Salam,
Ramai yang sudah sampai di Taman Negara Kuala Tahan, kome tahu dak ada sebuah kawasan Taman Negara yg telah tercalon untuk mewakili Malaysia utk dinobatkan sebagai Community Based Eco Tourism yg terbaik di dunia yg sangat berhampiran dengan Taman Negara Kuala Tahan?
Taman Negara Kuala Sat telah diwartakan pada tahun 2017 ini berjarak 40 km dari Taman Negara Kuala Tahan. Apa yg menariknya disini juga menyimpan khazanah alam yg bernilai tinggi, pristine dan terpelihara dari sebarang ancaman berkat kerjasama Komuniti Penduduk Kg. Kuala Sat.
Sg. Sat suatu masa dahulu digunakan sebagai jalan air utk menuju ke Kelantan dari Pahang. Setelah peredaran zaman berlalu, orang Melayu yg asalnya berpenempatan di persisiran Sg. Sat mulai berhijrah keluar, pihak kerajaan telah menggazette kan kawasan Kuala Sat sebagai Taman Negara Kuala Sat. Antara aktiviti menarik yg boleh dilakukan adalah rubber tubing, bamboo rafting, night river safari, kayak, lawatan santuari ikan dan juga mendaki gunung.
Perjalanan utk ke Kg. Kuala Sat mengambil masa sekitar 2.30 jam dari Bandar Jerantut. Kehadiran kami disambut mesra oleh Pengerusi Komuniti Kg. Kuala Sat, En Khamri @camry.alyahyabasri yg juga merangkap sebagai jurupandu arah bagi ekspedisi mendaki kali ni.
Ekspedisi Gunung Milung anjuran @orang.gunung.kuala.lumpur ini bermula di Jeti Bot Pelancong Kg Sat. Dari sini kita akan mudik Sg. Sat sejauh 6km sebelum tiba di Kem Bunga. Kebiasaannya para pendaki harus melapor diri di Post Kelapah (Perhilitan) bagi tujuan pemeriksaan barang2 sebelum memulakan perjalanan mendaki.
Dari Kem Bunga kita akan melalui kawasan kebun lama (pokok getah besar dua pemelok) yang menjadi penempatan orang melayu terdahulu sebelum sampai di kem Serdang. Dari kem Serdang pula kita akan melintasi beberapa anak sungai yg menjadi sebahagian kawasan rayau gajah dan harimau sebelum sampai di kem Pak Itam (dinamakan sempena panggilan Tok Imam Masjid Kg. Kuala Sat yg turut serta dalam penghasilan denai Gunung Milung).
Dari pemerhatian kerdil saya, flora dan fauna di Taman Negara Kuala Sat ini tersangatlah menarik sebab eko-sistem yang terpelihara dari sebarang ancaman. Antara spesis flora yg mengagumkan adalah Pokok Tualang (Compalsia spp.) yang bersaiz mega, Musa acuminata, Peacock fern (Pakis biru), Meranti Seraya Damar dan banyak lagi tumbuhan yg jarang dapat kita lihat selain di dalam kawasan Taman Negara.
Oh ya, Taman Negara Kuala Sat juga menjadi kediaman bagi suku kaum Orang Asli Bateeq. Suku OA Bateeq ini terkenal kerana mereka masih mengamalkan gaya hidup nomad di dalam hutan. Populasi OA Bateeq dikatakan tinggal sekitar 1500 orang sahaja. Mereka merupakan suku OA yg sangat pemalu, jd Komuniti Kg. Kuala Sat membuat inisiatif meransang ekonomi setempat dengan mempromosikan budaya kehidupan OA Bateeq seperti membuat demo cara menghidupkan api secara primitif, pembuatan sumpit dan kraftangan dari kaum OA suku Bateeq.
Kami bermalam di Kem Lata Mengkuang yg ciri geografinya hampir sama seperti Kem 7E di Gunung Liang. Jarak perjalanan dari kem Lata Mengkuang ke Puncak Gunung Milung sekitar 1 km sahaja. Terkesima saya tengok berup Gunung Milung yg masih utuh seutuhnya sedangkan tapak gajah ada tak jauh pun dari berup.
Rahmat yg datang membadai malam hari menyajikan kami awan gulung di puncak Botak dan Puncak Batu Putih keesokan paginya.
Di boat pick-up point, kami di 'suprise' oleh para pemandu boat yg menghidangkan seguni buah langsat, buah durian dan juga yg paling unik buah 'Katam Telunjuk'.
Makan malam kami dijamu menu kampung patin tempoyak, gulai daging dan juga gulai siput asam rong (menu khas orang Jerantut).
Secara keseluruhannya, ekspedisi 2 hari 1 malam ini pasti akan memahat memori unik diminda. Kemesraan komuniti penduduk Kg. Kuala Sat meraikan para pelawat sangat terasa dihati. Rasa tak sabar pulak utk datang sini lagi. Semoga Taman Negara Kuala Sat dinobatkan sebagai Community Based Eco Tourism yg terbaik di dunia.
Sekitar gambar-gambar peserta.
Taklimat pertama
perjalanan menaiki bot
Puncak pertama
Di jeti
Tanda landmark
Taklimat kedua
dah sampai balik ke bot disajikan dengan buah-buahan
Turun ke jeti
Puncak kedua
Sekian.












0 comments:
Post a Comment