BerGlamping di Alov

Salam, 

Hari ini selepas kakak balik dari UKM, kami bergerak ke Ulu Langat menuju ke Alpine Camp. Tempat ini ada sungai dan menggunakan kemah glamping untuk bermalam. Tujuan ke sini atas jemputan re-union rakan-rakan yang pernah mendaki ke Gunung Kilimanjaro di Tanzania Afrika Selatan. Banyak kenangan suka duka di sana. Tempat glamping ini berlatar belakang Gunung Hitam baru dibuka atas inisiatif jurulatih Pendaki Everest Felda iaitu En Ilaham Islak(Pa am) bersama Zainudin Lot(Deeno) di bantu oleh kru-kru serta rakan-rakan gunung terutama OGKL. Bagi mereka yang saya sudah kenali lebih 15 tahun kenangan mendaki di gunung-gunung tertinggi dalam negara, Asia Tenggara mahupun antara 7 benua  seluruh dunia pasti harus diteruskan sebagai ukhwan merapatkan hubungan juga sesama pendaki serta rakan-rakan lain. Mungkin usaha ini dilakukan bila syarikat mereka PV Event tidak dapat meneruskan acara larian tahunan akibat kekangan Covid 19. Hasilnya sangat menarik dengan lokasi yang tidak jauh dari Kuala Lumpur serta kemudahan-kemudahan lain seperti riadah untuk kanak-kanak, berbasikal di laluan ke Kuala Klawang dan lain-lain.

harga berpatutan ... mari lah ... tak rugi punya




















Sekian  


photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment