Salaam,
Setelah sekian lama tidak mendaki , kali ini saya mendaki bukit sahaja iaitu Bukit Hulu Bakau di sebelah Bukit Kutu di Kuala Kubu Bharu.
Perjalanan nya bermula pukul 4.15 pagi seramai 20 peserta dari OGKL. Hanya seorang tidak ikut. Pada lagi itu kami diserta juga 80 lagi peserta dibantu oleh 14 juru pandu yang diketuai oleh MGP Shahrul.
Kami tiba di Kem BMW pukul 7.10 pagi dan solat subuh. Kami meneruskan perjalanan ke puncak dan terpisah dengan kumpulan di belakang yang dikira santai sahaja. Menyedari lama sudah tidak treking dan lutut agak sakit, saya memakan ponstan untuk mengurangkan kesakitan. agak 3 jam saya berjalan sebelum berhenti dan memperlahankan pergerakan. Sebelum sampai di puncak saya berhenti di satu gua yang tidak besar.
Saya bersama Sham sampai di puncak pukul 12 tengahari. Ada peserta sudah turun sikit demi sedkit kerana puncak tidak cukup besar untuk muat semua orang. Pukul 1.30 tengahari , ramai kami di belakang pun sampai. Sekitar pukul 2.30 petang kami bergerak turun, Perjalanan menjadi semakin ke malam dan saya solat asar serta magrib semalam di sungai terakhir. Saya bersama kumpulan besar satu lagi sampai di pintu masuk. Di sini Pengerusi ada memasang kemah dan kami singgah untuk menjamah makanan sekitar pukul 10 malam. Saya bergerak dan sampai di tempat letak kereta pukul 12 tengah malam. Kami bersiap dan singgah di pekan Kuala Kubu Bharu untuk makan malam lalu pulang ke halluan masing-masing.
Ringkasan perjalanan
10/8 4.15am Start hike
10/8 7.10am Kem BMW & Solat Subuh
10/8 7.30am Gerak
10/8 9.00am Campsite 9 Rehat dan Berkumpul (WP)
10/8 9.15am Gerak
10/8 10.15am CP10
10/8 12.10pm Puncak Hulu Bakau
10/8 2.30pm Mula Turun
10/8 12.00pm Sampai Tempat Letak Kereta


