Gunung Dulang Asli di Kg Mat Daling, Kuala Tahan

Salam , 

Menuju ke bulan puasa lagi seminggu , kami meneruskan pendakian ke Gunung Dulang yang terletak di Kampung Mat Daling yang juga merupakan jeti ke Gunung Aais dan terletak di sebelah rumah Kak Nora yang memasak makanan kami. Asalnya ke Gunung Hulu Khincin yang terletak di Rompin namun ade berlaku hakisan tanah jadi pendakian berubah ke sini,

Seperti gunung-gunung lain, 2 hari satu malam atau pagi pergi petang sudah turun adalah perkara biasa namun untuk pendakian kali ini adalah diluar jangkaan.

Kami diberitahu terdapat satu lagi Gunung Dulang di Kampung Mat Daling ini sejak beberapa tahun lalu di mana puncak nya ade satu tiang dan perjalanan memerlukan 3 hari untuk selesai. Ramai sudah pergi di sana dan rata-rata orang kampung bersetuju untuk menyatakan bahawa di sana bukanlah punca sebenar. Bagi komuniti gunung, perbezaan ini akan membawa kepada kesukaran untuk mencapai kata sepakat bahawa mungkin kurang maklumat atau kelayakan menjadi penunjuk arah boleh dipersoalkan namun bagi kami tiada apa-apa masalah asalkan ade pihak bersetuju dab reda sahaja.

Jadi kami diberitahu orang kampung pernah sampai di sini dan kerana mengikut cerita di beirut puncak ade tanda nama. Namun untuk kumpulan pendaki yang biasa mendaki puncak Gunung Dulang asli masih tiada yang sampai pada zaman ini.


Dengan beg galas sahaja tanpa membawa barang-barang seperti makanan lebih dan kami membawa barang asas seperti lampu picit dan saya yang pasti membawa ground untuk duduk.




Bersama 3 pacuan 4 roda termasuk 3 pembantu, Awang , Asraf dan Kudek yang juga pemandu bot semasa trip di Gunung Aais tahun lepas kami bergerak dari rumah kak Nora pukul 9 pagi dan mencari titik paling hampir dengan Gunung Dulang yang terletak di sebelah kanan. Perjalanan mef dan mang memerlukan pacuan 4 roda kerana licin dan hujan melambatkan lagi urusan. 


bincang ikut macam


Secara teknikal nya dari laluan paling hampir untuk ke permulaan adalah 6 kilometer. Sehingga pukul 11.30 pagi, mengikut peta topo dan GPS kami sudah tersasar ke depan dan cuba mencari jalur 4 roda yang pelu memusing ke kanan. Kami patah balik dan mencari susur ke kiri dan Gunung Dulang kini di kiri kami. Semua kenderaan memasuk laluan yang samar-samar jalur dan tiba paling hampir sekitar 2.8 kilometer yang terletak di tepi sungai.


Sekitar 12.30 tengah hari kami bersiap untuk bergerak melalui sungai. Sampai dari satu tempat seawal 20 minit kami berhenti dan makan tengahari serta solat. Selepas itu perjalanan diteruskan mengikut peta topo. Selama beberapa jam jarak ke puncak adalah sekitar 2.5 kilometer. Setelah mendaki sehingga di ketinggian 550 meter kami perlu turun 100 meter ke bawah. 



Bila tiba di bawah ada laluan air sebelum kami naik semula iaitu perlu berada di ketinggian tambah lagi 600 meter untuk sampai di puncak dan waktu sudah hampir 6 petang. Apapun keadaan daypack sudah bertukar menjadi trip 2 hari satu malam dan kami tidak menbawa alat serta banyak makanan.



Sedang kami bergerak hujan turun dan trip menjadi licin. Laluan kami menjadi sukar bila ada kawasan yang memanjat tebing dan tiada tempat pemegang. Sedang ada yang sudah kepenatan dan kelaparan dan perjalanan masih belum sampai serta hujan belum mau berhenti tiba-tiba Fendi yang merupakan pemandu arah kami seperti biasa memutuskan untuk berehat sehingga hujan reda. 



Agak lama hujan turun sambil kami berkongsi tempat untuk mengurangkan basah dari hujan. Selepas berbincang, kami akan berehat di sini untuk berjalan semula pagi nanti. Api dinyalakan di satu tempat kerana sejuk serta basah akan membawa pada hipotermia iaitu gejala badan menggigil yang apabila tidak dicegahkan akan membawa pada satu peringkat yang akan membahaya untuk keseluruhan trip ini.




Kemudian ground dibentang dan kami beramai-ramai tidur semuat yang boleh. Api yang panas digunakan untuk mengeringkan baju , stokin dan sarung tangan yang basah sampai ade yang terbakar. Makanan yang ada akan di jamu seringkas mungkin untuk mengilangkan lapar dan memberi sedikit tenaga. Walaupun kami tiba sekitar10.40 malam , malam tersebut merupakan malam yang panjang bagi kami yang berubah tempat tidur dan untuk keselesaan yang tidak seberapa untuk semua.


Pukul 7.30 pagi kami semua bergerak meneruskan perjalanan ke puncak. Tidak lama berjalan kami jumpa tempat ambil air lalu mengambil. Perjalanan yang menaik agak tenang dan kami akhirnya sampai di puncak yang berketinggian 1063 meter dan mempunyai beirut dan bukan tiang seperti yang digembar-gemburkan.


berehat dan bergambar di puncak Gunung Dulang



Puncak nya tidak luas dan menarik nya ada tulisan di beirut yang memberitahu sudah sampai cuma seperti yang diberitahu awal tadi ada 2 Gunung Dulang di tempat atau di kampung yang sama. 



Kami bergambar dan berehat lalu turun dari puncak pukul 11.30 pagi. Sampai di tempat kami tidur, perjalanan di potong ke bawah dan terus ke bawah menuju ke sungai iaitu sungai yang sama semasa kami mula-mula naik cum kali ini sedikit tapi sungai tersebut kami laluan secara lintas jalur ke kiri dan ke kanan sehingga sampai ke kenderaan kami pada pukul 6 petang. Fendi memutuskan untuk memasak seberapa cepat yang boleh dan kami bersiap untuk mandi di sungai dan berkemas. 




Setelah makanan dihidangkan dan kami makan, kami bergerak keluar. Awal nya tersasar ke kanan tapi kami ke kiri dan jalan terus lurus selama beberapa jam sebelum sampai ke rumah Kak Nora. Kami tidak lama di rumah Kak Nora kerana waktu sudah pukul 11 malam. 



makan malam tak sempurna tapi cukup dan kenyang selepas lebih 24 jam makan jajan dan minum air sungai 

Kami bergerak keluar dan meneruskan perjalanan ke haluan masing-masing. Saya tiba di rumah waktu azan solat subuh berkumandang. Sekian sahaja satu lagi perjalanan yang antara daypack yang tak jadi. Moga menjadi iktibar supaya bersedia untuk membawa barangan lain kerana trip ini saya agak lemah tidak makan serta seluar yang koyak sedikit menjadi semakin membesar dan terpaksa ditutup dengan baju hujan.
  
antara spesis dijumpai


photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment