Salam ,
Bunyi nya menarik tapi pencapaiannya bergantung pada individu. Ianya sekadar hiburan semata-mata. Selama 8 tahun berturut-turut untuk sehari dalam setahun sekolah St John Institution di Bukit Nanas , Kuala Lumpur iaitu sekolah yang saya belajar sepanjang muda belia telah mengadakan pertandingan bolasepak. Penyertaan tidak kira dari kelas mana tapi dari tahun yang sama bila ada masa dan tenaga boleh mewakili tahun masing-masing. Antara orang ternama pernah sekolah di sini adalah bekas perdana Menteri Tan Sri Najib Razak.
Saya tamat sekolah pada tahun 1989 dan bersama-sama teman sekolah ini kami mewakili tahun iaitu singkatannya SJI89. Saya mula mewakili SJI89 hanya beberapa tahun lepas.
Untuk makluman , SJI88 telah menjuarai selama 8 tahun tersebut. Kami cuma 2 kali ke akhir. Untuk kali ini pun kami tewas di separuh akhir cuma bertemu GOAT untuk merebut kejuaraan plat cup sahaja dan kami menang penalti 6-5. Untuk pertandingan kali ini kami dimasukkan di kategori super legend iaitu kategori yang terakhir pada umur terakhir manakala GOAT adalah yang paling tua dan digabungkan.
Apa yang lagi menarik kami SJI89 berjaya pertama kali mengalahkan juara bertahan SJI88 selepas lama bertahan dan bermain sebahagian besar dengan taktik 8-1-1 sahaja dan kami menang penalti 2-1.
Sekian




