Salam ,
Ini ada kisah kami bermalam di ALOV 3 minggu sebelum kejadian iaitu di sini.
Setelah melalui banjir yang melumpuhkan Hulu Langat pada 18 Disember 2021 tahun lepas, saya tiada peluang untuk ke sana kerana faktor laluan biasa ditutup. Ada rakan-rakan mula datang seawal 2-3 hari selepas kejadian untuk membantu tapi saya tidak berjaya kerana ada membantu rumah pakcik yang juga ditimpa masalah banjir.
Selepas 5-6 minggu kejadian barulah saya bersama Tok Gajah tiba di ALOV. Kami membantu mana yang mampu untuk mengurangkan kerja pembersihan. Tidak jauh dari sini ada rumah artis Abi Yus yang rumahnya baru disiapkan telah hanyut seperti dilaporkan di media. Sungai yang dulu tidak besar menjadi punca rumah-rumah sekitar dinaik air serta membawa lumpur yang memenatkan untuk dikeluarkan.
Sungai tersebut kini sudah hilang dan telah di tambak tetapi laluan air di korek ke sebelah sedikit menjadikan jarak antara ALOV ke sungai menjadi lebih jauh. Mungkin sebelum kejadian jarak sekitar 10-15 meter dari sungai tapi sekarang menjadi lebih kurang 90-100 meter.
Sekian. Moga penduduk Hulu Langat dan sekitar tabah menghadapi hari-hari selepas banjir.

0 comments:
Post a Comment