Hari pertama LCCT
Hari ini debaran berbulan-bulan ke Everest
Base Camp atau EBC semakin memuncak. Segala persiapan sudah diatur dan saya
sudah bersedia untuk melangkah ke satu lagi pendakian terhebat di bumi Nepal.
Antara peserta yang turut serta Norsafrina Shamsir Md Nasir yang bertindak
selaku ketua program dibantu oleh saya dan Dr Mafeitzeral Mamat serta Shobrie Ahmad. Kami berempat dari Orang
Gunung Kuala Lumpur (OGKL) sudah saling cukup mengenali. Manakala peserta-peserta
lain Ab Hakim Amer Mohd Daud, Dr Hussain Ahmad, Mohamed Ali Sahul Hamid serta
Ayob Yahya dari Seksyen 7 Shah Alam turut serta. Selain tu Mohamad Razi Zakaria
serta Siti Yasmin Basheer dan Nityan S/O Chellapan menanti di LCCT.
Terdapat 2 orang doktor , 2 orang wanita serta Mohamed Ali yang berusia
72 tahun baru tiba di LCCT.
Ahmad Rathi dari Terengganu yang juga merupakan salah seorang peserta
menelefon Dr Mahfeit yang turut serta menaiki MAS. Mereka tiba awal dan bertemu
ketika keluar dari Lapangan Terbang Tribhuvan lalu mencari Encik Raj Neupane
Kumar yang memegang kertas bertulis ‘PUNCAK EVENT’. Ahmad Rathi tidak dapat
menelefon Ayob kerana nombor telefon di kertas adalah nombor Hakim. Encik Raj
yang juga merupakan juruarah atau guide
program berusaha mengumpulkan mereka ketika itu berpandukan kertas tersebut. Manakala
kami yang lain menaiki Airasia tiba pukul 4 petang. Semasa mengambil bagasi, Hakim
hampir tertukar beg mungkin tertinggal di tempat pusingan beg atau diambil
orang lain. Setelah puas mencari rupanya tersalah beg dan beg nya dapat dicari.
Lapangan terbang Tribhuvan
Kami kemudian di sambut dengan kalungan bunga oleh Encik Ganesh Neupane yang
merupakan pemilik Melrosa-Nepal iaitu syarikat yang menguruskan acara pendakian
kami. Kami dibawa menaiki van ke Hotel Manang yang terletak di Jalan Thamel.
Jalan-jalan di Katmandu banyak berdebu dan jerebu seolah-olah masih bandar
koboi. Ada yang batuk-batuk namun bagi penduduk di sini ini merupakan perkara
biasa.
Dengan kadar tukaran mata wang semasa RM1 bersamaan 28 Ruphee atau 3.08
dollar dan lebih besar lagi 85 Ruphee bersamaan 1 dollar, kami menukar duit beramai-ramai
dan banyak-banyak sambil Encik Ganesh menyediakan permit mendaki serta line prepaid tempatan. Malamnya kami
makan di Restoran Halal Anntolia yang terletak 15 minit dari hotel. Sepanjang
berjalan ke sana kelihatan banyak kedai outdoor
yang menjadi kegilaan para penggiat outdoor.
Sewaktu pulang dari makan di Restoran Annatolia, Hakim sekali lagi tertinggal
barang kali ini tongkat.
Hari ke 2 Katmandu
Rakyat Nepal hampir semuanya beragama Hindu manakala sebahagian kecil
adalah Buddha. Mereka meminati Bollywood seperti dipaparkan di kaca televisyen
mereka yang banyak menayangkan filem-filem sana. Melihat tempat-tempat menarik
di sini, kami tidak berkesempatan pergi ke Durbar Square atau Monkey Temple
kerana sudah menjadi kegilaan kaki outdoor
pasti mencari kedai outdoor. Katmandu
mempunyai banyak seni bina kuil-kuil sehingga dipanggil bandar separa dewa. Satu
kesan sejarah tragis 12 tahun lalu yang mengakibatkan kematian keluarga diraja
masih terasa sehingga kini oleh penduduk Nepal. 5 tahun kemudian sistem beraja
dihapuskan dan Nepal menjadi negara republik dipimpin oleh perdana menteri.
Hari ini kami mula membeli barang-barang keperluan untuk dibawa nanti.
Saya membeli baju, seluar, kasut serta sarung tangan. Kedai outdoor yang memaparkan jenama
TheNorthFace(TNF), Mountain Hardware, Mammot, Exped samada asli atau tiruan
ternyata menguasai dan bersepah-sepah di jalanan dalam anggaran lebih dari 20
buat kedai. Ada barang-barang yang tiada di kedai ini tapi ada di kedai lain.
Ada baju TNF yang diletakkan dalam kotak dijual dengan harga murah. Tidak jauh
dari sini ade kedai Millet, Salewa dan TNF yang menjual barangan outdoor yang asli. Satu perkara yang
menarik sama seperti di negara miskin lain, rakyat Nepal di Katmandu rajin
bekerja sehingga tiada dijumpai pengemis. Dalam masa sesingkat ini ada juga
rakan-rakan kami sempat menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid tidak jauh
dari sini. Kata rakan kami ada satu lagi masjid tidak jauh dari masjid tersebut.
Singgah di kedai outdoor
Makan tengahari di Restoran Annatolia
Bila tiba di kedai outdoor,
banyak barang harus dibeli. Sarung tangan, down
jaket, seluar tebal, kasut, dan lain-lain menjadi pilihan. Beg duffle berharga dalam RM50-60 bersaiz L
dan XL wajib dibeli untuk porter kami
memikul nanti. Dalam masa yang singkat, wang 64,000 Ruphee yang ditukar habis
dalam 4 jam sahaja.
Memandangkan ada bawa dapur, saya membeli 3 biji gas tetapi tidak
membawanya kerana tidak digalakkan oleh Encik Raj dan rakan-rakan kerana takut
dirampas oleh pihak berkuasa lapangan terbang nanti berikut kes pada tahun 2008
dahulu di mana gas meletup di Lukla semasa mendarat. Tidak lama kemudian mereka
melaksanakan undang-undang melarang membawa gas dalam kapal terbang.
Hari ke 3 Lukla
Setelah menyusun beg duffle di
atas bas, kami bersarapan dan bergerak pukul 7.30 pagi. Dalam perjalanan ke
lapangan terbang domestik terdapat papan iklan menyatakan esoknya adalah hari
Nepal pada tahun ke 2070 kalendar mereka. Boishakh
adalah bulan Januari bagi mereka berdasarkan kedudukan matahari. Banyak
aktiviti berlaku di sini begitu juga di negara-negara sekitar seperti di
Bangladesh dan India.
Setiba di sana, terasa angin yang sangat kuat datang di pagi hari. Beg
di bawa turun dari van, diimbas dan terus ke kaunter. Beg duffle dan beg daypack
kami di timbang menggunakan timbangan lama yang besar. Jika lebih 10 kilogram
maka kena bayar 1 kilogram 135 Ruphee.
Setelah 2 jam menunggu di kaunter, Dr Mahfeit dan Ahmad Rathi yang
pertama menaiki kapal terbang ringan jenis twin
otter. Setengah jam kemudian Pakcik Ali pula menaiki helikopter. 2 jam
kemudian kumpulan terakhir kami dipanggil menaiki kapal terbang jenis Dornier
yang lebih besar sikit. Kami sudah hampir menaiki kapal terbang namun mendapat
arahan ditunda akibat masalah angin kencang. Maka terpaksa kami menanti lagi di
tempat menunggu dengan kelaparan belum makan tengahari.
Setelah lama menanti akhirnya kami diarahkan menukar ke tiket helikopter
yang terletak di sebelah landasan. Tiket helikopter terhad dan saya, Nitti dan
Ayob terpaksa menunggu atau kemungkinan kami terpaksa bermalam di Katmandu lagi
dan bergerak esok mengejar rakan-rakan terus ke Namche Bazaar. Pada masa yang
sama Dr Mahfeit dan Ahmad Rathi sudah pun tiba di Lukla dan mereka dapat makan.
Pakcik Ali yang tiba awal berseorangan menaiki helikopter bersama beg kami
kelihatan kepeningan kerana terdapat 4 beg lagi bersamanya. Dia tidak
menjangka 4 beg tersebut adalah beg rakannya apabila ditanya oleh penjaga
restoran kerana dia tidak mengetahui pemilik beg-beg tersebut lagi pun hanya
dia seorang waktu itu yang menaiki helikopter. Penjaga restoran tersebut
mengugut untuk menghantar beg-beg tersebut pulang ke Katmandu. Dalam kekalutan
tersebut muncul Dr Mahfeit menerangkan keadaan jika tidak beg akan kembali ke Katmandu.
Kami yang terakhir tunggu di lapangan terbang akhirnya dapat menukar ke
tiket menaiki helikopter. Ini kali pertama saya menaiki helikopter dan
pengalaman ini sangat berharga. Terasa ringan berbuai-buai di lambung di
tengah-tengah awan yang agat berkabus. Kelihatan di bawah rumah sebiji demi sebiji
menghiasi lereng-lereng bukit. Helikopter melepasi dari satu bukit ke satu
bukit bak kata orang semakin dekat terasa seperti mahu berlanggar dengan
bukit-bukit tersebut. Tidak lama kemudian sayup-sayup dari jauh nampak gunung
bersalji di sebelah kiri dan kanan. Perjalanan kami menuju di ketinggian 2800
meter sampai di Lukla pukul 4 petang. Lapangan terbang Tenzing-Hillary yang
sangat kecil, pendek dan tertinggi di dunia ini memang menggerunkan.
Tiba di Lukla kami makan tengahari dan malam. Kami berjumpa dengan June
dan adiknya Z yang baru turun dari EBC. Kata mereka porter mereka pun kena Acute
Mountain Sickness atau AMS di mana kepala mudah pening dan sakit di bahagian
belakang leher bila semakin tinggi bergerak. Ubatnya turun ke bawah.
Pintu masuk Lukla
Kami berehat di bilik yang disediakan. Bilik kami sangat kecil dan muat
untuk setiap 2 orang. Ada sebuah beg yang ditinggalkan tanpa tuan. Kami tidak
berani membuka takut dicap menceroboh hak orang lain. Petang sikit kami
berjalan di sekitar manakala di sebelah malam kami berehat di Hard Rock Lukla
untuk berwifi.
Hari ke 4 Lukla - Namchee Bazaar
Pukul 4.30 pagi subuh sudah bermula. Sejam setengah kemudian sudah cerah. Kami bersiap seperti biasa dan bersarapan. En. Raj yang menjadi guide sudah
menerangkan semalam bahawa kami perlu bergerak terus ke Namchee Bazaar untuk
kembali mengejar masa. En. Raj akan dibantu oleh seorang lagi orang tempatan,
Min Thoba. Selepas Bersiap, porter sudah
meminta beg untul dipikul. Seorang porter memikul
2 beg yang diikat ketat menggunakan tali. Lilitan tali itu dipanjangkan di
tengah supaya dapat di letakkan di kepala. Seluruhan berat beg adalah 30
kilogram atau lebih. Beberapa minit kemudian selepas bergambar kami bergerak
dai Lukla.
Pagi di Lukla sebelum bergerak
Dalam perjalanan ... perlu menurun
Rehat dengan porter
Kerbau sentiasa digunakan untuk mengangkat barang ke destinasi
Pemandangan dari sini adalah biasa dengan pemandangan
gunung. Kami menurun sedikit demi sedikit. Di awal perjalanan, terdapat keldai
dan kerbau menjadi pengangkutan barang-barang ke kedai di setiap
kampung-kampung kecil.
Banyak kampung-kampung kecil di sepanjang laluan Lembah Khumbu. Setiap
kampung kelihatan sawah bendang yang ditanam pelbagai tanaman seperti padi,
kubis, salad mahupun kentang. Pendaki juga boleh berhenti untuk berehat dan
membeli makanan ringan dan minuman seperti coke, sprite dan fanta juga ada. Di
antara pemandang gunung, di bawahnya terdapat Sungai Khumbu yang mengalir dari
atas lagi. Ada juga kelihatan rumah-rumah Buddha di Kampung Monjo dan tempat
sembahyang mereka berbentuk silinder pelbagai saiz yang berputar bila semakin
hampir tiba di Pak Ding. Kata penganut Buddha, dengan memutar benda tersebut
akan memberi kesan pada semangat mereka. Terdapat banyak juga monumen berbentuk
seperti batu bersurat juga pelbagai saiz.
Perjalanan turun dan naik sehingga kami tiba di sebuah jambatan yang panjang dalam 100 meter. Selepas melepasi jambatan tersebut, kami tiba di sebuah restoran di Pak Ding pukul 12.15 tengahari. Kami berehat dan memesan nasi goreng sayur. Ternyata nasi gorengnya sangat sedap. Alhamdullillah walaupun dengan kesukaran mendapatkan makanan halal, tapi kami tidak menjumpai makanan seperti pork. Dengan memesan makanan berasaskan sayur atau telor sudah memadai.
Permit mendaki di Jorsalie
Selesai makan dan solat, kami meneruskan perjalanan. Kami perlu melalui 3 buah jambatan berukuran 150 meter setiap satu. Pukul 3.30 petang kami tiba di Jorsalie untuk memohon permit. Encik Raj sudah menatur setiap permit. Katanya pada yang mahu tiba awal maka ikut terus Min yang bergerak dahulu, Perjalanan turun turun dan naik dan juga terdapat 3 buah lagi jambatan harus dilalui, Selesai jambatan terakhir, kami naik satu bukit secara z. Di sini terdapat beberapa jalan potong. Kami tiba di suatu tempat yang boleh menampakkan pemandangan Gunung Everest dalam pukul 6.30 petang.
View point Gunung Everest sebelum tiba di Namchee Bazaar 30 minit kemudian
Saya dan Encik Raj sentiasa menemani Shobrie dan Saf yang bergerak di kumpulan
terakhir. Hari sudah hampir gelap. Kami tiba di Namche Bazaar pukul 7.10 malam
di ketinggian 3440 meter. Dr Mafeit sudah awal tiba sekitar 5 petang diikuti
Ahmad Rathi. Sebaik sampai, kami mula memesan makanan. Antaranya spagetti. Dr
Mafeit yang memerhati sekeliling ada yang memesan tapi tidak makan terutama
Pakcik Ali.
Selesai makan, saya ke bilik 209 bersama Shobrie. Biasa nya porter sudah meletakkan beg duffle berhampiran bilik masing-masing.
Sedang berkemas, terdengar ada ketukan pintu dari seorang pekerja hotel di
sebelah yang merupakan bilik air. Seorang rakan kami yang berada di dalam rupanya sudah
mandi. Bilik air tersebut tidak dibenarkan mandi kerana air dari paip besar
tidak disediakan lagipun bila mandi di ketinggian begini anda mudah terdedah
pada kepeningan atau AMS. Setelah tidak berhasil dan masih tidak keluar, datang
seorang lagi pekerja hotel menasihatkan rakan kami itu supaya segera keluar dari bilik
air. Katanya ada banjir di luar. 15 minit kemudian baru selesai.
Hari ke 5 Namchee Bazaar
Hari ini hari bebas dan mengikut dalam perancangan kami perlu rehat
sehari untuk menyesuaikan diri dengan ketinggian. Semasa bersarapan, kami bercerita
tentang kejadian di bilik air. Rupanya air sudah melimpah sehingga ke ruang
tamu. Kata saksi, air turun mencurah-curah seperti mahu banjir.
Selepas sarapan, En Raj mengarahkan kami terbahagi kepada 2 kumpulan. Kami
dipecahkan pada 2, satu ke Kampung Khumngjung yang memakan masa 5 jam
perjalanan naik turun manakala selebihnya ke atas sahaja untuk bergambar. Maka
saya, Safrina, Dr Mafeit dan Razi dibawa oleh Min bersiar-siar sekitar atas. Di
sini terdapat beberapa gunung seperti Ama Dablam, Lhoste peak, Tamserku, Nuptse
dan Everest yang terletak agak jauh ke belakang.
Selepas makan tengahari kami ke pekan mini Namchee Bazaar. Rata-rata kedai
di sini menjual barangan outdoor
seperti TNF tiruan dan cenderahati. Ada juga kedai outdoor asli seperti Mountain Hardware dan Exped. Terdapat juga satu
bank dan Mesin ATM serta kedai makan dan hotel kecil.
Hari ke 6 Namchee Bazaar - Debuchee
Pukul 7.20 pagi seperti selalunya kami bersiap untuk bergerak. Perjalanan
kami bermula keluar dengan mendaki ke tempat semalam tapi kali ini lebih jauh dan
kelihatan beberapa kuil di tengah-tengah trek. Saya memotong semua peserta
sehingga berjumpa Razi yang sebenarnya paling depan. Saya berhenti untuk
menunggu rakan lain dan membiarkan Razi berjalan. Laluan lereng-lereng berserta
pemandangan luas sangat cantik di depan dengan Aba Dablam di kanan manakala
Lhoste di kiri. Sejam lebih perjalanan mula menurun. Terdapat beberapa
kedai cenderahati dan restoran. 15 minit kemudian terdapat simpang ke Gokyo Ri
selama 3 hari perjalanan dan ke puncak Khumbu. Di sini jalur menurun begitu
ketara. Terdapat 2 orang wanita Sherpa yang memikul kotak putih yang besar
hampir-hampir terjatuh di hadapan saya. Dalam masa yang sama kelihatan buat
pertama kali Yak atau kerbau berbulu lebat lalu di depan kami seperti
binatang-binatang yang lalu lalang di sini.
BKP buat kiraan terakhir sebelum serah jawatan
Dalam perjalanan
tu Ama Dablam
Kami berhenti di satu jambatan panjang yang membelah Sungai Dudh Kosi untuk
makan tengahari sambil menunggu Razi tiba tapi tidak muncul juga. Ada
kemungkinan Razi melencong ke simpang atau berhenti lama di suatu tempat. Min
kemudian mencari Razi di simpang berkenaan. Di sini walaupun panas tapi terasa
sedikit sejuk.
Selesai makan kami bergerak naik ke Tengbochee. Di sini terdapat
pengawal tapi membenarkan pendaki bergerak. Kami tiba di Tengbochee pukul 3.15
petang. Di sini terdapat biara Buddha yang sangat besar atau Monastery serta kedai kek dan tempat
tinggal yang dipanggil lodge. Setelah
berehat dan bergambar kami tiba Debuchee dalam 20 minit. Jalur ke Debuchee
berbentuk tangga menurun.
Tiba di Tengboche
Setiba di sini, kelihatan Razi tersengih memberitahu bahawa dia sudah
tiba seawal 11.45 pagi. Di sini terdapat sebuah pemanas berbentuk stail lama
atau heater terletak di tengah
restoran. Heater ini mempunyai corong ke atas untuk melepaskan asap dan arang
nya adalah tahi Yak yang sudah dikeringkan. Maka ramai yang duduk di sini.
Masuk di dalam bilik sama sahaja bentuknya seperti di Namchee Bazaar tapi
sejuknya tak payah cakap.
Bila tiba malam kelihatan Safrina dan Nityan paling teruk dan seakan
mengalami AMS. Dr Mafeit memberi mereka ubat. Makan malam seperti biasa sup
bawang dan teh lemon.
Dah sampai suka pulak dia
Hari ke 7 Debuchee - Perichee
Pukul 5 pagi saya bangun dan solat subuh. Pukul 7.20 pagi kami bersiap
untuk bergerak. Saf dan Nityan berjaya pulih dari trauma sakit AMS mereka. 2
jam pertama kami hampir tiba di Pangbochee. Nityan yang berjalan paling perlahan masih
batuk dan berkemungkinan terkena AMS. 30 minit lepas berjalan terdapat satu
jambatan. Selepas melepasi jambatan, kami semua bergambar di sini. Selepas ini
perjalanan mula menaik sehingga melepas satu terowong kecil. Semua sudah tiba
di sini kecuali Nityan yang sangat perlahan. Banyak kerbau dan Yak lalu di
sini. Satu ketika kami singgah di satu restoran untuk melihat keadaan Nityan.
Bergambar di jambatan besi
mendaki bukit
Beri laluan kepada Yak melintas
Nityan diarahkan turun
berhenti makan tengahari
Pintu dan berehat
Setengah meneliti keadaan Nityan, Encik Raj dengan berat hati mengarahkannya
turun. Beliau diiringi oleh rakannya Yasmin dan porter serta diberi wang untuk perjalanan pulang ke Katmandu.
Demikian berakhirnya pendakian mereka berdua dan kami tinggal 10 orang. Sejam
selepas itu, kami berhenti makan di Pangbuchee.
Sudah tidak ceria seperti biasa
Semakin hampir ke destinasi bermalam
Hari ke 8 Perichee - Lobuchee
Pukul 7 pagi kami bangun untuk ke Lobuchee pula. Deeno dan Pa'am
pagi-pagi sudah ke tempat pasukan Everest Felda bergerak. Perjalanan di Taman
Negara Sagarmatha seperti melalui sebuah padang pasir dengan pemandangan gunung
bersalji. Di sini masih kelihatan Ama Dablam, Cholaste serta Pumo Ri dengan
pemandangan memukaunya menghiasi panorama. Tidak terasa dimana kami perlu
menaiki 3 bukit sebelum rata semula bila dapat memandang ke arah sana. Di
ketika ini kelihatan Hakim sudah mula memperlahankan rentak perjalanannya.
Setelah berjalan selama hampir 3 jam , kami terjumpa lagi Deeno. Kali
ini ditemani oleh Ramli yang diberi pelepasan. Turun 150 meter dan melepasi
jambatan, kami tiba di Tugla untuk makan tengahari. Ramai orang di sini.
Selesai makan, kami bergerak selama 3 jam ke Lobuchee. Semasa
berjalan, kelihatan khemah oren bersebelahan Gunung Lobuchee. Februari lepas,
pasukan Everest Felda sudah mendaki gunung ini dalam suasana salji yang sangat
tebal dengan suhu negatif. Lobuchee terletak di belakang gunung ini. Tapi
sekarang salji sudah mula turun tapi tidak banyak. Terdapat satu dataran salji
di sini.
Hari ini hari yang dinantikan. Kami dijadualkan ke EBC sebelah petang nanti. Pukul 7 pagi perjalanan bermula, 3 setengah jam kami tiba di Gorakshep. Setelah meletakkan beg untuk tinggal di sini, kami makan dan bersiap. Selesai solat, 2.45 petang kami bergerak ke EBC. Seperti biasa, saya di belakang dan kali ini ditemani oleh Ramli.
Perjalanan juga melalui lereng-lereng bukit. Dari jauh memandang
ke belakang kelihatan Gorakshep manakala di depan sudah nampak tapak-tapak
khemah luas yang berwarna oren. Ini bermakna kami sudah tidak jauh dari EBC.
Di sini Abg Ayob sudah mula nampak keletihan. Ramli membantu dengan mengurut
belakangnya. Dari kiri trek memusing ke kanan untuk menaik pula. Selepas berhempas
pulas melepasi beberapa meter, saya tiba di Base Camp pukul 6 petang pada
ketinggian 5365 meter. Suasana agak gamat seketika, Ada yang bergambar bersama
dengan banner dan bendera Malaysia.
Terdapat ucapan dari Deeno menanda kami tiba di sini. Kami tidak ke kawasan
tapak khemah kerana masa sudah semakin gelap.
Tiba di Base Camp
Bergambar bersama Ramli di EBC
Terima kasih pada Deeno dan Saf kerana menjadikan impian ke EBC suatu kenyataan
Hari ke 10 Gorakshep - Lobuchee - Zongla
Sepatutnya ni atur perjalanan
Turun ke Labouche jumpa Apip dan rakan-rakan
Selamat mendaki pada Deeno
Simpang antara Periche dan Zongla
Dengan cuaca sejuk, kami turun semula ke Lobuchee. Akhir kami berjumpa
semula pasukan Felda. Antara yang turut serta adalah Alif, Zahid, Apip serta
Anis. Sampai di Lobuchee, Encik Raj mengarahkan satu pasukan yang bergerak
perlahan turun terus ke Perichee diketuai oleh Min dan selebihnya naik ke
Zongla untuk ke Gokyo Ri. Setelah makan, kami bergerak selama 30 minit ke simpang.
Encik Raj membawa saya, Mahfeit, Razi dan Ahmad Rathi melalui kawasan bersalji
dan mendaki bukit ke Zongla. Kami potong ke kiri di lereng bukit setelah naik
selama 10 minit. Salji sudah semakin tebal sehingga 5 ke 10 meter. Pergerakan
trek mula mendaki dalam 100 meter terakhir. Dalam sayup-sayup kelihatan sebuah lodge di atas sana.
Pukul 5 petang kami tiba di Zongla Lodge dan Restoran. Saya pesan
cendawan pizza namun tidak berjaya menghabiskannya. Dengan salji masih tebal
dan sejuk, Encik Raj memutuskan kami tidak akan meneruskan perjalanan ke sana.
Katanya cuaca amat buruk dan dia sudah banyak kali melalui jalan tersebut.
Bermula perjalanan bersalji
Selepas sarapan ringan kami ke dua, kami bergerak lagi. Melalui satu
jambatan, perjalanan menaik meter sebelum rata. Oleh kerana kumpulan 4 orang
kami laju kami tiba di Perichee sejam sahaja. Sepanjang perjalanan dari Zongla
lagi suasana masih bersalji tidak seperti ketika kami sampai di awalnya. Kami
mengambil keputusan terus ke Somare yang terletak 45 minit perjalanan sebaik Dr
Mahfeit selesai berurusan di bilik air. Di Somare, kami makan tengahari dengan
saya memesan nasi putih telur kari yang sedap.
Sebaik tiba di Perichee, Shobrie menyapa kami. Katanya mereka tiba 1 jam kemudian. Katanya Ayob pergi ke farmasi Himalayan Rescue Association(HRA) di Perichee untuk mengetahui status kesihatan. Dengan keadaan kesihatan makin merosot, pegawai HRA mengarahkan hospital Katmandu segera menghantar helikopter datang menjemputnya pergi pagi tadi. Safrina yang bertindak selaku ketua program terpaksa menemaninya.
Hari ke 12 Debuchee - Namchee Bazaar
2 jam perjalanan, persekitaran salji semakin berkurang. Perjalanan yang
menyiksakan bermula semasa melepas simpang ke Gokyo Ri dan Khumbu. Disana
kedudukan mendaki agak tinggi. Ramai yang memperlahankan pergerakan. Apabila
selesai mendaki, kami singgah di satu restoran untuk makan tengahari. Hujan
sudah mula turun. Ramai yang sudah bertukar ke pakaian baju hujan. Memandangkan
hari masih siang, saya yang bermula dari belakang memotong semua peserta kecuali
Dr Mahfeit yang sudah jauh di depan. Sudah 7 hari menjadi peserta di belakang
atau Sweeper., maka hari ini mahu
awal sikit. Saya tiba di Himalaya Lodge di Namchee Bazaar pukul 2 petang.
Selepas makan, saya mengecas bateri kamera lagi dan membeli belah di sini. Ada
barang-barang outdoor yang murah dan
yang penting kena pandai cari dan pandai tawar menawar.
Hari ke 13 Namchee Bazaar - Pak Ding
Abie gembira nak sampai
Ambil sijil
Perjalanan turun naik beberapa kali melintasi Jorsalie. Kemudian naik
beberapa kali lagi sehingga kami sampai
di Pak Ding. Kami memesan nasi goreng sayur sama seperti kami tiba kelmarin. Hari ini kami bermalam di sini dan menghabiskan bekalan yang ada.
Hari ke 14 Pak Ding - Lukla
Bergambar dulu sebelum turun
Dah nak sampai Lukla
Sekitar lapangan terbang
Hari ke 15 Katmandu
dah nak balik ... gembira sakan
Ini rakyat malaysia sudah jejak EBC
tengah beratur naik kapal terbang ... timbang dulu
sebelah stewardess
ada mayat dalam ni
Setiba di lapangan terbang domestik, kami disambut oleh Safrina yang
sudah 4 hari di Katmandu. Katanya Ayob sudah keluar dari hospital dan ditemani
oleh keluarganya. Kami di bawa menaiki van ke Hotel Tenki yang terletak 10
meter dari Hotel Manang. Kami sekali lagi ke Jalan Thamel untuk membeli belah
dan makan di Restoran Annatolia. Selesai makan sambung lagi membeli belah
sampai malam..
Hari ini bangun lambat. Saya mendapat panggilan dari rakan Indonesia
Ryco Arnaldo yang baru tiba semalam.Sambil berbual, saya dan Safrina memberi
tips keadaan di sana. Ryco bersama 2 rakan lagi menggunakan pakej siap untuk
trekking Base Camp. Hari ini pasukan kami mempunyai satu hari lagi untuk
berbeli belah. Kali ini barang-barang untuk anak-anak. Pada malam hari kami makan
di sebuah istana lama bercirikan budaya Nepal. Sambil dihidangkan dengan
makanan yang lazat, tarian dari penari yang sama silih berganti bersama kugiran
di sebelah kami. Suasana makin panas bila makanan belum sampai tapi sudah 4
tarian berlangsung. Akhirnya kami dihidangkan dengan beberapa kursus makanan.
Selesai makan kami bergambar lagi di istana sebelum pulang.
persembahan kebudayaan
menari banyak tarian
tapi makanan tak sampai-sampai
bergambar beramai-ramai
Hari ke 17 LCCT
Pagi sarapan, semua bangun awal. Ryco dan teman-temannya akan berangkat
sebenar lagi. Dr Mahfeit dan Ahmad Rathi yang menaiki MAS akan pulang lebih
awal. Kami berpelukan dengan Encik Raj yang banyak sabar dan membantu kami
sepanjang trekking dan kami sangat suka dengan perkhidmatannya serta
personalitinya. Alhamdullillah kami dapat naik kapal terbang dan dapat tiba di
LCCT pada malam hari. Sekian trip kami untuk kali ini. Rasa gembira puas
menikmati 2 minggu di Nepal. Terima Kasih Puncak Event dan terima kasih Allah
kerana masih memberi satu lagi kesempatan..
Antara perkara menarik dalam trip kali ini:
1. Hari-hari kena makan sup bawang dan teh lemon
sampai muak. Tujuan untuk memulihkan tenaga. Sup bawang di makan kerana dikatakan dapat
mengurangkan AMS.
2. Setiap kali bertembung dengan pendaki lain
dari arah bertentangan atau semasa dipintas pendaki lain, pasti ada yang
mengucapkan Namaste. Ini adalah
ucapan salam bagi beragama islam. Bagi kami disertakan dengan salam tangan di
kedua belah pihak tapi di sini mereka menemukan tapak tangan sendiri dan member
satu senyuman. Tradisi ini juga diamalkan di India.
3. Selepas tiba di Lukla pada ketinggi an 2800
meter, anda tidak boleh mandi kerana sejuk atau mendapat AMS sehingga pening di
keesokan hari nya. Jangan risau, suhu
sejuk akan menyebabkan bau badan kurang dan anda mampu segar di keesokan
harinya.
4. Setiap kali binatang-binatang seperti Yak
atau Kerbau lalu dari belakang atau depan, pasti pendaki terpaksa berhenti.
Nampak perlahan tapi binatang ini sentiasa bergerak. Keadaan yang sama berlaku
di jambatan. Terdapat banyak kerbau dan keldai di awal perjalanan. Selepas
Namchee Bazaar, baru terjumpa Yak sehingga ke tempat-tempat seterusnya.
5. Beberapa jam selepas berjalan di Namchee
Bazaar terdapat sebuah lapangan terbang lama yang dipanggil Syangbochee.
6. Ramai pelancongan asing yang mendaki seperti
kami. Antara yang di temui dari UK yang membuat penyelidikian, Estonia, US,
Indonesia, Korea dan lain-lain. Adakalanya hari-hari kami berjumpa kumpulan
dari Malaysia.
7. Ada lebih dari 10 jambatan besi. Sebahagian
besarnya sepanjang 100 meter menyeberangi sungai.
8. Jangan terburu-buru mengejar masa. Namche
Bazaar tempat sesuai untuk berhenti satu hari supaya badan boleh menyesuaikan
diri dan tidak mudah kena AMS.
9. Setiap hari sepanjang laluan dari Lukla ke
EBC pasti ada helikopter terbang dan berlegar. Biasanya helikopter akan
mengambil pesakit AMS terbang ke Hospital Katmandu.
10. Selama 2 minggu, kami mengalami semua 4 musim
iaitu luruh, panas, dingin serta bersalji dan semi. Manakala hujan cuma
seketika ketika turun ke Namchee Bazaar.
11. Semakin tinggi dan semakin jauh sesuatu
tempat, semakin mahal makanan dan mengecas bateri tetapi harga bilik tetap sama. Ini kerana binatang-binatang membawa makanan juga perlu bergerak jauh
untuk sampai yang memerlukan beberapa hari. Dan binatang-binatang ini disewa
dari penduduk sekitar.
12. Katmandu merupakan antara syurga outdoor. Terlalu banyak kedai. Juga
terdapat banyak kedai menjahit nama dan yang menyediakan perkhidmatan untuk
mendaki di mana-mana seperti Annapurna.
13. Tandas yang disediakan sepanjang laluan tidak
menggunakan air. Hanya menggunakan daun-daun kering untuk menimbus sisa-sisa.
14. Walaupun terdapat 6 syarikat menguruskan berpuluh
penerbangan dari Katmandu ke Lukla, cuaca memainkan peranan. Kabus sikit sudah
pasti tiada penerbangan atau ditunda untuk berlepas. Adakalanya berjam atau
berhari-hari.
15. Anda pasti tidak pernah dengar porter atau guide merungut penat sepanjang trip. Bagi porter mereka dilihat kerap berhenti namun mereka yang akan sampai
dahulu. Beg yang dibawa akan tiba di pintu bilik anda bila tiba masanya.
16. Satu perkara menarik mengenai mereka adalah porter dan guide dilihat memakan nasi dengan banyak tetapi lauk sedikit.
17. Semua porter mempunyai kekuatan mengangkat
dual beg atau lebih dengan jumlah berat lebih 20 kilogram tetapi kelemahan
ketara tidak mampu berbahasa Inggeris atau berkomunikasi baik dengan pendaki.
18. Tiada kenderaan beroda sepanjang laluan
kecuali helikopter mendarat. Hanya binatang-binatang mengangkut barang yang
bergerak. Binatang-binatang seperti Yak diperlukan untuk mengantar bekalan yang
sangat jauh ke dalam.
19. Sekali sekala terdapat kuda melintas.
Sekiranya ada kuda lalu dengan membawa penumpang selain orang tempatan
dipercayai 100 peratus mereka terkena AMS.
20. Suatu ketika di Pak Ding kemah yang didirikan
di bayar mahal terutama di tapak kemah sedangkan tempat tidur banyak disediakan.
Ini berbeza di Malaysia mahupun mana-mana negara sekitar di mana kemah adalah
percuma atau murah.
21. Askar Gurkha dipercayai menggunakan laluan
EBC di Namchee Bazaar untuk bersenam hari-hari.
22. Setiap pendaki pasti merasa loya atau susah
untuk makan apatah lagi bernafas apabila berada di ketinggian yang semakin
tinggi. Pendaki-pendaki yang tinggal di tanah-tanah rendah atau bekerja di
bandar-bandar lebih cenderong terkena.
23. Untuk sampai ke EBC, anda perlu
sekurang-kurangnya seminggu dari Lukla untuk sampai. Tetapi apabila tiba
masanya sampai di EBC, anda hanya ada antara 5 minit hingga 3 jam sahaja jika
tidak bermalam.
24. Apabila anda terkena AMS dan tidak mampu
turun, anda perlu tambah kos dan kos akan menjadi lebih 100 peratus tinggi dari
pakej anda kecuali ada insuran.
25. Duit kertas Nepal Ruphee sangat tidak
bernilai. Ia mudah diconteng dan mudah koyak. Di Katmandu terdapat banyak kedai
menukar wang.
26. Cuaca di Katmandu dan Lukla-EBC sangat
berbeza. Begitu juga taraf kehidupan.
27. Bandar Katmandu mempunyai jalan raya yang
berdebu, kotor dan sempit. Laluan menyeberangi sungai di lihat penuh sampah.
Mungkin penyakit mudah berjangkit kalau dibiarkan.
28. Setiap kali ada pendakian yang di dengar
pasti ada dalam kumpulan di mana peserta tidak mampu sampai ke EBC akibat
terkena AMS.
29. Semua bilik yang kami duduk sangat sempit
kecuali di Pak Ding. Ada satu masa beg duffle
diletakkan di atas katil untuk menyusun barang.
30. Selepas melintasi pekan Lukla sehingga ke
atas, anda akan bertemu dengan penduduk etnik yang dipanggil Sherpa. Merekalah
yang menjaga pendaki Everest, gunung sekitar atau menjadi porter pendaki EBC. Mereka di latih dari kecil untuk mengangkat
beban yang lebih besar. Ada juga Sherpa di kalangan wanita.
Untuk teman-teman yang mahu
menikmati pendakian ke EBC, bole menghubungi penganjur Puncak Event, Deeno di
talian 0126294083.

Kenangan terindah
ReplyDelete