Gunung Damavand di Iran kali ke 2 ... sampai juga

Salam,


Gunung Damavand kali ini hadir tanpa perasaan teruja tapi lebih teruja bila dapat keluar negara setelah sekian lama tidak ke mana-mana. Untuk barisan kali ini cuma berempat sahaja iaitu Rozaimi atau Kepet sebagai ketua kumpul dan Kichok sebagai bahagian teknikal sama seperti dulu manakala saya dan Dr Zamri adalah anggota asal semenjak kejadian dulu dan anggota lain dengan jumlah semuanya seramai 17 orang.

Check in kt kaunter dulu

Persiapan kali ini juga sederhana manakala penempahan tiket hampir tidak mendapat harga yang murah setelah lama menunggu. Beza pada trip terdahulu, kali ini kami bergerak pada musim panas jadi tidak perlu membawa peralatan tambahan. Untuk persiapan, perlu tambah beberapa barangan yang agak lusuh dan beg duffle serta pakaian waterproof namun keadaan masa tidak mengizinkan.



Untuk trip kali ini ade 2 pakej iaitu pakej B satu pakej penuh sehingga mengunjungi Isfahan tempat tumpuan pelancongan dan satu lagi pakej A mendaki sahaja dan saya memilih pakej A. Kami berkumpul di KLIA cuma 2 orang tidak muncul atas sebab peribadi. Semua transit di Dubai kecuali Kepet dan Kichok sahaja yang akan menaiki Mahan Air pergi dan lewat pulang nanti. Mahan Air di berita akan beroperasi secara domestik sahaja selepas Ogos untuk sekian kalinya nanti kerana tekanan politik dari US menurut Kepet. 

sampai Dubai rehat dulu

Belakang lapangan terbang antarabangsa




Kami tiba di Lapangan Terbang Imam Ayatollah Komeini pada pagi hari. Tempat solat ada disediakan jadi sempat solat subuh semasa ke kaunter pemeriksaan passport. Apapun seperti yang diketahui orang Syiah meletakkan batu yang dipanggil Turbah semasa sujud. Boleh la google untuk mengetahui apa itu Turbah kerana ianya lebih kepada kepercayaan Syiah.

makan dulu

Buat pertama kalinya saya tiba di Tehran kerana tidak berpeluang berbuat demikian semasa trip dahulu. Kalau dari lapangan terbang terus ke Pekan Rineh lebih kurang 3 jam perjalanan. 


Kami berada di Tehran selama beberapa jam sebelum berhenti makan di satu restoran di sebelah belakang Gunung Damavand. Antara tempat di Tehran kami singgah adalah Azadi Square iaitu sebuah menara di kelilingi padang rumput hijau. 

mencuba makanan Timur Tengah

jajan Timur Tengah 
roti tisu



pagi penduduk sibuk pergi kerja di hari Ahad
motor old school


bergambar di Azadi Square


pemandangan Gunung Damavand dari arah restoran tempat kita makan tengahari





Sebelum sampai, kami singgah di Red Cresent untuk lapor kehadiran. Bukan apa , untuk keselamatan dan memudahkan urusan di kemudian hari serta melihat keadaan terkini pejabat yang pernah saya singgah dahulu. Ketua balai nya sudah bertukar serta banyak perubahan lain tapi balai tetap sama macam dahulu. 

bergambar semula di pejabat Red Cresent

Di Pekan Rineh masih kekal sama seperti saya datang dulu. Beza kali ini terdapat ramai anak gadis kelihatan di jalan raya yang tidak besar ini. Kami sampai di rumah Arwah Mustapha yang kini diuruskan oleh anak saudaranya Milad.

Teman-teman mundir membeli buah-buahan kerana terdapat kedai yang menjual di tepi jalan. Keesokan hari nya kami berjalan kaki lagi ke pekan melihat roti. Ade 2 kedai roti iaitu satu berhampiran tempat tinggal kami yang rotinya berbentuk tisu manakala satu lagi seperti kilang berwarna biru muda yang terletak di hujung jalan dan menghasilkan roti Taftun iaitu roti bulatan bersaiz besar yang terkenal di Timur Tengah. 

pagi tengok kedai roti terus dia belanja

Kami di bawa masuk, merasa dan bergambar bersama pekerja kedai dan yang menariknya tuan kedai menghadiahkan kami beberapa roti besar. Sebenarnya roti ini lebih baik dari roti canai cuma kandungan nya tanpa kolestrol.





siap sedia untuk ke tempat starting point

cuaca panas di luar dan tingkap tak boleh buka sebab berdebu  

masjid syiah ni kali tidur di dalam  


latihan bermula tanpa berlengah


bunga poppi merah dan segar


tak lama cuma 30 minit sahaja dan turun

Selepas pulang, kami sarapan dan bersiap untuk bergerak ke kem 2 yang terletaknya Masjid Goosfand Saraa iaitu mengikut kepercayaan Syiah turunnya Nabi Isa di sini. Dahulu kami duduk di kabin tapi kali ini kami tidur di tempat disediakan di dalam masjid sebelah depan. Seorang operator Gunung Damavand,  Masoud Bayeh yang menjadi teksi semasa saya berada seminggu lagi di sini pada trip yang dahulu juga sudah membuka kedai makan dan menyediakan tempat rehat untuk pendaki menunggu. Petang sekitar pukul 5, Kichok mengarahkan kami mengadakan sessi panas badan dan aklamatasi dengan ketinggian semasa selama 30 minit. 







Keesokannya , selepas sarapan dan mengumpulkan semua beg duffle , kami bergerak pukul 9.10 pagi. Perjalanan menaik dan memusing sedikit. Untuk hari pertama ini banyak kelemahan di kenalpasti.  Menuju ke 3 suku perjalanan yang menaik ini dapat kelihatan separuh bendera putih bermakna kami semakin hampir ke kem 3 dan akhirnya kami sampai juga yang kem 3 ini dipanggil Bargah Sevom di antara 4 dan 5 petang dengan ramai pendaki berkemah sekitar kabin. Mengikut perkiraan, saya tiba sejam lebih awal dari trip yang lepas mungkin kerana masa itu kami sampai sudah gelap.

Mengikut Kichok , kami ada 2 hari untuk proses aklamatasi di ketinggian 4200 meter ini. Proses aklamatasi bermaksud di ketinggian 2500 meter ke atas badan akan rasa serasi dengan suasana ikut ketinggian dan jika tidak pendaki akan mengalami AMS atau mabuk gunung seperti pening dan tiada tenaga lalu di suruh turun untuk elak perkara buruk berlaku.  Syukur tiada di antara kami mengalami AMS yang serius dan bagi yang mengalami nya di beri ubat seperti Ibuprofen, actifast dan sebagainya.\


latihan sehingga 4500 meter 




Keesokan paginya Kichok mula pukul 4 pagi untuk latihan pertama sendirian menuju puncak Damavand manakala Dr Zamri cuba berlatih di antara 4700 meter hingga 5000 meter pada pukul 7 pagi. Yang lain mula mendaki sehingga 4500 meter sehingga 4660 meter. Sama seperti kelmarin, latihan ketinggian diteruskan seperti biasa. Menurut Kichok pada asalnya kami 2 hari di sini tapi setelah majoriti berbincang kami ingin naik esok pagi.  Segala persiapan diatur dan ubat-ubatan di makan ikut keperluan masing-masing, beg di isi dengan makanan dan air botol. Kichok pesan bawa air 2 botol besar dan bila tiba di ketinggian 5200 meter atau kehabisan tenaga jangan mengalah. 

pagi bermula ke puncak

Hari yang ditunggu tiba pada 21 July 2022 bersamaan dengan hari jadi rakan baik iaitu Seri yang ke 50. Kami bergerak 4.30 pagi berjalan menuju ke 4800 meter yang mana jarak ketinggian dari Bargah Sevom ke puncak Damavand adalah 1460 meter bukan jarak perjalanan harus naik. Jadi samada cukup tidur, cukup makan, cukup tahan sejuk , cukup tenaga 1400 meter la perlu perjalanan naik perlu digagahi.






duduk depan tengok view 


Awalnya saya antara di depan. Kami berhenti untuk solat subuh seketika lalu sambung perjalanan. Biasa waktu pagi saya memang masih ada tenaga jadi sepanjang perjalanan menaik saya akan sentiasa di depan dan membantu kawan-kawan yang memerlukan. Guide utama kami Mendi pergi membantu kumpulan dari Jerman jadi beliau menyerahkan tugas kepada Shaifudin untuk mengawal pergerakan. Bila di depan banyak kali beliau melaungkan masyallah sambil mengucapkan terima kasih berkali-kali.


Tiba di rehat kali 4 rasauya, saya dan kawan di depan berhenti lagi di ketinggian 5200 meter mungkin sekitar pukul 11 pagi. Pada awal tadi dengar abang Rahim diarahkan turun manakala Dr Saidan di peluang kedua untuk meneruskan perjalanan. Kelihatan Shaifudin memikul 3 beg sekaligus jadi saya terfikir apa makanan dan minuman yang akan diisi oleh yang memberi beg tersebut kerana Shaifudin sentiasa kelihatan di depan.

Di ketinggian ini lah tenaga saya kehabisan. Menjadi peserta terawal kemudian menjadi terakhir sudah banyak kali berlaku namun kata Kichok sebelum tu bila sudah sampai di ketinggian 5400 meter jangan la putus asa lalu turun kerana sudah hampir sampai ke puncak walaupun kelihatan jauh. Dengan tenaga yang hilang saya meneruskan perjalanan juga sehingga sampai di 5400 meter bila saya bertemu dengan Ajoy yang ditarik oleh Deeno. Deeno melepaskan ikatan dan menjadi pengiring kepada Dr Saidan dan Puan Sri. Sambil kepenatan dan rehat serta menunggu bantuan tiba, terdengar suara Kichok yang menghantar Abang Rahim turun. Kichok segera memberi bantuan seperti makanan, ubatan dan keperluan lain sambil dibantu oleh medic lain yang memberi oksigen. Mereka mengarahkan saya turun bila melihat keadaan saya namun Kichok memberitahu saya kena sampai juga ke puncak kerana 5 tahun lepas dan kerana Ramli. 





Dengan berangan saya mengiyakan sahaja lalu Kichok memasang tali mengikat saya. Ajoy yang ada tidak jauh juga turut diikat di belakang. Untuk ke puncak di sini memang nampak dekat dan mudah namun jarak dia yang jauh bagaikan menambah tekanan. Sambil diikat Kichok mengarahkan saya berbual dan perbualan lebih pada perbahasan untuk menimbulkan perasaan marah supaya adrelina naik dan semangat kembali datang lalu mendorong kelajuan ke puncak untuk cepat sampai. Beberapa kali saya diketuk oleh Kichok dan dalam keadaan sedar dan kepenatan, saya merelakan sahaja. 

Untuk naik ke puncak laluan perlu ke kanan mencari beberapa tiang sebagai panduan bukan terus jalan lurus menaik untuk elak lebih penat walaupun nampak cepat sampai. Di puncak memang separuh bersalji kerana ketinggian ini memang patut ada walaupun musim panas. Kelihatan bentuk glasier tajam bersusun-susun di beberapa tempat dan cantik. Perjalanan naik dan menjadi peserta terakhir maka kami akan bertembung dengan rakan-rakan di potong tadi. Perasaan ceria bagi mereka yang sampai lalu turun memang kelihatan. Memang terlalu ramai yang mendaki di sini dari bermacam-macam negara dan pendaki tempatan. Ketinggian Gunung Damavand adalah 5671 meter dan ada banyak versi ketinggian antara nya 5610 meter dan 5670 meter apapun janji sampai. 

Rasanya masa ini sekitar pukul 4 petang. Kami turun ikut laluan lain tapi menuju ke tempat yang sama. Sebelum turun saya terbayang bagaimana Arwah Syed dan Arwah Ramli turun dari arah jalan naik lalu membawa ke kiri sehingga melewati gaung. Apapun perkara sudah berlalu dan usah dikenang.

turun lagi susah dari naik

Kami sampai di tempat saya bertemu Kichok tadi untuk mengambil beg. Masih ada beberapa orang di sini sambil kami bergambar. Kemudian kami turun dan saya serta Ajoy ikut sahaja laluan Kichok. Untuk turun kami semua lalu jalan lain dan jalan ini lebih senang sepatutnya. Laluan kali ini lebih menurun banyak batu dan jika tidak hati-hati mudah jatuh. Hampir 2 jam kami turun dan rehat beberapa kali, kelihatan seseorang dari jauh sedang mencari jalan turun. Perjalanan kami yang perlahan dapat memotong pendaki tersebut dan ketika sampai di tempat rata memandang ke bawah kelihatan banyak kelompok lampu-lampu kecil bermakna itu adalah Bargah Sevom. 

Agak pelik saya sebenarnya membawa lampu headlamp tapi tidak berjumpa lampu walaupun dalam beg dan ini bermakna kepenatan dan kelaparan serta bermacam-macam perkara yang kesemuaan mempengaruhi perjalanan turun. Memang turun gunung dan penat adalah perkara biasa namun kadangkala kita hilang akal atas perkara biasa.

Menuju turun kami ikut sahaja Kichok cuma phase kami tidak sama dengan Kichok yang lebih laju. Kami tidak tahu apa-apa yang berlaku dan berada di depan kerana Kichok lebih mengetahui dan kami ikut sahaja. Laluan kemudian terdapat lorong laluan air dan kata Kichok kami salah jalan dan perlu turun sehingga ke laluan rata ke Bargah Sevom. Keadaan kami di belakang agak berlainan dengan fizikal lemah manakala Kichok sudah agak berlainan kerana kami mungkin melalui jalan yang salah tapi lampu-lampu di Bargah Sevom masih kelihatan di depan. Sekitar 4-5 jam berjalan turun dari puncak dan memotong peserta yang kami jumpa tadi yang agak jauh di belakang pulak maka terdengar panggilan dari satu arah. 

Katanya kami salah jalan lalu datang beberapa orang memberitahu akan menghantar kami ke laluan ke Bargah Sevom yang sebenar. Kichok berbincang dengan mereka yang boleh berbahasa Inggeris. Asal tawaran seingat saya adalah US200 utk semua keldai dan Kichok memberitahu mahal dan perlu tawar lagi. Kata mereka kawan-kawan kami semua sesat dan beberapa sahaja selamat turun. Kichok menawarkan tawaran terakhir 3 keldai untuk US50 dan mereka bersetuju.

Dan rasa nya ini kali pertama saya naik keldai untuk sampai ke destinasi dan saya merancang untuk naik dari Bargah Sevom semasa turun nanti. Keldau atau Mule tersebut berjalan tidak lurus dan perlu kedu-dua tangan pegang dan kadang-kadang tidak selesa duduk. Semasa naik keldai , mereka mengangkat saya begitu mudah sama seperti yang lain.  Perjalanan katanya 3 jam tapi sebenarnya sejam lebih sahaja. Selang 30 minit naik kami bertemu kumpulan keldai lain. Sebenarnya kumpulan lain itu adalah rakan-rakan kami yang di depan yang juga sesat. Setelah selesai urusan , ada keldai berjalan ke depan tetapi keldai saya naik bukit sehingga ke kawasan rata di malam hari kelihatan lampu-lampu menerangi pekan di depan. Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai di Bargah Sevom dari arah kiri bukan semasa naik. 

Bils sampai di khemah, saya dan Ajoy menjalani pemeriksaan kesihatan. Sukatan oksigen kami memang rendah dan kami diberi beberapa rawatan dan tong oksigen yang sebenarnya untuk mencukupkan syarat sahaja oleh ahli Red Cresent yang berada di situ. Pada masa ini masing-masing ada cerita tersendiri dan tiada yang kata mereka bertenaga sehingga pulang ke sini. Ada yang belum sampai lagi bermakna mereka sudah lebih 22 jam sejak bermula mendaki awal pagi semalam. Antara cerita yang akan dikenang adalah kisah Ajoy yang menaiki keldai lalu menyuruh Dr Saidan ke tepi untuk memberi laluan walhal sepatutnya Dr Saidan lah yang perlu naik keldai kerana beliau paling perlahan dan sangat kepenatan serta lebih veteran. Di sini faktor kepenatan akan menampakkan diri kita di sisi lain.









Pagi ini hanya seorang sahaja makan malam itu pun lauk sahaja manakala lain terus masuk khemah dan urukan diri sendiri.  Keesokan nya syukur semua selamat dalam kelaparan tapi masih ada tenaga dan ceria kerana sudah sampai di puncak Gunung Damavand tanpa masalah besar. Syukur juga kepada Kepet yang mencuba kali ke 2 dapat sampai jugak serta Dr Zamri. 

Di Bargah Sevom sebelum turun , kami bergambar dengan rakan-rakan kami serta pasukan Red Cresent, Mehdi, Shaifudin serta anjing Dawod yang besar, cantik dan mudah mesra. Saya dan beberapa rakan sempat merakamkan kabin tempat kami bermalam di trip lalu serta melakarkan sedikit beberapa kejadian dan gambar kenangan.


Untuk turun kali ini keldai yang diminta oleh semua orang tidak dapat dipenuhi dan hanya 5 keldai sahaja yang ada untuk dinaiki. Saya kemudian jalan turun juga. Semasa turun kami laju turun dan rasa nya turun juga cepat, Saya turun sebelum keldai-keldai sampai dulu kerana kurang rasa kesakitan pada lutut.


Kami kemudian menaik 4WD untuk sampai semula ke rumah Milad. Rehat sebenar lalu kami singgah makan di kedai yang sama sebelum naik. Selepas makan, kata Kepet yang mengumumkan makan malam sudah ditaja. Maka semua rakan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih sambil bergambar dengan tuan kedai yang tidak fasih berbahasa Inggeris.



Kami bersiap untuk ke Tehran esok. Persiapan untuk ke Isfahan di mana bas menunggu pukul 9 pagi. Sebelum bas bergerak, ada urusan terakhir antara Milad dan Kepet bagi melunaskan bayaran tertunggak. Apapun pengiraan bayaran memakan masa selama 2 jam kerana perlu memaklumkan beberapa pihak termasuk pengangkutan, penyewaan keldai, bil-bil lain dan yang memeranjatkan makan malam semalam sebenarnya tidak ditaja dan ini adalah salah faham biasa yang tak biasa.






makan dulu
birthday girl dan birthday boy pada umur 50 selang 2 hari sahaja

Kami bergerak ke Tehran dan singgah di pasar serta masjid berhampiran serta menghirup kopi. Selesai kami ke Istana di pertengahan Tehran tapi saya tidak masuk. Selesai di sini kami terus ke penginapan yang terletak di sebelah lapangan terbang jadi memudahkan saya serta Dr Zamri dan Zana untuk pulang awal manakala yang lain meneruskan ke Isfahan iaitu salah satu tarikan tempat pelancongan menarik di Iran. Esoknya kami bertiga berangkat keluar dari Tehran menuju ke tempat transit di Dubai selama 8 jam menunggu. Kami kemudian sambung perjalanan ke KLIA pada petang isnin sampai. 





Sekian sahaja ekspedisi ke Iran kali ini. Sesungguhnya kenangan baru memperbaharui kenangan lama serta meninggalkan negara Iran akan sentiasa dirindui terutama orang Iran yang kami jumpa yang rata-rata begitu peramah. Mungkin perbezaan fahaman agama yang menjadi perhatian bagi penduduk kita tapi dari segi persahabatan orang Iran ternyata sangat baik hati dan begitu juga kita.



photo pn80517_zps08rer6as.gif






0 comments:

Post a Comment