Salam,
Gunung Rajah merupakan antara gunung yang terdekat dari rumah. Memandangkan tiada pendakian yang terdekat sebagai latihan menaiki ke Gunung Ciremai nanti, jadi ada rakan mengajak ke Gunung Rajah. Laluan lama dulu iaitu dari Air Terjun Chamah di Bentong telah di tutup manakala laluan kali ini adalah melalui Kuala Kubu Bharu di Pertak iaitu laluan yang sama ke Bukit Hulu Bakau dan Lata Medang.
Seawal mula-mula bergiat aktif mendaki pada Mac 2006, laluan nya menyeberang ke sungai di sebelah kiri dan banyak puncak tipu. Hanya di akhir sahaja menaik pacak sampai ke puncak dan saya bersama Apip dan Arrey ketika masih bertenaga dan jiwa masih kental.
Untuk kali ini saya bersama Parok mengikuti pendakian dari ketua program Fera bersama 11 lagi peserta. Kami buka khemah selepas jambatan senget. Selepas 4.15 pagi kami bergerak dan berhenti solat di Kem BMW. Pada awal nya mengikut jadual tapi lama kelamaan jauh menyimpang. Kami melalui beberapa kemsite seperti Kem Botol, Kem RnR , Kem Rewina dan Kem Asyur lalu tiba di Kem terakhir iaitu False Peak. Di False Peak hujan sudah mula turun. Perjalanan ke puncak membawa kami ke tempat curam dan bertangga. Selepas melepasi tangga kami tiba di puncak pukul 3.30 petang.
Selesai bergambar, kami turun semula. Saya tidak membawa lampu jadi terpaksa pinjam. Perjalanan pulang juga panjang dan sebelah separuh perjalanan ada peserta yang semput tapi berjaya meneruskan perjalanan. Seingat saya dulu semasa ke Bukit Hulu Bakau semasa perjalanan pulang ke kemsite kami tidak turun ke sungai tapi kali ini kami turun mungkin laluan telah terhakis.
Setiba nya di lalu yang ada sungai kecil melintang, kami solat Isyak dulu. Perjalanan kemudian diteruskan dan agak lama sebelum menuju ke simpang. Di simpang cuma 15-20 minit sahaja untuk sampai ke kemsite. Kami sampai ke kemsite pukul 7 pagi
Saya kemudian bergerak pulang dalam pukul 8.40 pagi untuk sarapan dan tiba di rumah jam 11 pagi.
Sekian.



0 comments:
Post a Comment