Esok hari Ahad 7 pagi lepas solat subuh saya , Ustaz Fairuz dan Abong mencari sarapan. Kami tersinggah ke pasar tani dan di sebelah ada kedai roti canai tapi bahan masak rosak. Kami keluar semula tapi rupanya ada kedai makan cina lalu patah balik menuju ke homestay. Ada 2 kedai berdepan jalan di mana satu kata belum siap roti canai manakala satu lagi kuih dan nasi lemak sudah siap tunggu ambik sahaja.

Kami balik semula ke homestay rupanya jalan kaki sudah sampai. Selesai makan sarapan, kami bersiap dalam pukul 9 pagi sudah check-out.

Pasar tani
ketam murah-murah
pilih makanan nak di makan

Kami akan menuju ke Pengkalan Balak pula pagi ini. Baru keluar isi minyak dulu dan bergerak melalui semula Leburaya AMJ. Ustaz Fairuz yang ada urusan pagi dan keluar bersama sudah tukar simpang untuk balik dahulu kerana urusan keluarga maka tinggal 4 motor. 

sampai kampung Faizal

30 minit ke simpang, Faizal mengambil alih mendahului untuk singgah ke kampungnya di Masjid Tanah di persimpangan trafik antara Shell dan Petronas.

Kami singgah di kampung Faizal tapi bukan musim buah. 

Selepas itu kami mula bergerak ke Pengkalan Balak. Kami sekadar lalu sahaja dan terus menuju ke Waterfront Port Dickson untuk makan tengahari dalam sejam perjalanan dari kampung Faizal.

kari ikan memang sedap
lokasi kedai

Makan kali ini adalah berbentuk set dengan kari ikan , ayam , udang, sotong , telur goreng dan memang berbaloi serta cepat sampai.

Selesai makan, kami singgah di Masjid. Selesai solat jamak, kami bergerak ke haluan masing-masing kerana acara ride sudah pun tamat. Masing-masing tiba rumah petang sekitar antar 3 ke 4. Maka selesai ride ke 2. Untuk ride seterusnya sudah ada dalam senarai cuma tunggu masa sesuai.

Sekian


photo pn80517_zps08rer6as.gif

Gunung Merbabu penamat 10 tertinggi di Jawa Tengah bersama Gunung Kembang dan Gunung Andong

Salam , 



Merbabu yang saya ingat adalah gunung biasa-biasa sahaja sama seperti gunung-gunung lain di ketinggian 3000 meter ke atas di Jawa Tengah. Pada 2012, kami tertinggal 1 gunung sebab kelewatan membeli belah dan lambat turun dari Gunung Lawu lalu di trip seterusnya saya meneruskan ke gunung-gunung lain pada tahun-tahun berikutnya. Mungkin kali ini senarai gunung 3000 meter ke atas di Jawa Tengah yang masih belum dinaiki hanyalah Gunung Merbabu sahaja. Maka selepas Ciremai tahun lepas, saya merancang di mana gunung seterusnya adalah Gunung Merbabu yang merupakan ke 9 dari 10 gunung tertinggi di Jawa Tengah. Penamat gunung 10 tertinggi di Jawa tengah ini rupanya satu suasana yang sangat indah lain dari yang lain dari gunung-gunung yang 9 lagi. Saya sekali lagi berhubung dengan Ryan dan berurusan selama hampir setahun. 

Selepas Manila, kali ini saya membawa pasukan seramai 15 peserta ke Jogjakarta untuk menikmati pemandangan indah di sana di bawah Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL). Hanya 4 dari trip Manila termasuk Presiden Parok serta Ona dan Amy yang akan turut serta kali ini. Antara teman lama yang ikut adalah Seri , Adik Idan serta Ema dan suami Ijoi. Doktor Zamri yang tertinggal namanya di Manila turut serta. Peserta baru adalah Korup yang menjadi AJK bersama isteri Zulaikha juga ikut. Fuad, Ijam dan mantan Presiden Shuk juga bersama. 

26 Ogos 2026 (Rabu)

Selepas Maghrib saya bergerak ke KL Sentral dan menaiki bas seperti biasa ke KLIA2. Sama seperti trip di Manila saya masih kekal minimalist yang bermaksud membawa barang paling ringan dan ringkas yang maknanya saya cuma membawa 4 helai baju, satu kain pelekat dan satu seluar tanpa membawa beg galas. Tiba di KLIA2 , saya makan, check-in dan rehat yang tidak cukup di sebelah atas.

27 Ogos 2026 (Khamis)

Pagi ada yang sarapan ringkas sebelum ke pintu Q3 dan sambil menunggu terjumpa Eddy Jones yang ke Surabaya untuk bermotosikal di sana.

Semasa kamu menunggu ini, terima berita dari Nepal ada runtuh glasier berhampiran Tibet-Nepal. Ada rakyat Malaysia terutama rakan kami Munir atau Loe Solo sedang dalam perjalanan keluar dari situ membawa rakan senegara mendaki ABC. Belum ada hubungan bahawa mereka selamat atau tidak kerana terputus hubungan.

Eddy Jones ke Surabaya

Kami sampai di Bandara Ahmad Yani di Semarang pukul 10.30 pagi Waktu tempatan. 

pertama kali jejak kali ke Semarang

Saya guna sim kad tempatan bila ada masa terluang selepas bertemu Ryan selaku juru pandu utama dan pembantunya Bani. Selain itu ada peserta yang baru dikenali sudah sampai awal sehari iaitu Liyana akan bersama kami. Kami dihidangkan makan ringkas dan menaiki van serta beg diletak semuanya di kereta.

Makan ringan sebelum tiba di rumah Ryan

Kami tidak singgah mana-mana di Semarang walaupun bandar nya besar kerana jem atau macet dan ini merupakan kali pertama saya sampai di Semarang. 

jamuan ringkas disediakan oleh tuan rumah
mari makan semua. Bakso dan pulut disediakan

Kami tiba di rumah Ryan dan disambut dengan jamuan ringkas pulut kuning. Sessi perkenalan peserta dan taklimat perjalanan malam ini pun diberitahu.

di hadapan rumah Ryan

Petang sikit kami ke toko Eiger dan Arei untuk membeli belah sikit serta Indomart untuk tambah jajan. Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Basecamp Boyolali.

kami singgah di Eiger dan Arei tak jauh dari rumah Ryan

Kami ada beberapa jam untuk rehat dan mengemas sebelum bersiap memulakan langkahan perdana.  

28 Ogos 2026 (Jumaat)


Pukul 12.40 tengah malam baru lah kami bergerak. Token menaiki ojek diberikan setiap hala untuk ke permulaan perjalanan. 


token naik ojek
berbaris tunggu ojek

Perjalanan ojek kali ini walaupun selama 3 minit dan menjimatkan tapi pembawaannya amat seram sebagai Pillion. Malah lebih seram dari Raung dan Argopuro.



naik ojek ke permulaan 

Bila semua sudah ada, kami melakukan aktiviti senam ringkas, doa selamat dan mulakan perjalanan menuju ke pintu gerbang. 

di pintu gerbang

Pos 1 Senduran di mana kami tiba 30 minit iaitu separuh dari jangkaan. Saya jalan dulu dan suhu masih sejuk.

di pos 1 

Pos 2 juga sama selama 30 minit. Malam masih kekal sejuk sikit. 

setiap pos ada papantanda, Ini di Pos 2

Menuju ke Pos 3 agak lama sedikit sehingga kami tiba di Pos 4 iaitu Savana 1. 


Di Savana 1 kami solat subuh. Di sini pun ada pondok yang agak besar.


Menuju ke Pos 4. Rehat sebentar

Untuk ke Savana 2 tidak jauh sangat. Di Savana suasana sudah terang dan pemandangan sudah jelas dan indah.

pemandangan menarik dengan Seri berjalan ke arah depan
lepas subuh matahari mula meninggi
tempat ambik pemandangan yang cantik bermula di sini









guna GPS 

Bila cerah sikit baru kami tiba di puncak Kenteng Songo iaitu puncak pertama. Di sekeliling puncak boleh di lihat Gunung Merapi di sebelah dan Gunung Sumbing dan Gunung Sindoro bahkan dari awal pun jelas nampak. Gunung Lawu juga boleh nampak selain gunung-gunung rendah yang ada. 

gambar beramai-ramai
gambar AJK

mereka yang pergi ke Manila dulu ikut juga sini

Dalam 45 minit bergambar kami ke puncak ke 2 iaitu Trianggulasi. Kami makan ringkas di tepi Kawasan reduh. Di sini ada 3 peserta yang sambung turun ke kawasan pokok viral manakala yang lain turun ikut jalan sama.

sementara di atas, boleh makan dan sambung tengok pemandangan 




gambar beramai-ramai di puncak satu lagi





baru nak turun


Kami kemudian berkumpul di Savana 1 untuk makanan tengahari. Ada yang rehat berbaring dan ada yang berbual sambil menunggu rakan belakang tiba.



Selesai makan , kami meneruskan perjalanan sehingga jumpa ojek dan turun ke basecamp. Di sini kami rehat, makan dan bersiap. 

tinggal ni je di belakang

Pukul 10 malam barulah kami bergerak ke Gunung Kembang.


29 Ogos 2026 (Sabtu)

Setelah berhenti untuk membeli jajan dan makan sedikit di sebelahnya , kami meneruskan perjalanan menuju ke Basecamp Wosonobo. Basecamp ini memiliki tempat letak kereta yang luas. 

nak makan dia kacau
sampai di Basecamp untuk naik Gunung Kembang




Dari sini kami dapat melihat laluan ojek menuju ke atas. Sebagai pillion menaiki ojek kali ini tidak seganas di Merbabu walaupun agak jauh sedikit. Kali ini kami perlu bayar sendiri. Untuk naik sebelum pukul 2 adalah 30k rupiah manakala selepas itu ditambah 5k rupiah lagi. 

di pintu masuk




ada bayang-bayang
berlatar belakangkan gunung 


dah nak sampai 
guna GPS

Kali ini hanya 3 pos sahaja. Namun pemandangan langitnya tidak kalah dengan Merbabu. di sebelah kiri ada Merbabu dan Merapi. Untuk naik laluan nya ada bentuk Z dan ada masa ada jalan potong terus naik. Bila sampai di puncak ada 360 darjah lagi untuk melihat sekeliling. Untuk kali ke 2 kami dapat tengok semua gunung kerana puncak nya 270 darjah boleh lihat semua , selebihnya pun masih boleh lihat lagi cuma di penuhi lalang sikit.


rehat di puncak dulu serta makan dan minum











matahari sudah tegak sikit

pemandangan yang indah

Setelah selesai kami turun semula ke basecamp dan menaiki ojek semula. Kami tidak bersiap sepenuhnya dan sekadar minum air sahaja. 

Di sini ada berita Gunung Merapi telah meletus dan masuk berita umum. Cuba kami dapat melihat kepulan asap di puncak nya sahaja. Gunung Merapi sudah diwartakan tidak boleh dinaiki secara sah sejak 2018 lagi kerana sering membahayakan nyawa dan selalu meletus. Ada juga dengar pelancong mati terkena tempias.

Van kemudian bergerak ke bandar. Kami memerhatikan di kiri dan kanan Gunung Sumbing dan Sindoro sebelum berhenti makan dan solat di Bandar Wosonobo.


Selesai solat kami menuju ke Basecamp Taruna Jaya Giri dalam 2 jam lagi perjalanan untuk mendaki Gunung Andong melalui jalur Sawit. Saya mungkin tak ikut kerana sakit perut tapi sudah baik semula. Hanya seorang peserta sahaja tidak ikut. Perjalanan mulanya ke gerbang kemudian menaiki tangga buatan. Sama seperti di Gunung Kembang, jalurnya berbentuk Z supaya memudahkan naik sedikit. Kami tiba di puncak beberapa minit sebelum Maghrib. 

rehat dulu

Sekali lagi pemandangan 360 darjah dihidangkan. Tidak seperti gunung-gunung lain, pemandangan menakjubkan sangat indah apatah lagi ada gerai makan sambil tengok pemandangan.

pemandangan Gunung Merbabu dari arah lain









cantik pemandangan di sini

Setelah sejam lebih berada di puncak , baru kami turun. Kami tiba di pintu Gerbang dan singgah makan dan minum lagi. 

guna GPS



kita makan sikit dulu










Semasa rehat ini, kami pun memulakan sessi post mortem terakhir kerana ada 3 yang akan pulang nanti.  

dah sampai semula ke pintu masuk

Kami kemudian bergerak ke Malioboro dalam 2 jam perjalanan. Sampai untuk check in di Hotel Rene, kami ronda-ronda sekitar. Ada jugak kami jalan-jalan agak jauh sikit dan melepak minum kopi lagi.

ronda-ronda Malioboro



pekena kopi

30 Ogos 2026 (Ahad)

Pagi ini ada 3 peserta balik. Mereka gerak awal manakala kami ke Pasar Nyesam iaitu pasar minggu untuk makan atau lebih pada street food hunter. Pagi saya makan satay. Selesai sarapan, bermula lah pengembara kami ke kedai outdoor satu per satu. 

pergi sarapan dulu


Seperti tahun lepas di Bandung, Kali ini kali ke 8 kedai outdoor seperti yg biasa Eiger, Rei dan Consina tapi kali ini ada Arei, Kalibre dan Carlzten. Sebenarnya ada lagi iaitu , Duarte, Nature Hike dan Avtech cuma tak sempat.

pagi ke petang habis masa di kedai outdoor


Pukul 3.30 petang kami selesai beli barang dan 2 jam kemudian kami bergerak untuk ke Restu Bonda Merapi atau RBM iaitu ke kaki Gunung Merapi yang diasaskan oleh Pak Nor di mana salah seorang peserta dijemput untuk hadir dan dia menjemput sekali kami semua. Tempat ini menyediakan perkhidmatan ATV dan aktiviti-aktiviti lain. \




31 Ogos 2026 (Isnin)

Sekitar pukul 6.30 pagi kami akan bergerak ke Bandara Jogjakarta untuk pulang. Tamat lah sudah jalan-jalan ke Jogjakarta.



selamat tinggal Ryan 

kami sudah mahu pulang

Info ringkas perjalanan Gunung-gunung

Gunung Merbabu Jalur Selo

Basecamp Gancik - Pintu Gerbang Selo Gancik - Pos 1 Senduran - Pos 2 Pentor - Pos 3 Batu Tulis - Sabana 1 - Sabana 2 - Puncak Trianggulasi - Puncak Kenteng Songo

Gunung Kembang jalur Lengkong

Basecamp Wosonobo - Pintu Gerbang - Pos 1 Gerbang Ndeles -  Pos 2 Pakis Suri - Pos 3 Ngratan - Pos 4 Igir Bima - Pos 5 Sri Kumbang - Puncak

Gunung Andong jalur Sawit

Basecamp Taruna Jaya Giri - Pintu Gerbang - Pintu Masuk - Pos 1 Watu Pocong - Pos 2 Watu Gambir - Pos 3 Mata Air - Puncak Makam - Puncak Alap-alap
 
Kelebihan

1. Trip disertai dari kalangan umur 20 an , 30 an , 40 an hingga 50 an. Kalau diukur dari tahun bermula dari 1969 hingga 1999. 
2. Tiada gunung boleh lihat semua gunung lain secara 360 darjah selain Gunung Merbabu.
3. Kalau Gunung Prau boleh lihat gunung-gunung lain, Gunung Kembang dan Andong boleh lihat semua gunung-gunung yang ada.
4. Itinerari yang diberikan adalah 90 peratus diikuti. Hanya tambahan ke RBM sahaja tiada dari jadual asal.
5. Kali ke 2 bawa beg ringan selain Manila.

Kekurangan

1. Bas agak panas sikit cuma masa berhenti dia sejuk 
2. Mungkin sudah puas berbelanja maka tiada sangat beli apa-apa untuk dibawa pulang
3. Sudah hilang selera makan Bakso. Hanya makan di rumah Ryan dan dalam perjalanan ke basecamp Gunung Kembang 
4. Seperti tidak terasa menaiki bas adalah lama kerana setiap kali menaiki bas sebaik-baiknya tidur sahaja 

Fakta
1. Gunung Merbabu satu-satunya boleh lihat paling banyak gunung dengan pemandangan 360 darjah
2. 2 lagi gunung juga ada pemandangan sama dengan Merbabu iaitu pemandangan 360 darjah
3. Tukaran matawang paling rendah iaitu 1 juta Ruppiah bersamaan RM231
4. Pengalaman sampai pertama kali di Semarang iaitu di sebelah paling utara dan pulang di Jogjakarta di sebelah selatan
5. Ada kelab lain kalau dulu ke Pulaq sahaja manakala kami tambah Timbak dan Tabayoc , kali ini mereka ke Merbabu sahaja manakala kami tambah Kembang dan Andong. Kedua-dua trip beza sehari sahaja


Terima kasih pada semua peserta yang menjayakan trip ini dan terima kasih terutama pada Ryan dan Bani. Harap kita diberi kesihatan yang baik dan bertemu lagi. Photo-photo dan video adalah dari rakan-rakan semua.

Sekian

photo pn80517_zps08rer6as.gif