Messi dan Argentina menjuarai Piala Dunia 2022

Salam ,

Piala Dunia baru sahaja selesai dengan kemenangan Argentina mengalahkan Perancis 3-3 dan penalti 4-2 melalui perlawanan paling dramatik sepanjang zaman. Sungguh pun Argentina kalah mengejut di perlawanan pembukaan kepada Arab Saudi dengan 2-1, Argentina tenang menyusun strategi dan taktikal sehingga ke perlawanan akhir. Sebelum perlawanan akhir Argentina sudah tidak kalah sepanjang 36 perlawanan. Dalam perlawanan akhir ini Argentina mendahului 2 gol melalui penati Messi dan De Maria di separuh masa pertama yang di lihat Perancis bukan bermain di tahap sebenar. 2 pemain utama Giroud dan Dembele yang prolifik dengan larian pantas dan ketajaman dia depan gol telah dikeluarkan pada minit ke 41 yang belum pernah berlaku sebelum permainan sebelum ini. Dan jugak pemain Perancis dikabarkan mengalami sakit perut beberapa hari sebelum perlawanan.

Di 10 minit terakhir sebelum perlawanan tamat Mbappee meledak 2 gol untuk membawa perlawanan ke masa tambahan. Di masa tambahan Messi sekali lagi menjaringkan gol dan menjadi penjaring terbanyak bersama Mbappee namun Mbappee menyempurnakan gol penalti dan mejadi pemain ke 2  hatrik dalam perlawanan akhir selepas Geoff Hurst di perlawanan akhir Piala Dunia 1966. 

Dan sehingga akhirnya penentuan penalti dimenangi oleh Argentina dengan 4-2.

Kemenangan Argentina kali ini bukan sahaja kerana Argentina tetapi lebih kepada perjalanan karier Messi yang panjang dan dibayangi oleh Cristiano Ronaldo tetapi apa pun kedua-duanya tetap hebat dan legenda bola sepak moden. Mereka sering bertukar menjadi pemenang Balon D or setiap tahun selama bertahun-tahun.

Mengikut peminat Messi mungkin lebih hebat di peringkat kelab sahaja dan juga Ronaldo.  Di peringkat negara Ronaldo telah menang Piala Eropah pada tahun 2016 mengalahkan Perancis tapi belum menang Piala Dunia dan Messi belum memenangi apa-apa ketika itu. Yang menyedihkan Argentina dan Messi hampir menang tapi kalah di perlawanan akhir Piala Dunia pada tahun 2014 kepada Jerman serta kalah di perlawanan akhir Copa Amerika beberapa kali termasuk 2 kali berturut-turut kepada Chile serta sudah 2 kali mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa.

Namun Messi tidak putus asa dan kembali lagi ke gelanggang. Walaupun  di setiap kekalahan Messi kelihatan kecewa namun dapat di lihat tenang kali ini walaupun kalah pada perlawanan pembukaan.     

Apa yang kita belajar tentang Messi yang bertubuh kecil dan pernah ditolak beberapa kelab pada awal kariernya ialah perjalanan kariernya yang penuh warna warni sehingga bergelar JUARA PIALA DUNIA. Syabas Messi dan Argentina juara kali ke 3.


Sekian

photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment