Salam,
Untuk kali ke 3 dalam 7 bulan saya ke Kampung Mat Daling di Ulu Tembeling sebelah Kuala Tahan. Hujung bulan November tahun lepas saya ke Gunung Aais melalui jeti Kampung Mat Daling di sebelah rumah Kak Nora yang merupakan tukang masak utama ke sana serta mendaki Gunung Dulang asli seminggu sebelum puasa bermula tahun ini.
Perjalanan seperti biasa iaitu malam dan kami tiba di Bukit Awan untuk tidur seketika. Tapi kali ini kita tidak ke rumah kak Nora kerana untuk menjimatkan masa jadi kami terus ke tempat permulaan di kaki Gunung Pelangai.
Perjalanan bermula 9.45 pagi dan sampai di tempat letak beg selepas 3 jam perjalanan. Pada asal nya tiada bawa beg tapi tukar jadual kena bawa beg namun bila pergerakan perlahan, beg diletakkan dah membawa beg galas kecil sahaja. Selepas makan tengahari , kami bergerak selama 2 jam 15 minit untuk sampai ke puncak tapi tiada tanda ada besi yang sepatutnya. Jadi di puncak kami memasang papan tanda inilah puncaknya.
sarapan dulu dalam perjalanan
Selepas bergambar, kami turun. Perjalanan turun agak cepat dalam 2 jam lebih sahaja sudah sampai. Sebelum gelap kami bergerak menuju ke permulaan mendaki Gunung Dulang kerana untuk trip kali ni ada 2 gunung jadi selepas berbincang maka elok tunggu ke kaki nya sahaja dan kami yang sudah sampai boleh berehat sekali dan pulang esok pagi. Perjalanan ke kaki Gunung Dulang sama seperti dulu cuma lalang semakin tinggi dan kami melalui jalan dengan lalang setinggi rumah meredah malam yang agak jauh untuk sampai.
Lebih kurang pukul 10.50 malam baru kami jumpa tempat hari tu dan bermalam.
Esok pagi selepas sarapan kami berpisah pada 2 kumpulan iaitu satu akan naik Gunung Dulang dan satu lagi akan keluar. Kami keluar dan sampai di Kampung Mat Daling pukul 10.30 pagi. Ikan pekasam yang di pesan iaitu sekilo RM80 telah di bayar dan kami di hantar ke kereta. Kami bergerak ke Kuala Tahan untuk bergambar. Ini merupakan kali ke 2 saya singgah ke Kuala Tahan selepas mendaki Gunung Tahan semasa balik pada tahun 2008 dulu. Suasana selepas banjir yang menenggelamkan tempat ini 6 bulan lepas macam sama cuma kerosakan di bahagian mana tidak saya ketahui. Kami kemudian bergerak ke Temerloh untuk makan tengahari dan sampai semula ke LRT Gombak dalam 6.30 petang. Sekian sahaja perjalanan.
pagi di Bukit Awan
dah sampai puncak dan upacara pasang papantanda








.jpeg)




.jpeg)
















0 comments:
Post a Comment