Suka Duka sekitar Hari Malaysia

Salam,

Sekitar beberapa hari di hari Malaysia , saya mengalami beberapa cerita biasa dan insiden yang sedikit mengganggu.

Pada 12hb adalah hari terakhir Akmal di MRSM Alor Gajah. Selama sehingga di tingkatan 2 pada hari terakhir peperiksaan ini Akmal merasa tidak selesa berada di MRSM. Pada awalnya tiada masalah sehingga ada insiden di mana dia telah disuruh mengambil air untuk senior. Namun tiada botol lalu Akmal tiada pilihan mengambil botol yang dijumpai mungkin dari pelajar lain. Malangnya Akmal telah ditangkap dan dibuktikan melalui CCTV yang dia mengambil botol tersebut dan mengalami traum peringkat awal. Katanya dia juga dimarahi oleh samada senior lain atau rakan setingkatan. Akmal mungkin merasa sedikit tertekan kerana dia bukan seorang yang rajin bercerita serta tidak macam rakan-rakan lain. Ini sedikit mengganggu pembelajaran yang di MRSM ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan.  

hari terakhir di MRSM Alor Gajah

Selepas mengalami cagu atau kecederaan di ibu jari kaki yang mana ada pendarahan dan perlu pembedahan, Akmal mula rasa tidak selesa. Selepas cuti semester seminggu dia masih terasa. Semasa pergi melawat pada hujung minggu, saya ke sana untuk melihatnya dan membawa ke Poliklinik untuk melakukan penbedahan di kaki dan membawa dia pulang ke rumah. Selama beberapa hari sehingga 2 minggu baru Akmal dapat pulang ke MRSM. Bila pulang ke sana, Akmal bagi tau yang dipulaukan oleh rakan-rakan dan dia tidak merasa selesa lagi. Akhir nya untuk kesekian kali Akmal memberitahu untuk berpindah sekolah. 

Saya pun melakukan proses tukar sekolah hingga  12hb Akmal pun pulang terus ke rumah dan seminggu kemudian bermula lah sekolah di persekitaran. 


Pada 13hb, saya bersama rakan sekolah ada mengambil bahagian dalam pertandingan tahunan FCC sekolah. Macam biasa kami kalah semua permainan.


main tak seberapa yang penting silaturrahim

Pada tengaharinya saya terpaksa pulang awal untuk membawa keluarga ke Tanjung Karang untuk bermalam di sana sempena cuti sekolah. Kami menginap di D Sawah Chalet. Untuk sampai ke sini jalan sentiasa jem kerana kerajaan membenarkan cuti pada hari isnin jadi selama 4 hari jalan akan jem terutama di jalan ke bandar atau jalan dari kampung ke bandar.



pokok durian tunggal

Antara tempat kami singgah ialah di pokok durian sebatang, di kapal terbang serta makan satay di bandar. Bagi saya Chalet ini ada sedikit kelemahan kerana berdepan dengan tempat rehat di luar kalau dudu di bawah serta sempit. Kalau lalu di sawah padi , jalan biasa nya ada satu hala sahaja dan jarak nya panjang sekitar 1-2 kilometer. Di pertengah jalan ada sempadan untuk berhenti untuk memberi laluan kereta bertentangan lalu.



Pada hari 15hb pula, kami sekeluarga dan keluarga besan menginap di Bukit Lagong atau lebih pada Hari Keluarga. Malam ada barbequ dan acara untuk sukaneka untuk anak-anak.




beberapa hari selepas
bahu sakit tapi sempat main badminton macam biasa pada belah malam

Pada 17hb selepas hari Malaysia, kehidupan diteruskan seperti biasa. Pagi hari hujan sedikit. Saya ke tempat kerja cuma jalan licin. Malang tidak berbau, laluan terus ke pejabat dan berapa hampir di PWTC, ada motorsikal jatuh di depan laluan. Saya membrek tapi jatuh awal dalam keadaan masuk berangan-angan. Keadaan jalan seperti biasa baru melepasi jem dan kurang kereta pada masa kejadian. Selepas jatuh saya mencari motorsikal d jalan tapi tiada. Rupanya motorsikal sudah berada di tepi. Motorsikal yang jatuh tadi menolong saya dan katanya dia mengelak kereta dan kereta pun berlalu pergi. Dalam 1-2 minggu peristiwa berlaku, penunggang motorsikal pun berlalu pergi setelah semua selamat. 

sejam lepas kemalangan, gigi dean 2 patah , bibir kiri koyak dan pipi kanan luka masih mengalir
seminggu lepas tu 

Dengan jatuh ini saya mengalami kecederaan di pipi kanan, bibir kiri terpaksa dijahit 10-5 jahitan, luka tompokan lebih di tangan kanan dan kiri , kaki kanan dan peha kanan ada luka agak besar.

darah beku bercampur tisu
bibir terkopak selepas kemalangan

Ini merupakan kali ke 2 dalam 3 minggu saya jatuh motorsikal juga sebab jalan licin dan elak lori yang teragak-agak memilih lorong. Dan untuk tahun ini , ini kali ke 3 jatuh motorsikal di mana pada hari pertama puasa pada bulan 3 di tempat hampir sama tadi , ada motorsikal Xmax memintas laluan saya dan saya melanggar dia.

dari dekat

tengok sahaja makanan dan cuma boleh makan sup


Pada 18hb , acara seterusnya iaitu hari lahir Alisha serta biras Serendah berlangsung di Hadramat Bandar Baru Selayang. Tapi gigi patah maka susah untuk makan cuma hirup suo sahaja.

Sekian

photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment