Salam ,
Kebiasaan nya awal tahun permit memasuki hutan adalah tidak dibenarkan kerana masalah banjir dan menyelamat , pemuliharaan laluan serta melakukan kerja-kerja pembersihan di laluan Gunung Tahan dan lain-lain alasan. Umum mengetahui 12 hari sebelum tahun baru berlaku banjir besar bah kan terbesar melanda tempat-tempat tumpuan seperti Shah Alam, Klang dan yang teruk di Hulu Langat, tsunami puing di Telemung serta tenggelamya bandar Mentakab di Pahang. Begitu juga penutupan yang jarang-jarang berlaku di Gunung Datuk dan Gunung Angsi akibat tanah runtuh atau kawasan kurang stabil.
Namun hasil kerja juru pandu kami terdapat kawasan hutan yang dibenarkan bersyarat. Atasa rundingan antara pegawai dan juru pandu , kami dapat kelulusan untuk memasuki kawasan tersebut. Awalnya peserta kurang sebab harga yang agak mahal seperti jauh namun berjaya juga melengkapkan kuota.
Rakan mendaki kali ini datang dari Pulau Pinang, Lembah Klang dan dari sekitar Johor juga. Hari pertama kami berkumpul di LRT Bukit Jalil menyusun beg-beg dan bergerak ikut masa. Kami lalu di laluan sama semasa trip Gunung Lesong di sebelah Hulu Tiang.
Kami tiba di Masjid Kuala Rompin pukul 2 pagi tapi tutup lalu singgah di surau berdekatan. Setelah solat subuh kami tiba di pintu masuk Taman Negara Endau Rompin sebelah Pahang. Terdapat satu lagi pintu masuk di sebelah Johor. Pukul 8 pagi pengurus Taman, Fendi datang buka pintu untuk kami masuk lagi 3 kilometer untuk sampai ke pejabat. Di pejabat kami sarapan, bersiap dan mendengar taklimat dari Fendi.
Perjalanan bermula pukul 10 pagi. Selepas 45 minit kami perlu ke seberang sungai. Sebenarnya ada beberapa sungai kecil yang harus dilepasi dan kami perlu meniti balak hampir 5 kali dan bagi yang gayat hanya turun sahaja.
Sekitar pukul 1 tengahari kami berhenti untuk solat dan makan tengahari. Perjalanan diteruskan untuk kami bermalam di Sungai Kemapan dan kami tiba pukul 5 petang. Kem terletak di seberang jugak memasang kemah.
Esok nya kami mendaki ke Gunung Tiang lewatr sikit dari jadual asal. Keadaan trek tidaklah menaik sangat cuma kami sudah lama tidak bermalam iaitu hampir 2 tahun serta perlu 3 hari mengangkut beg galas untuk mengisi barangan makan dan peralatan. Jadi pergerakan agak perlahan bila menaik dan kami rehat beberapa kali tapi tidak lama.
Untuk sampai ke puncak Hulu Tiang, perlu melepas 2-3 puncak tipu , trek memusing seperti bentuk C dan akhirnya menaik sehingga sampai puncak. Puncak Gunung Hulu Tiang tiada beirut dan berketinggian 647 meter. Kami tiba pukul 1 lebih. Puncaknya tidak lah besar.
Pukul 2.30 kami turun. Saya sampai di Sungai Kemapan pukul 6.30 petang. Sepatutnya kami perlu ke Sungai Kemapan Hilir iaitu perjalanan anggaran 3 jam lagi namun kami bermalam lagi cuma bergerak awal esoknya.
Esok nya perjalanan bermula pukul 7.30 pagi dalam hampir 3 jam untuk sampai ke kemsite Sungai Kemapan Hilir. Pacat menari-nari dan tidak henti datang. Sebaik sampai kami bersiap mengenakan beg kecil untuk ke puncak. Perjalanan ikut GPS dalam 5 kilometer ke Gunung Beremban dan tambah 500 meter lagi ke Gunung Beremban Tenggara.
Selepas 30 minit, kami bergerak diketuai oleh Khal kerana Fendi ada masalah jadi Fendi dan 2 lagi datang kemudian. selepas 30 minit kemudian saya bercadang untuk patah balik atas sebab beberapa perkara walaupun ditemani oleh Sham dan Muin di belakang.
Ada beberapa sebab kenapa saya berpatah balik. Antaranya 1. Passion mendaki agak menurun mungkin jadual kerja banyak 2. Tiada masa untuk diri sendiri kerana jadual kerja sehingga hujung saban bulan jadi saya mengambil masa ini untuk berehat sendirian kerana di depan semua rakan sudah naik dan dibelakang masih ada Fendi dan rakan-rakan dalam perjalanan serta menunggu di kemsite yang ada sungai besar serta ada bahan untuk masak dan minum. Ini kali pertama saya berbuat demikian kerana sebelum ini di Gunung Rinjani dahulu pada tahun 2014 pernah berehat sahaja di kemsite tapi sudah sampai di puncak pada tahun 2007 dahulu. 3. Jumlah pendakian ke puncak masih belum ada yang dengar paling banyak setakat ini jadi ada dilain masa untuk sampai lagi di sini tanpa rasa terburu-buru. 4. Mungkin selepas 3 hari kesakitan lutut agak serius terasa akan memperlahankan perjalanan di barisan belakang. Kebiasaannya bila balik dari trip yg lama, kesakitan lutut akan terasa selama beberapa hari dan kali ini ia mengambil masa selama 2 minggu itu pun tidak pulih sepenuh nya dan atas sebab itu saya perlu menjalani fisioterapi dan mengenal pasti bahagian lutut mana dan ubat apa yang perlu dimakan. Mungkin lain kali sahaja untuk ke Gunung Beremban dan Beremban Tenggara.
Selepas 3 jam baru Fendi sampai. Selama 9 jam kami berehat di kemsite sehingga peserta pulang baru kemsite meriah semula.
Esoknya kami bergerak ke Taman Negara. Perjalanan nya hampir sama cuma bila tiba di hujung saya melalui jambatan yang terletak di sebelah sungai. Rupa-rupa laluan itu juga sampai ke sana.
Sekitar 8 malam, kami semua bergerak keluar dan makan malam di Rompin sebelum semua pulang ke kenderaan masing-masing. Kami yang menaiki van sampai di Bukit Jalil pukul 2 pagi dan saya sampai rumah pukul 3 pagi.
Sekian perjalanan tidak sempurna kali ini. Jumlah di trip lain.
Sekian


0 comments:
Post a Comment