Hatyai dengan Famili

Salaam, 

Selepas sampai di Hat yai pada merdeka 2023 dulu, saya merancang pada awal tahun untuk masuk ke sempadan selatan Siam pula iaitu ke Hatyai. Sebelum masuk ke Hatyai, semua 7 passport dan borang-borang lain perlu disediakan.

Bagi anak-anak yang dewasa pernah ke Phuket 15 tahun lepas manakala yang kecil belum lagi. Berbagai masalah timbul bila ada yang tertinggal ic di tempat belajar , ic tak kemaskini , balik dari kampus hanya 1-2 hari sebelum hujung minggu serta borang kastam yang tidak diserahkan semasa keluar dulu. Jumaat sebelum berlepas hampir seharian masa digunakan untuk menyelesaikan masalah passport manakala urusan insuran kereta selesai beberapa hari sebelum.

Kami bergerak pukul 1.45 pagi hari selasa dan tidak dijangka perjalanan lancar kerana esoknya Hari Raya Cina selama 2 hari jadi minggu kami masuk adalah hari-hari dijangka ramai pengunjung akan masuk sama ke sempadan seperti kebiasaan. Kami tiba di tempat membeli borang TM3 utk senarai nama masu ke sempadan. Untuk ke sempadan Bukit Kayu Hitam tiada keperluan borang TM6 dan TM2 seperti selalu seperti yang dipaparkan di kaunter masuk sempadan kecuali di pintu lain seperti di Wang Kelian  dan 2 lagi pintu masuk. 

Kami sarapan ringkas sekejap dan masuk ke pintu sempadan pada pukul 7.45 pagi dengan membawa bayaran denda dlm bentuk Bhat dan Ringgit juga serta menyerahkan borang kastam tapi di kaunter selepas menunjukkan geran asli dan borang TM3, kami dapat masuk dengan mudah. Saya menjangkakan akan memberi kan borang kastam dan membayar denda tapi tidak berlaku. 

Selesai masuk di pintu Sadao sebelah Siam, kami singgah sarapan lagi di Danok dan membeli sim kad di 7-eleven. Walaupun kedai biasa , daging harimau menangis bakar tetap sedap. 

Selepas sarapan , kami menuju ke pantai Samila melihat patung Duyung dan minum di Amazon Cafe yang bersepah di Hatyai dan Songkla ini. Ombak di pantai Samila agak kuat dan kemudahan parking tidak diganggu di sini.

Selesai di sini kami tiba di penginapan selama 2 hari di Classic 8 Homestay yang terletak cuma 3 kilometer ke Lee Garden. 

Setelah berehat sehingga 3 petang, kami mula menuju untuk makan di Khlong Hae Buffet Seafood. Seperti biasa harga mengikut ketinggian yang ditetapkan dan untuk seorang cuma 299 Bhat maka sessi makan pecah perut atau melantak pun bermula. Tempat ini memang terkenal dengan ikan garam, ayam, daging, sotong, udang dan macam-macam lagi untuk di bakar dan kukus. Untung bagi mereka yang bernafsu makan dan tiada gout kerana tiada batas untuk makan apa sahaja.

Selesai di sini, malam anak-anak pergi ke Central Hatyai untuk membeli barang masing-masing. 

Keesokkan nya kami sarapan di Restoran Ban Han  yang ada nasi Kromok. Selepas itu kami ke Pasar Kim Yong yang terkenal dengan barang-barang cenderahati dan makanan seperti gajus dan lain-lain. Malang tak berbau bila kereta yang diletakkan di tepi jalan di saman pula. Saya berjalan kaki  ke Balai Polis yang terletak 500 meter sahaja dari sini untuk menyelesaikan saman.

Kami meneruskan perjalanan ke Kereta Kabel untuk menaiki kereta kabel dan melihat pemandangan Hatyai dan Songkla. Kemudian kami solat di Masjid Pakistan. Selesai solat kami singgah di Restoran Ayutthaya Noodles. Kedai makan ini juga tidak kurang hebat sedap nya masakan siam. Selesai makan , kami singgah di Big C untuk membeli beras 

Dalam perjalanan balik  kami lalu di Asean Night Bazaar tapi tak sempat manakala anak-anak sekali lagi ke Central Hatyai tapi kali ini mereka pulang ke homestay menaiki Tuk Tuk.
 
Pagi hari sebelum menuju ke pintu sempadan kami singgah Dim Sum Chabura untuk menikmati dim sum. Namun tempat meletak kereta agak terhad dgn jalan yang agak sibuk tapi masih dapat meletak kereta kerana ada orang menjaga sekitar. Kami sarapan biasa sahaja sekadar untuk merasa dim sum.

Pukul 2 petang kami keluar dari sempadan namun berdasarkan semasa di kaunter untuk memulakan borang kastam tiada borang kerana semasa masuk tidak diberikan borang tersebut. Cuma saya ada bawa borang kastam lama dan diberitahu tidak boleh masuk lain kali jika tiada borang. Saya agak keliru juga kerana adakah borang lama perlu dikembali kan dan ada denda untuk dibayar atau pulang sahaja macam biasa kerana lain kali boleh serah lagi. Sekiranya ada pengetahuan tentang perlu memulangkan borang lama saya sudah berbuat demikian cuma dari segi denda nya bila kita belanja maka duit Bhat sudah berkurang dan saya tidak terfikir untu menggunakan duit malaysia.

Kami kemudian singgah di tol Bukit Merah untuk solat dan makan seterusnya sambung semula perjalanan sehingga sampai ke rumah.

Sekian 

Gambar-gambar sekitar





















Senarai aktiviti dan makan-makan

Aktiviti 
Lee Garden shopping - Dah
Pasar Kim Yong - Dah
Ikan Duyung - Dah
Kereta Kabel - Dah
Big C - Dah
Masjid Songkla

Sarapan
Ban Han - Dah
Ayutthaya Noodle - Dah
Tamrab Muslim Nasi Kerabu
Roti De Frost
Gulai Kok Yah

Tengahari
Hamid 
Cafe Amazon Songkla
Khlong Hae Floating market 
Nimbycoffeehouse
Kai-tod Decha Bangloh Chee Uthit 
Dimsum Chabura - Dah

Malam
Asean Night Bazaar
Khlong Hae Buffet Seafood - Dah
Food Villa
Florida Night Market



photo pn80517_zps08rer6as.gif