Salam,
Pada 7 Mei hingga 12 Mei 2025, Saya mewakili Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur telah mengadakan akitiviti pendakian ke puncak gunung tertinggi yang terletak di Jawa Barat iaitu Gunung Ciremai.
7 Mei
berehat di KLIA2
Malam sebelumnya sebahagian kami bermalam di KLIA2 kerana tiket masuk adalah seawal pagi. Peserta tiba di Bandara Soekarno-Hatta seawal jam 8 pagi waktu tempatan di terminal 2 cuma Parok, Ona dan Abg Man menaiki penerbangan lain. Parok dan Ona tiba juga sambil menunggu Abg Man yang rupanya turun di terminal 3. Bersama Pak Supir yang bernama Yassin sudah awal menunggu juga seawal 8 pagi Kami menaiki van ELf 19 seater ke terminal 3 yang terletak 5 minit. Saya terpaksa jalan mencari Abg Man yang berada di tengah iaitu di kawasan Grab dan ke tempat van ELf di hujung terminal 3 kerana kenderaan tidak dibenarkan menunggu di tepi jalan.
misi menunggu dan mencari Abg Man yang hilang di Terminal 2 tapi ditemui di Terminal 3
singgah toko Eiger beli kasut
Klip video pemandangan
sampai di basecamp Sadarehe
sticker 30 tahun OGKL
Basecamp Sadarehe
8 Mei
Kami bersiap solat subuh awal dan sarapan. Peserta menaiki 2 buat lori untuk ke permulaan Basecamp Kebun Raja selama 1 jam. Selepas taklimat dari ketua guide yang dikatakan akan bergerak sama, kami mula melakukan sessi panas badan dan pukul 8.30 pagi baru kami mula bergerak sehingga di Pos 5 Buyuk Ketuk kami berhenti untuk makan. Sepanjang perjalanan ke Pos 1 hingga Pos 5 masa dapat dikurangkan selama 20-30 minit. Jadi berdasarkan perkiraan , kami dijangka sampai ke Pos 8 sebelum waktu gelap. Di awal perjalanan semasa di Pos 1 seorang peserta yang katanya mengalami masalah kesihatan terpaksa turun ditemani porter. Sampai di Pos 2 pula seorang lagi peserta menyusul juga masalah kesihatan lain. Yang lain meneruskan perjalanan dengan lancar.
bergambar dulu , dari kiri ke kanan , Ghani@Bani, Tok Gajo, Thahar, Zahir, Suraya, Saya, Ona, Amy, Abg Man, Anis, Dr Zamri, Fahmi, Parok dan Fuad manakala duduk Ijam dan Ryan
pemandangan indah
sampai di Basecamp Kebun Raja dengan memulakan sessi pemanas badan
Klip video taklimat
sedikit pesanan
berhenti dan rehat
Di Pos 6 Sumber Hirup terdapat satu pondok untuk berteduh dan hujan mula turun. Apa yang menariknya kami tidak basah sangat dan hanya pondok ini ada kebetulan hujan semasa kami berhenti. Selesai hujan berhenti, kami meneruskan perjalanan untuk bermalam di Pos 8 Kawah Burung dan tiba pada pukul 4 petang. Sepanjang mula jalan di Pos 6 ke atas , bunga Edelwise sangat banyak di sepanjang jalur.
Di Pos 6
Klip video dari Pos 7 ke Pos 8
Di Pos 7 pokok mati dan bunga Edelwise mula kelihatan
sampai di Pos 8
Klip video sampai di Pos 8
makan malam yang sejuk
Porter yang mengangkut kemah tiba lewat dari kami dan bila sampai mereka mula memasang kemah. Untuk makan malam nasi dan bakso disediakan oleh Ryan dan Ghani. Di Pos 8 dengan padang yang terbuka serta ketinggian sekitar 2500 meter, sejuk dan AMS sudah mula datang. Namun sejuk ini tidak boleh lawan semasa di Rawa Embik di Gunung Argopuro beberapa tahun lalu.
9 Mei
Esoknya kami bangun awal untuk sarapan serta solat subuh dan pada pukul 5.15 pagi memulakan perjalanan ke puncak Ciremai. Kami tiba di puncak pertama sekitar 7.30 pagi. Selepas bergambar kami ke puncak sejati iaitu puncak tertinggi pada ketinggian 3088 meter dalam 15 minit perjalanan dari puncak pertama. Jalu Sadarehe merupakan jalur yg sudah 3 tahun dibuka dan paling hampir dengan titik tertinggi Gunung Ciremai.
bergerak naik seawal 5.15 pagi
gambar dalam perjalanan
Klip video di puncak Ciremai
puncak Ciremai
Klip video pemandangan di puncak Ciremai
Selesai bergambar, kami terus turun ke Pos 8 untuk makan dan kemas barang. Dalam 10 pagi kami bergerak keluar menuju ke Basecamp Kebun Raja. Yang terawal sampai adalah pukul 12.30 tengahari manakala yang terakhir pada 2 petang.
pemandangan kawah sambil nampak puncak di jalur lain
turun semula dan kelihatan Pos 8 jauh di sana
bergambar sebelum turun
lama tak buat aksi ni
Kami terus naik lori dan tiba di Basecamp Sadarehe. Sebaik sampai hujan turun dengan lebatnya. Untuk hari ini kami sambung bermalam satu hari lagi. Semasa makan kami bertemu dengan pendaki sekeluarga dari Singapura sambil bertukar-tukar pengalaman.
takde letrik dan Wifi
10 Mei
gambar kenangan sebelum tinggalkan Basecamp Sadarehe
Bersama Mas Kang Dian, pengurus Basecamp Sadarehe
pintu masuk Gunung Putri
tugu di puncak Gunung Putri
pekena lumpia telur
11 Mei
bermalam dekat berhampiran toko Eiger dan belakang ada dobi
Esoknya beberapa peserta meneruskan pendakian ke Gunung Burangrang manakala yang lain ke Kartika Sari membeli jajan serta singgah di Consina. Peserta yang menaiki ke Gunung Burangrang sudah pulang dan bersama kami menyatakan motorsikal juga tidak muat untuk lalu serta hujan lebat semasa turun tadi. Untuk Abg Man yang akan turun dari van untuk bertemu dengan rakan lain untuk misi ke Gunung Gede dan Pangrango kami ucap selamat maju jaya.
Es tomat yang kurang ajar dan indah kabar
bergambar dengan Ryan dan Ghani sebelum pulang
12 Mei
Esok pagi nya Parok dan Ona pulang awal. Manakala yang lain ada singgah makan di kedai berhampiran dan ada yang berjalan ke beberapa tempat berhampiran.
yang berjalan-jalan ke Monas tidak jauh dari penginapan
sarapan pagi
sampai di terminal 3 untuk pulang
Pukul 2 petang kami tiba di Terminal 3. Selesai makan, kami ke kaunter KLM untuk daftar beg untuk dalam tapi tidak berhasil kerana saiz dan kekurangan berat dengan barang yang baru dibeli tidak dapat menampung saiz seperti saya yang datang dengan satu beg tapi balik tambah barang dan beg lagi iaitu 3 barang. Setelah membayar kos lebihan barang baru kami dapat masuk. Kami tiba di KLIA pukul 11 malam dan masing-masing pulang ke rumah masing-masing.
Kelebihan trip
1. Bas ELf tiba awal menunggu kami
2. Tiba di Basecamp Sadarehe sebelum gelap
3. Pemeriksaan kesihatan dari doktor di buat pada malam kami tiba dan sebelum hari bergerak esoknya jadi jimat 2 jam
4. Jangkaan kebanyakan masa bergerak dan tiba dari pos ke pos adalah sejam namun peserta berjalan tiba dalam 30-40 minit awal
5. Berjaya elak hujan semasa trekking. Hujan pertama adalah semasa kami sudah berhenti dan berada di Pos 6 manakala hujan kedua adalah lori terakhir sampai di Basecamp Sadarehe selang beberapa minit tiba lalu hujan turun dengan lebatnya
6. Menggunakan Jalur Trisakti Sadahere dan apabila sampai di puncak sejati iaitu yang tertinggi merupakan yang paling hampir berbanding jalur lain. Di puncak gunung semua jalur puncak dapat di lihat dengan ketinggian yang sama
7. Bukan hari minggu. Kami ke Bandung hari Sabtu jadi waktu pagi keluar dari Basecamp Sadarehe terdapat dalam mungkin 100 orang di sekeliling untuk daftar dan pemeriksaan kesihatan yang mungkin makan masa 2 jam lebih untuk selesai
8. Banyak kali singgah ke kedai toko outdoor dengan Eiger dalam 5 kali dan Consina dan Rei 2 kali
9. Sepanjang singgah di kedai makan, walaupun di basecamp atau di tepi jalan , makanan nya sedap dan jarang-jarang tidak memuaskan
Masalah semasa atau dijangka masalah
1. Porter diperlukan ada 4 dan sudah tertulis di resit tapi selesai aktiviti di Basecamp Sadarehe ada tambahan 1 lagi tapi tidak dinyatakan awal
2. Semua Porter sepatutnya tunggu di Pos 8 sahaja ikut perjanjian asal tapi ikut ke puncak Ciremai
3. Renger yang dikatakan 2 orang akan ikut sekali sama di awal perbincangan namun sepanjang pendakian mereka tiada bersama jadi komunikasi porter-porter tiada. Hanya Ryan dan Ghani sahaja yang menemani.
4. Di Basecamp Sadarehe tiada 4G atau 5G. Pada mulanya kami rasakan pihak pengurusan basecamp cuba mengambil keuntungan dengan tidak meletakkan pencawang terdekat. Jadi kami terpaksa bayar 4000 ruppiah untuk membeli internet selama 12-15 jam tetapi setelah hujan turun lebat dan berterusan maka kemungkinan pencawang telah rosak berkali-kali dan bantuan lambat atau tidak tiba jadi pihak pengurusan basecamp mengambil inisiatif untuk menyewakan perkhidmatan beli internet sahaja namun kalau hujan dan tiada letrik pun tiada beza tetap tiada internet
5. Untuk bergerak ke Bandung, van ELf yang dinaiki mengalami aircond yang rosak serta seat yang tidak panjang dan kami menyewa selama 2 hari
6. Jem atau macet yang tidak boleh bincang. Untuk ke pusat peranginan seperti Tangkuban Parahu jarak nya mungkin 20 kilometer tapi masa perjalanannya mengambil lebih 1-2 jam dan jika hujan masa akan bertambah
Prasarana dan Persepsi Indonesia
1. Bergerak dengan pantas samada manusia nya yang ramai dan kenderaan
2. Jalan yang sempit dan kenderaan yang banyak. Jalan yang sedia ada terutama ke Tangkuban Parahu ibarat terlalu sempit mungkin 5 tahun lagi akan sama atau tidak boleh dijangka
3. Akan ada terkena atau scam cuma kita harus hati-hati dan bersedia dari segi tambahan ruppiah
4. Walaupun bahasanya sama adakala kita tidak faham
Gambar dan klip video dari Ijam , Amy, Ona, Sue, Anis, Abg Man dan lain-lain.
Sekian





















































































0 comments:
Post a Comment