Role baru

Salam , 

Permulaan 2026 minggu ke 3, saya hadir ke AGM Kelab OGKL macam biasa. Sebelum mula ada cadangan untuk menjadi majlis tertinggi dengan jawatan sukarela menjadi setiausaha dari pihak pengerusi. Untuk persediaan AGM, semenjak bulan Disember pengerusi sudah melantik saya untuk menguruskan. Bukan tugas mudah cuma perlu membeli barang, menguruskan dewan, mengatur kehadiran dan kemaskini tugas masing-masing yang dibincangkan melalui Whatsapp atau beberapa siri perjumpaan kelab.

Kehadiran adalah sederhana macam biasa tapi tetap meriah. Namun nama saya dicadangkan untuk menjadi timbalan pengerusi kerana penyandang jawatan tersebut tidak dapat diteruskan ke agenda pemilihan kerana ada urusan peribadi walaupun hadir awalnya lalu saya menang tanpa bertanding dan bukan setiausaha yang dipertaruhkan.

Untuk makluman, untuk kekal relevan dalam pendakian melalui penubuhan kelab adalah sesuatu yang mencabar terutama dari kelab lama seperti  OGKL. Antara cabaran nya tiada pengganti atau muka baru untuk diketengahan kerana orang muda sekarang atau pendaki gen Z gemar untuk tidak bermalam dan laju sahaja. Diburukkan lagi harga yang naik tinggi seperti pengurusan gunung yang kurang baik dan harga malim gunung yang tidak rasional, perjalanan kenderaan menggunakan minyak yang naik dan ikut harga semasa, kes buang sampah tidak berkesudahan, hutan digondolkan, kejadian sesat atau keletihan lalu berlaku insiden meninggal atau panggil bomba dan masalah-masalah lain. 

Kita tengok sahaja lah apa perkembangannya. Berjaya saya mencari pelapis baru atau meneruskan aktiviti dengan ramai turut sama dan dihujung AGM seterusnya kami ada kewangan yang kukuh untuk dimanafaatkan dan membelanjakan ke jalan yang sepatutnya.


Sekian 


photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment