Pertarungan kuasa-kuasa parti di PRU

Salam, 

Untuk kali pertama dalam sejarah Malaysia, kita ada banyak pilihan untuk mengundi. Biasa parti seperti UMNO yang membentuk Barisan Nasional(BN) bersama parti lain seperti MIC dan MCA serta gabungan lain akan menguasai kerajaan dengan parti PAS yang lebih islam selalu akan kalah atau menguasai beberapa negeri sahaja.

Tapi kali ini ada beberapa gabungan serta berpuluh-puluh parti politik yang akan bertanding(rujuk sini). Senario politik Malaysia berubah kerana mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak didapati bersalah dalam kes SRC dan jugak 1MDB serta bakal dikaitkan dengan beberapa lagi kes akan datang.  Manakala bagi BN, pemimipn utama seperti Dato Zahid Hamidi dan Tok Mat jugak akan menghadapi beberapa pertuduhan. 

Keadaan ini membimbangkan negara terutama pelabur yang ada dan akan datang ke sini. Selain itu Dollar juga naik serta peperangan Russia-Ukraine serta pertembungan kuasa besar US-China-Russia yang mempunyai kepentingan masing-masing.  

Apapun sabtu ni 19hb November , pilihanraya akan berlangsung dan semoga kita mendapat kerajaan yang lebih stabil untuk rakyat hidup aman. 

Sekian    


photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment