Gunung Ulu Perus di Kg Pasir Raja, Terengganu

Salam , 

Selepas beberapa minggu selesai ke Damavand, saya meneruskan pendakian domestik pula. Keadaan fizikal yang kurang bersedia dan trip yang tak dijangka berkategori hardcore menyaksikan saya tidak meneruskan ke 2 gunung dalam satu trip ini.

Bersama NGP, saya bersama kereta baru bergerak petang lalu sampai di kampung Pasir Raja yang menurut google maps berjarak 4 jam 10 minit tidak termasuk berhenti di RnR Temerloh untuk makan.
 
Gunung Ulu Perus, Gunung Dewangsa dan Gelemat atau singkatan UDG tiada sumber rujukan di facebook atau mana-mana sosial media kerana ia gunung-gunung baru diterokai dan ini kali ke 2 kumpulan kami naik selain orang-orang kampung yang mula menebas resam menyebabkan ia menjadi sukar.

Hari pertama kami lewat 2 jam dari asal. Selepas meletakkan kereta kami menyeberang Sungai Dungun yang cetek dan lebar. Kami perlu lalu 2 sungai lagi sebelum pendakian menaik. Sungai ke 2 berjarak 40 minit dari sungai pertama dan bila lepas perlu menyusur laluan batu-batu sungai. Kemudian melalui padang yang di buka dan tutup dengan pintu buluh. Kemudian perjalanan menaik lebih sikit dari menurun. 

Untuk melintas sungai ke 3 iaitu Sungai Penih, perlu 2 jam untuk sampai. Sungai ini lagi deras dari sungai pertama dan mudah naik bila hujan lebat walaupun tidak lebar. Sepanjang siang perjalanan laluan penuh dengan resam sahaja. Ada sekali kami naik tangga buluh yang baru dibuat oleh Pok Mi iaitu salah satu guide yang sentiasa duduk di depan dengan kelajuan yang sangat lagi. Ikut jadual kami akan sampai di kemsite pukul 7.30 malam tapi banyak rehat mungkin penat atau jauh dari jangkaan. Jarang saya berhenti lama sebelum ini tapi untuk trip kali ini saya berhenti 3 kali yang kesemuanya lebih 20-30 minit. 

Untuk ke kemsite Pok Mi, perlu naik sehingga 1100 meter sebelum turun 100 meter. di 45 minit terakhir memang saya kepenatan atas faktor masih belum pulih dari turun semasa di Iran serta kurang persediaan untuk trip panjang di negara sendiri. Sampai di kemsite saya terbaring selama 40 minit sebelum mula menyiapkan diri untuk perkara-perkara lain. Pagi pukul 2 lebih hujan turun sekejap membasah kemsite. 

Esoknya setelah berkira-kira untuk ke Gunung Gelemat yang sejauh 11km, kami bermula awal pagi. Ikut kata Mizan selaku ketua guide, kami ade 3km ke Gunung Ulu Perus dan tambah 4km ke Gunung Dewangsa. Awal perjalanan cuma antara 2 ke 2 jam setengah untuk ke Gunung Ulu Perus. Sampai di Gunung Ulu Perus, saya memutuskan untuk turun sahaja kerana gagal mengawal kepenatan dan diikut oleh Kak Yus dan Jaa yang berjalan perlahan di belakang. Yang lain meneruskan perjalanan.

Selepas bergambar dan makan sikit kami turun lalu sampai di kemsite pukul 2.40 petang.  Petang santai2 kami masak indomie dan mandi sahaja di sungai sebelah. Sebenarnya semasa trip ke Hulu Tiang dulu saya juga melakukan perkara sama iaitu rehat lama di kemsite sebelah sungai dan ia agak menarik tapi saya kerugian untuk mendaki gunung pada hari tersebut. Mungkin faktor usia dan masa untuk rehat sendiri setelah penat bekerja serta rehat di rumah menjadikan saya satu perasaan untuk perlu rehat lama untuk diri sendiri. Namun mungkin akan datang fizikal saya harus bersedia cuma keputusan terletak di tangan sendiri.

Pok Mie menjadi peserta awal tiba di kemsite iaitu 6 petand diikut Aida, Faiz , Zana dan Wan. Esoknya saya tidak meneruskan perjalanan juga ke Gunung Gelemat selain Kak Yus dan Jaa tapi ditemani oleh Kak Pah yang juga ketua untuk trip ini kerana perjalanannya yang panjang. Mereka bergerak pukul 10 pagi dan Pok Mi sampai ke kemsite sama macam semalam pukul 6 petang. Pukul 2 lebih hujan turun dengan lebat lalu menenggelamkan satu kemah dan membuat laluan air di kemah kami. Selepas hujan berhenti saya dan Jaa membetulkan beberapa kemah dan meletakkan alas di bawah tempat tidur kerana tanah sangat lembap. 

Untuk hari ke 3 ini sekali lagi kami makan sup pendang daging salai cuma hari pertama guna ikan. Ini lebih baik dari makan lauk kering kerana sup akan menambah sedikit selera dan tenaga. Untuk hari terakhir kami perlu melalui turun dan naik sikit tapi saya sudah bersedia kerana 1 setengah hari rehat lama.  Saya tiba pukul 8 malam ke tempat letak kereta lalu bersiap untuk keluar. Kami makan di kedai berhampiran dan kedai tersebut masak sangat sedap. Kereta saya bergerak dahulu dan rehat di RnR Kuantan selama sejam sebelum sampai di rumah pukul 4.40 pagi. Sekian perjalanan kami kali ini. Moga fizikal dan mental kami segera sembuh untuk meneruskan trip berikutnya. 
  


























Sekitar gambar-gambar yang diambil semasa trip


photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment