Salam ,
Asalnya cuma ada lesen kereta sahaja cukup lah. Nak naik motor dulu sekitar 1995 ada pinjam motor abang sekejap semasa belajar di UiTM Shah Alam tapi jatuh semasa pergi kerja dengan seluar koyak rabak dan cedera di tangan serta pernah tidak berjaya kawal motor semasa berada di kawasan rumah flet dan jatuh juga.
Pada suatu hari semasa hari terakhir di trip Medan-Acheh dan semasa berada di Tasik Danau Toba , saya ada menyewa motor atau speda. Walau tak lama, cukup memberi makna. Setelah pulang dan sebulan kemudian saya membeli motor dan mengambil lesen L yang sama seperti dulu di mana saya dapat kereta dulu baru ada lesen memandu. Dalam 6 bulan baru dapat B Full kerana lebih baik ambil yang besar kerana mungkin satu hari akan pakai motorsikal cc besar.
Selesai dapat lesen B Full pada 2009, saya tak pernah menunggang cc besar sampai lah minggu lepas iaitu 17 tahun sudah berlalu. Ada cadangan rakan sekolah dari Am untuk buat roadtrip dekat-dekat sahaja iaitu sehingga ke Teluk Intan di mana cadangan lalu dipersetujui terus tanpa banyak alasan kerana memang sudah ada kawan-kawan lain yang ada motorsikal cc besar sudah mula ride cuma saya menangguh kan sahaja.
Selesai dipersetujui , kami memulakan xpdc dengan bergerak dari rumah masing-masing pada 4 Julai. Ini kali pertama saya naik motorsikal 250 cc jenis adventure. Saya bergerak mengambil seorang lagi rakan sekolah iaitu Kama di Kampung Bharu dan menunggu 2 lagi rakan Am dan Haji Zaid di Stesyen Shell Jalan Duta pada 7 pagi. Kama kemudian menjadi Pillion kepada Am.
sampai sejam awal
Ride bermula 7.10 pagi melalui Plus ke utara dan keluar ke susur Guthrie terus ke simpang ke Kuala Selangor. Di Masjid Kuala Selangor kami sepatutnya tunggu seorang lagi kalau ikut jadual pukul 9 pagi tapi singgah dulu untuk sarapan. Sekitar 8.30 pagi baru lah Abong sampai maka cukup 4 motorsikal dan 1 Pillion untuk memulakan ride. Motor ride masing-masing lain-lain kategori dengan Hj Zaid moto Harley Davidson american style street glider, Am dengan xMax 250, Abong dengan cup baru servis dan upgrade dan saya moto berantai QJMoto SRK250R warna merah.
tunggu Abong sampai
Kami bergerak dan singgah di kedai minang lepas Kuala Selangor tapi masakkan nya pukul 9.30 baru bermula tapi kami sampai 9 pagi. Mee Goreng sahaja siap jadi kami sarapan juga.
berhenti di pantai Sekinchan
Kami sambung perjalanan semula. Semasa dalam perjalanan ada susur keluar ke Teluk Intan tapi sebab Abong yang mengemudi perjalanan, beliau meneruskan perjalanan sehingga ke jambatan Wak Jahid untuk ke kiri dan kami bergambar seperti dalam jadual.
kesah Keturunan Raja Nazrin iaitu raja sekarang mendarat di sini ... gambar-gambar agak kabur
Dalam 15 minit perjalanan masuk ke kawasan kebun dan perkampungan, kami tiba di Jeti Beting Beras Basah. Hendak ke bilik air tapi berkunci tapi kali ini ada jual air kelapa dan kami singgah minum.
Ke Jeti Beting Beras Basah
Kami di sapa oleh tuan kedai dan seseorang yang baru tiba untuk bercerita pasal kisah tempat ini mendapat nama. Secara ringkas nya dahulu datang Sultan Mudzafar 1 yang menggunakan jalan laut menuju ke pantai sambil membawa peralatan seperti beras dan makanan. Orang-orang dahulu terkenal dengan kisah silam di mana seperti kerabat di raja, sultan juga tidak lari. Semasa rombongan tiba , mereka terkena ribut dan beras yang dibawa telah basah di beting pasir. Begitu lah tempat ini mendapat nama.
Di sini terdapat kawasan mini muzium di mana diceritakan asal usul Sultan Mudzafar 1 sehingga ke sultan sekarang iaitu Sultan Nadzrin.
Kami kemudian bergerak keluar dan mencari stesyen minyak. Dari Jeti Beting Beras Basah ke Teluk Intan dalam 6o kilometer. tapi tidak jumpa dan kami kembali semula lalu ke jalan tadi untuk patah balik ke Teluk Intan. Motor Abong walaupun laju tapi kehabisan minyak untuk sampai ke stesyen. Patah balik la untuk di isi dalam botol.
petang cuma rehat
Kami kemudian sampai di medan selera di sebelah Menara Condong. Perjalanan dari simpang jalan utama cuma 10-15 minit sahaja. Selesai makan, kami sampai di homestay sebelum pukul 3.30 pm dan kami masih ikut jadual yang sudah diaturkan.
Motor-motor yang hadir
Malam nya kami makan semula tapi ada pasar malam.
akak buat popiah
Esok pagi kami meneruskan perjalanan cuma sekali berhenti di Tanjung Karang, Selepas Tanjung Karang kami sambung dan pulang ke rumah masing-masing.
sarapan pagi di Tanjung Karang
sempat singgah di Dewan Ixora Shah Alam untuk hadir ke kenduri
Sekian














0 comments:
Post a Comment