BerGlamping di Alov

Salam, 

Hari ini selepas kakak balik dari UKM, kami bergerak ke Ulu Langat menuju ke Alpine Camp. Tempat ini ada sungai dan menggunakan kemah glamping untuk bermalam. Tujuan ke sini atas jemputan re-union rakan-rakan yang pernah mendaki ke Gunung Kilimanjaro di Tanzania Afrika Selatan. Banyak kenangan suka duka di sana. Tempat glamping ini berlatar belakang Gunung Hitam baru dibuka atas inisiatif jurulatih Pendaki Everest Felda iaitu En Ilaham Islak(Pa am) bersama Zainudin Lot(Deeno) di bantu oleh kru-kru serta rakan-rakan gunung terutama OGKL. Bagi mereka yang saya sudah kenali lebih 15 tahun kenangan mendaki di gunung-gunung tertinggi dalam negara, Asia Tenggara mahupun antara 7 benua  seluruh dunia pasti harus diteruskan sebagai ukhwan merapatkan hubungan juga sesama pendaki serta rakan-rakan lain. Mungkin usaha ini dilakukan bila syarikat mereka PV Event tidak dapat meneruskan acara larian tahunan akibat kekangan Covid 19. Hasilnya sangat menarik dengan lokasi yang tidak jauh dari Kuala Lumpur serta kemudahan-kemudahan lain seperti riadah untuk kanak-kanak, berbasikal di laluan ke Kuala Klawang dan lain-lain.

harga berpatutan ... mari lah ... tak rugi punya




















Sekian  


photo pn80517_zps08rer6as.gif

Bersantai-santai di trip Gunung Aais


Salam,

Setelah hampir 2 tahun merancang dan tergendala akibat Covid 19 serta sekatan jalan raya untuk rentas negeri, maka kali ini baru lah trip ini menjadi kenyataan. Cerita dari yang sudah sampai dahulu bahawa untuk ke Gunung Aais ini bukan trip biasa atau bahasa mudah pergi balik hari sahaja.

Menurut kata pengendali bot yang sudah banyak kali membawa peserta selain mendaki jugak aktiviti memancing, nama Gunung Aais dipanggil aih sahaja iaitu bahasa kampung. Di puncak Gunung Aais ada beirut dan di bawah atap ade tulisan tanah yang memberi tahu pernah sampai tahun 1986 la 1991 la dan lain-lain sama seperti gunung-gunung lain.


laluan pagi

Gunung Aais terletak di daerah Jerantut di mana kita perlu sampai ke Kuala Tahan dahulu. Dari sini perjalanan diteruskan menuju ke Kampung Mat Daling dan bot di Sungai Tembeling. Sungai Tembeling mempunyai panjang 153 Kilometer cuma bagi penduduk kampung mereka ada bahagian keistimewaan tertentu sahaja untuk kawasan mereka seperti penggunaan bot. penerimaan pelancong untuk tempat tertentu dan lain-lain.


Apapun dari Jerantut ke Kuala Tahan seperti melalui jalan safari di mana terdapat papan tanda gajah dan tenuk akan berkeliaran di depan. Sepanjang perjalanan perlu memperlahankan kenderaan kerana selain gajah dan tenuk, paling banyak adalah sekawan lembu dan kerbau di mana jumlah nya adalah 8-10 kumpulan semasa kami lalu. Terdapat juga binatang-binatang lain cuma kebetulan yang nampak ini sahaja.











gambar ambil dari kemsite asal sebelum pindah
siang ikan untuk makan malam


mandi dulu

Walaupun Gunung Aais cuma 4 jam naik dan 2 ke 3 jam turun, tapi perjalanan menaiki bot adalah lama. Kami sampai ke kemsite pukul 12.45 tengahari semasa hari panas. Untuk aktiviti seterusnya samada mandi atau tidur atau apa-apa sahaja.






sampai di puncak view

Untuk mendaki Gunung Aais tidaklah susah walau ade menaik. Kami bermula pukul 9 pagi. Selepas menaik pada awalnya, laluan menjadi rata sedikit. Kami dapat berehat beberapa kali terutama di puncak view di mana kami dapat melihat pemandangan banjaran Gunung Tahan serta bukit dan gunung sekitarnya sambil menunggu rakan dibelakang sampai.




puncak berketinggian 812 meter

Sekitar pukul 1 tengahari baru kami sampai di puncak yang mempunyai Beirut dan saiz tapak yang kecil.  Selepas makan dan bergambar, kami turun pukul 2.30 petang. Rasa tidak selesa di kasut yang baru di beli kerana terlebih saiz dan licin di dalam. Ini menyebabkan ibu jadi kuku menjadi lebam dan kaki mudah sakit bila memijak semasa menurun, Kasut yang sesuai sepatutnya dibeli di kedai kerana kasut yang dibeli melalui dalam talian akan berbeza dan kaki merupakan satu-satunya bahagian yang perlu di ukur mengikut kesempurnaan kaki yang tidak lebih dan tidak kurang. Ketidak selesaan kasut akan menyebabkan kesakitan dan melambatkan pergerakan.



Dalam perjalanan turun , kami menjumpai sekumpulan cacing besar dan ada rakan-rakan terkena kutu babi tanpa disedari. Kadang-kadang semasa turun, ada perasaan kata ini bukan jalan naik tadi kerana naik lambat dan turun cepat cuma bagi pendaki yang sudah arif mendaki pasti boleh mengagak di manakan keadaan di depan atau mengukur masa lebih kurang untuk sampai di depan.



kutip pucuk paku

Kami sampai ke kemah antara pukul 4.40 sehingga 6 petang. Ada yang menaik bot untuk mandi di seberang manakala makcik kantin Kak Nora menyediakan makan malam. Untuk trip santai di tepi sungai biasa nya menu ikan adalah wajib cuma cara masakan dipelbagaikan. Melalui ikan-ikan seperti kelah atau baung yang tiada dalam menu masakan gulai masak tempoyak versi original Pahang selain membakar atau 3 rasa adalah mana-mana pun berselera. Cuma bagaimana nak habiskan sahaja bila setiap kali makan lauk ikan nya banyak. Ditanpa lagi puku paku yang di petik di tepi sungai menambah selera.



pagi-pagi ke air terjun 

Esok nya lepas semua kemas, kami bergerak ke iir terjun untuk makan tengahari. Pergerakan sampan perlu digerakan secara mengundur untuk elak ait cetek. Di kebanyakan laluan, ada kawasan cetek jadi beberapa kali  sampan bergerak mengundur. Sebelum sampai ke air terjun, kami singgah untuk memetik pucuk paku untuk dibawah pulang. 



makan tengahari

Pukul 3.30 kami sampai di tempat naik kelmarin dan singgah di rumah Kak Nora untuk bersiap. Selepas keluar dari Kampung Mat Daling, kami singgah di tempat mula-mula kami berehat untuk melihat pemnadangan banjaran Gunung Tahan.


view point

Malam kami setelah isi minyak kami singgah di makan di sebelah Masjid Jerantut. Kami bergerak menuju ke destinasi masing selepas itu Sekian sahaja trip santai-santai makan sambil mendaki Gunung Aais. Jumpa lagi di lain trip. Wsalam.
   
Gambar dari rakan-rakan. 


Video dari Badek Core Adventure

Video dari Hajar


Sekian


photo pn80517_zps08rer6as.gif