Salam ,
Merbabu yang saya ingat adalah gunung biasa-biasa sahaja sama seperti gunung-gunung lain di ketinggian 3000 meter ke atas di Jawa Tengah. Pada 2012, kami tertinggal 1 gunung sebab kelewatan membeli belah dan lambat turun dari Gunung Lawu lalu di trip seterusnya saya meneruskan ke gunung-gunung lain pada tahun-tahun berikutnya. Mungkin kali ini senarai gunung 3000 meter ke atas di Jawa Tengah yang masih belum dinaiki hanyalah Gunung Merbabu sahaja. Maka selepas Ciremai tahun lepas, saya merancang di mana gunung seterusnya adalah Gunung Merbabu yang merupakan ke 9 dari 10 gunung tertinggi di Jawa Tengah. Penamat gunung 10 tertinggi di Jawa tengah ini rupanya satu suasana yang sangat indah lain dari yang lain dari gunung-gunung yang 9 lagi. Saya sekali lagi berhubung dengan Ryan dan berurusan selama hampir setahun.
Selepas Manila, kali ini saya membawa pasukan seramai 15 peserta ke Jogjakarta untuk menikmati pemandangan indah di sana di bawah Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL). Hanya 4 dari trip Manila termasuk Presiden Parok serta Ona dan Amy yang akan turut serta kali ini. Antara teman lama yang ikut adalah Seri , Adik Idan serta Ema dan suami Ijoi. Doktor Zamri yang tertinggal namanya di Manila turut serta. Peserta baru adalah Korup yang menjadi AJK bersama isteri Zulaikha juga ikut. Fuad, Ijam dan mantan Presiden Shuk juga bersama.
26 Ogos 2026 (Rabu)
Selepas Maghrib saya bergerak ke KL Sentral dan menaiki bas seperti biasa ke KLIA2. Sama seperti trip di Manila saya masih kekal minimalist yang bermaksud membawa barang paling ringan dan ringkas yang maknanya saya cuma membawa 4 helai baju, satu kain pelekat dan satu seluar tanpa membawa beg galas. Tiba di KLIA2 , saya makan, check-in dan rehat yang tidak cukup di sebelah atas.
27 Ogos 2026 (Khamis)
Pagi ada yang sarapan ringkas sebelum ke pintu Q3 dan sambil menunggu terjumpa Eddy Jones yang ke Surabaya untuk bermotosikal di sana.
Semasa kamu menunggu ini, terima berita dari Nepal ada runtuh glasier berhampiran Tibet-Nepal. Ada rakyat Malaysia terutama rakan kami Munir atau Loe Solo sedang dalam perjalanan keluar dari situ membawa rakan senegara mendaki ABC. Belum ada hubungan bahawa mereka selamat atau tidak kerana terputus hubungan.
Eddy Jones ke Surabaya
Kami sampai di Bandara Ahmad Yani di Semarang pukul 10.30 pagi Waktu tempatan.
pertama kali jejak kali ke Semarang
Saya guna sim kad tempatan bila ada masa terluang selepas bertemu Ryan selaku juru pandu utama dan pembantunya Bani. Selain itu ada peserta yang baru dikenali sudah sampai awal sehari iaitu Liyana akan bersama kami. Kami dihidangkan makan ringkas dan menaiki van serta beg diletak semuanya di kereta.
Makan ringan sebelum tiba di rumah Ryan
Kami tidak singgah mana-mana di Semarang walaupun bandar nya besar kerana jem atau macet dan ini merupakan kali pertama saya sampai di Semarang.
jamuan ringkas disediakan oleh tuan rumah
mari makan semua. Bakso dan pulut disediakan
Kami tiba di rumah Ryan dan disambut dengan jamuan ringkas pulut kuning. Sessi perkenalan peserta dan taklimat perjalanan malam ini pun diberitahu.
di hadapan rumah Ryan
Petang sikit kami ke toko Eiger dan Arei untuk membeli belah sikit serta Indomart untuk tambah jajan. Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Basecamp Boyolali.
kami singgah di Eiger dan Arei tak jauh dari rumah Ryan
Kami ada beberapa jam untuk rehat dan mengemas sebelum bersiap memulakan langkahan perdana.
28 Ogos 2026 (Jumaat)
Pukul 12.40 tengah malam baru lah kami bergerak. Token menaiki ojek diberikan setiap hala untuk ke permulaan perjalanan.
token naik ojek
berbaris tunggu ojek
Perjalanan ojek kali ini walaupun selama 3 minit dan menjimatkan tapi pembawaannya amat seram sebagai Pillion. Malah lebih seram dari Raung dan Argopuro.
naik ojek ke permulaan
Bila semua sudah ada, kami melakukan aktiviti senam ringkas, doa selamat dan mulakan perjalanan menuju ke pintu gerbang.
di pintu gerbang
Pos 1 Senduran di mana kami tiba 30 minit iaitu separuh dari jangkaan. Saya jalan dulu dan suhu masih sejuk.
di pos 1
Pos 2 juga sama selama 30 minit. Malam masih kekal sejuk sikit.
setiap pos ada papantanda, Ini di Pos 2
Menuju ke Pos 4. Rehat sebentar
Untuk ke Savana 2 tidak jauh sangat. Di Savana suasana sudah terang dan pemandangan sudah jelas dan indah.
pemandangan menarik dengan Seri berjalan ke arah depan
lepas subuh matahari mula meninggi
tempat ambik pemandangan yang cantik bermula di sini
guna GPS
Bila cerah sikit baru kami tiba di puncak Kenteng Songo iaitu puncak pertama. Di sekeliling puncak boleh di lihat Gunung Merapi di sebelah dan Gunung Sumbing dan Gunung Sindoro bahkan dari awal pun jelas nampak. Gunung Lawu juga boleh nampak selain gunung-gunung rendah yang ada.
gambar beramai-ramai
gambar AJK
mereka yang pergi ke Manila dulu ikut juga sini
Dalam 45 minit bergambar kami ke puncak ke 2 iaitu Trianggulasi. Kami makan ringkas di tepi Kawasan reduh. Di sini ada 3 peserta yang sambung turun ke kawasan pokok viral manakala yang lain turun ikut jalan sama.
sementara di atas, boleh makan dan sambung tengok pemandangan
gambar beramai-ramai di puncak satu lagi
baru nak turun
Kami kemudian berkumpul di Savana 1 untuk makanan tengahari. Ada yang rehat berbaring dan ada yang berbual sambil menunggu rakan belakang tiba.
Selesai makan , kami meneruskan perjalanan sehingga jumpa ojek dan turun ke basecamp. Di sini kami rehat, makan dan bersiap.
tinggal ni je di belakang
Pukul 10 malam barulah kami bergerak ke Gunung Kembang.
29 Ogos 2026 (Sabtu)
Setelah berhenti untuk membeli jajan dan makan sedikit di sebelahnya , kami meneruskan perjalanan menuju ke Basecamp Wosonobo. Basecamp ini memiliki tempat letak kereta yang luas.
nak makan dia kacau
sampai di Basecamp untuk naik Gunung Kembang
Dari sini kami dapat melihat laluan ojek menuju ke atas. Sebagai pillion menaiki ojek kali ini tidak seganas di Merbabu walaupun agak jauh sedikit. Kali ini kami perlu bayar sendiri. Untuk naik sebelum pukul 2 adalah 30k rupiah manakala selepas itu ditambah 5k rupiah lagi.
di pintu masuk
ada bayang-bayang
berlatar belakangkan gunung
guna GPS
Kali ini hanya 3 pos sahaja. Namun pemandangan langitnya tidak kalah dengan Merbabu. di sebelah kiri ada Merbabu dan Merapi. Untuk naik laluan nya ada bentuk Z dan ada masa ada jalan potong terus naik. Bila sampai di puncak ada 360 darjah lagi untuk melihat sekeliling. Untuk kali ke 2 kami dapat tengok semua gunung kerana puncak nya 270 darjah boleh lihat semua , selebihnya pun masih boleh lihat lagi cuma di penuhi lalang sikit.
rehat di puncak dulu serta makan dan minum
matahari sudah tegak sikit
pemandangan yang indah
Setelah selesai kami turun semula ke basecamp dan menaiki ojek semula. Kami tidak bersiap sepenuhnya dan sekadar minum air sahaja.
Di sini ada berita Gunung Merapi telah meletus dan masuk berita umum. Cuba kami dapat melihat kepulan asap di puncak nya sahaja. Gunung Merapi sudah diwartakan tidak boleh dinaiki secara sah sejak 2018 lagi kerana sering membahayakan nyawa dan selalu meletus. Ada juga dengar pelancong mati terkena tempias.
Van kemudian bergerak ke bandar. Kami memerhatikan di kiri dan kanan Gunung Sumbing dan Sindoro sebelum berhenti makan dan solat di Bandar Wosonobo.
Selesai solat kami menuju ke Basecamp Taruna Jaya Giri dalam 2 jam lagi perjalanan untuk mendaki Gunung Andong melalui jalur Sawit. Saya mungkin tak ikut kerana sakit perut tapi sudah baik semula. Hanya seorang peserta sahaja tidak ikut. Perjalanan mulanya ke gerbang kemudian menaiki tangga buatan. Sama seperti di Gunung Kembang, jalurnya berbentuk Z supaya memudahkan naik sedikit. Kami tiba di puncak beberapa minit sebelum Maghrib.
rehat dulu
Sekali lagi pemandangan 360 darjah dihidangkan. Tidak seperti gunung-gunung lain, pemandangan menakjubkan sangat indah apatah lagi ada gerai makan sambil tengok pemandangan.
pemandangan Gunung Merbabu dari arah lain
cantik pemandangan di sini
Setelah sejam lebih berada di puncak , baru kami turun. Kami tiba di pintu Gerbang dan singgah makan dan minum lagi.
guna GPS
Semasa rehat ini, kami pun memulakan sessi post mortem terakhir kerana ada 3 yang akan pulang nanti.
dah sampai semula ke pintu masuk
Kami kemudian bergerak ke Malioboro dalam 2 jam perjalanan. Sampai untuk check in di Hotel Rene, kami ronda-ronda sekitar. Ada jugak kami jalan-jalan agak jauh sikit dan melepak minum kopi lagi.
ronda-ronda Malioboro
pekena kopi
30 Ogos 2026 (Ahad)
Pagi ini ada 3 peserta balik. Mereka gerak awal manakala kami ke Pasar Nyesam iaitu pasar minggu untuk makan atau lebih pada street food hunter. Pagi saya makan satay. Selesai sarapan, bermula lah pengembara kami ke kedai outdoor satu per satu.
pergi sarapan dulu
Seperti tahun lepas di Bandung, Kali ini kali ke 8 kedai outdoor seperti yg biasa Eiger, Rei dan Consina tapi kali ini ada Arei, Kalibre dan Carlzten. Sebenarnya ada lagi iaitu , Duarte, Nature Hike dan Avtech cuma tak sempat.
pagi ke petang habis masa di kedai outdoor
Pukul 3.30 petang kami selesai beli barang dan 2 jam kemudian kami bergerak untuk ke Restu Bonda Merapi atau RBM iaitu ke kaki Gunung Merapi yang diasaskan oleh Pak Nor di mana salah seorang peserta dijemput untuk hadir dan dia menjemput sekali kami semua. Tempat ini menyediakan perkhidmatan ATV dan aktiviti-aktiviti lain. \
31 Ogos 2026 (Isnin)
Sekitar pukul 6.30 pagi kami akan bergerak ke Bandara Jogjakarta untuk pulang. Tamat lah sudah jalan-jalan ke Jogjakarta.
selamat tinggal Ryan
kami sudah mahu pulang
Info ringkas perjalanan Gunung-gunung
Gunung Merbabu Jalur Selo
Basecamp Gancik - Pintu Gerbang Selo Gancik - Pos 1 Senduran - Pos 2 Pentor - Pos 3 Batu Tulis - Sabana 1 - Sabana 2 - Puncak Trianggulasi - Puncak Kenteng Songo
Gunung Kembang jalur Lengkong
Basecamp Wosonobo - Pintu Gerbang - Pos 1 Gerbang Ndeles - Pos 2 Pakis Suri - Pos 3 Ngratan - Pos 4 Igir Bima - Pos 5 Sri Kumbang - Puncak
Gunung Andong jalur Sawit
Basecamp Taruna Jaya Giri - Pintu Gerbang - Pintu Masuk - Pos 1 Watu Pocong - Pos 2 Watu Gambir - Pos 3 Mata Air - Puncak Makam - Puncak Alap-alap
Kelebihan
1. Trip disertai dari kalangan umur 20 an , 30 an , 40 an hingga 50 an. Kalau diukur dari tahun bermula dari 1969 hingga 1999.
2. Tiada gunung boleh lihat semua gunung lain secara 360 darjah selain Gunung Merbabu.
3. Kalau Gunung Prau boleh lihat gunung-gunung lain, Gunung Kembang dan Andong boleh lihat semua gunung-gunung yang ada.
4. Itinerari yang diberikan adalah 90 peratus diikuti. Hanya tambahan ke RBM sahaja tiada dari jadual asal.
5. Kali ke 2 bawa beg ringan selain Manila.
Kekurangan
1. Bas agak panas sikit cuma masa berhenti dia sejuk
2. Mungkin sudah puas berbelanja maka tiada sangat beli apa-apa untuk dibawa pulang
3. Sudah hilang selera makan Bakso. Hanya makan di rumah Ryan dan dalam perjalanan ke basecamp Gunung Kembang
4. Seperti tidak terasa menaiki bas adalah lama kerana setiap kali menaiki bas sebaik-baiknya tidur sahaja
Fakta
1. Gunung Merbabu satu-satunya boleh lihat paling banyak gunung dengan pemandangan 360 darjah
2. 2 lagi gunung juga ada pemandangan sama dengan Merbabu iaitu pemandangan 360 darjah
3. Tukaran matawang paling rendah iaitu 1 juta Ruppiah bersamaan RM231
4. Pengalaman sampai pertama kali di Semarang iaitu di sebelah paling utara dan pulang di Jogjakarta di sebelah selatan
5. Ada kelab lain kalau dulu ke Pulaq sahaja manakala kami tambah Timbak dan Tabayoc , kali ini mereka ke Merbabu sahaja manakala kami tambah Kembang dan Andong. Kedua-dua trip beza sehari sahaja
Terima kasih pada semua peserta yang menjayakan trip ini dan terima kasih terutama pada Ryan dan Bani. Harap kita diberi kesihatan yang baik dan bertemu lagi. Photo-photo dan video adalah dari rakan-rakan semua.
Sekian



































































































































0 comments:
Post a Comment