Gunung Besar di Sungai Siput

Salam,

Nama Gunung Besar agak biasa di dengar namun tiada aktiviti untuk ke sana. 2 tahun lepas Kelab Mountain AD ada membuat trip ke sana tapi mungkin saya bertembung dengan acara lain jadi terlepas masa itu. Kini Kelab Mountain Ad sekali lagi ke Gunung Besar yang terletak di Sungai Siput Perak untuk merasa kesegaran trek semasa covid'19 masih rancak.

Bersama Kak Pah dan Azhar@Jaa kami menuju ke Sungai Siput tapi berhenti di RnR Tapah serta berehat di RnR Kuala Kangsar kerana dengarnya masjid tutup ikut SOP.

Seramai 23 peserta dan 4 krew termasuk Nizar@Ferhad dan Ainol akan melalui trek yang dijangka sudah tumbuh semula menutup laluan.

Dari Felda Lasah menuju ke Masjid Bawong memasuki Pos kampung orang asli dan perjalanan selama 2 jam menaiki pacuan 4 roda sebanyak 3 biji. 


Kami lewat sejam dari jadual asal dan bermula pukul 10 pagi. Perjalanan awal naik sikit sebelum turun ke sungai yang tiada tempat pemegang. Sungai cuma satu sahaja dan agak cetek serta kami perlu menyeberang sikit sahaja. Pada awalnya pergerakan agak perlahan kerana ada peserta yang baru serta muka bumi sedikit susah.


Kami tiba di checkpoint atau CP1 pukul 12 tengahari iaitu 2 jam lewat dari jadual tapi ada peserta di belakang lagi lewat dalam 2 jam jarak sebelum sampai di tempat kami.

awal je lalu sungai 








Dengan buloh serta resam yang tinggi telah menutup laluan jadi mana yang ada parang perlu menjalankan tugas. Kadang-kadang saya cuma membantu untuk mengurangkan masa untuk sampai ke kemsite walaupun sudah dijangka lewat cuma kami tidak tahu bila dan bagaimana keadaan kemsite nanti dengan peserta yang ramai ini. Ada beberapa kali kami berhenti selama 5 minit menebas laluan tertutup.




Kami tiba di kemsite sekitar pukul 6.15 petang dengan kemsite yang memanjang jadi agak sukar mengumpulkan semua peserta. Manakala untuk mengambil air pula perlu turun ke bawah. Jika anda pernah ke Gunung Batu Putih untuk mengambil air di tempat bernama air terjun terbunuh maka lebih kurang keadaan nya di sini. Beza bila kita naik dan turun gunung atau bukit,  perjalanan turun akan menjadi lambat dari naik kerana kurang tempat pemegang. Bila sampai di tempat ada air dan selesai, untuk memandang ke kemsite seolah-olah anda sedang memandang ke bulan dan bintang dengan sudut mendaki pada 45-60 darjah.


Saya tidur di hamok tanpa fly walaupun membawa tilam angin. Apapun jika hujan pada malam nanti pasti semua akan kena kerana tempat tidur untuk peserta lelaki agak tidak rata dan menurun serta air akan turun mengalir melalui nanti tapi syukur malam itu tiada hujan.

Pukul 4 pagi kami makan roti dan membawa bihun yang disiapkan oleh Ainol untuk sarapan. Selepas solat subuh di pertengahan, kami tiba di puncak Gunung Besar yang berketinggian 1749 meter tanpa beirut. Tempat tidak besar dan kami menunggu semua peserta sampai.

Gunung kumpulan

Geng NGP

Selepas bergambar, pukul 8 pagi saya turun selama 2 jam 30 minit untuk tiba di kemsite semula. Pukul 12.30 tengahari baru kami dapat bergerak turun. Kali ini kami tiba di CP2 untuk menunggu rakan dibelakang sampai untuk sama-sama turun. Kami bergerak ke CP1 untuk menunggu di sana dan kabarnya 2 peserta agak perlahan. Ferhad kemudian membawa kami keluar ke tempat tunggu pacuan 4 roda lalu kemudian naik semula untuk mengiring peserta yang cedera. 

Namun semasa turun Ferhad mengubah haluan sebelum tiba. Kami tiba di tempat kereta dalam keadan basah kerana hujan di separuh perjalanan keluar tadi. Jadi plastik hujan perlu untuk elak basah dalam kereta. Saya, Jaa dan Kak Pah meneruskan perjalanan ke Petronas Sungai Siput untuk bersih diri dan makan di kawasan berhampiran. 

Kami kemudian bergerak pulang tapi berehat di RnR Simpang Pulai sebelum sampai di rumah.

Sekian untuk trip kali ini.

photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment