Salam,
Nama aktiviti : Trip Luar Negara OGKL Gunung Pulag, Timbak, Tabayoc & Al Al, Kabayan Benquet, Filipina
Tarikh : 12 – 17 Jun 2026
Jumlah Peserta : 11 orang (2 AJK & 9 Peserta)
Kalau ikutkan selesai Gunung Ciremai tahun lepas , saya tiada aktiviti mendaki yang bermalam atau balik hari samada dalam negara atau luar negeri dan cuma naik Bukit Dinding kurang 3 minggu lepas. Mungkin sejak itu, ke Manila dan pilihan mendaki Gunung Pulag mula menjadi perhatian saya semula. Ini kerana sejak 20 tahun lalu hanya Arwah Zaidi Bidin pernah ke sana. Selepas itu setiap tahun mata wang Peso semakin lebih naik dari turun dan kos penerbangan juga turut sama meningkat. 2 trip pertama ke Gunung Arayat di Manila dan Gunung Apo di Mindanao sejak 2010 dan 2011 sudah terlalu lama ditinggalkan. Penukaran kawasan lapangan terbang dari Clark ke Ninoy iaitu dari lapangan terbang tentera ke tanah persendirian mula beroperasi. Seiring masa berlalu, terdengar sekitar Jun 2024, ada satu gunung baru diterokai semula di sekitar Gunung Pulag. Bagi peminat mencari gunung baru dan sekali banyak gunung dalam satu trip, mungkin ini peluang nya. Bila dibincang bersama pendaki lama, bulan Jun tidak sesuai kerana musim hujan bakal berlaku nanti. Tapi bila tekad menjadi nekad, pencarian dan pembelian tiket pun bermula.
Gunung Pulag pun entah siapa tau di mana di Filipina , apatah lagi gunung-gunung di banjaran seiring nya seperti Timbak , Tabayoc dan juga Al al. Mencari operator yang sesuai serta memahami keperluan sorang muslim juga suatu cabaran besar bagi saya selaku ketua ekspedisi. Antara masalah nya adalah bahasa. Pada awalnya saya mencari di facebook seseorang atau kumpulan yang boleh membawa kami dan saya mendapati ada satu kumpulan iaitu Hakbang Pasulong yang membawa pendaki tempatan menerokai gunung-gunung di Filipina. Ada 2 nama yang tertera di facebook kumpulan ini iaitu Jason dan James. Saya menghubungi Jason dahulu tapi lambat menjawab. Kemudian James juga lambat menjawab tapi kadang-kadang membalas. Saya kemudian selalu berhubung dengan James dan akhirnya secara lisan bersetuju untuk menggunakan khidmatnya.
Setahun berlalu, semasa awal tahun diletakkan dalam takwim kelab , ramai sudah memberi nama. Perbincangan adalah pada bagaimana dari lapangan terbang sehingga ke lapangan terbang semula antara saya dan operator bermula. James sebenarnya kurang fasih berbahasa Inggeris lalu menyerahkan pada partnernya atau isteri Tala untuk urusan perbincangan. Beberapa hari sebelum kami berangkat , satu lagi perbincangan terakhir dan kali ini termasuk Bang Jo sebagai perantaraan ke 3 mungkin mengisi peserta kami yang kurang seorang.
Kemudian keluarlah tajuk utama iaitu tiba lah masanya iaitu pada 12 Jun hingga 17 Jun 2026, Kelab OGKL akan mengadakan akitiviti pendakian ke puncak gunung ke 3 hingga ke 6 tertinggi yang terletak di Luzon, Filipina.
12 Jun 2026 (Jumaat)
Selepas Fiza, Piah dan Afiq sampai awal sehari dan menginap di Hotel HM Eco dalam 1 kilometer dari NAIA Terminal 3, saya pun tiba seawal 5 pagi. Surau untuk solat terletak di tingkat 2 paling hujung di kanan sekali dan sebelah bilik air. Mencari di chatgpt, memberitahu ada restoran halal antaranya Mamak Kitchen dan Samurai. Tapi bila sampai semua kedai sudah tidak lagi beroperasi dan bila selama saya turun naik memang tiada kedai halal. Kedai Mamak Kitchen baru setahun operasi kemungkinan tiada sambutan serta bila harga minyak meningkat pada bulan Mac kira-kira 3 bulan lalu memang terjejas dengan tiada minyak dan diesel serta kurang penumpang. Saya sempat bertemu seseorang dari Malaysia yang dalam perjalanan untuk mendaki Gunung Pulag sahaja dari kumpulan lain.
Dari facebook Nabila masa awal sampai
Sekitar jam 9 pagi saya ke kaunter Cebu Pacific yang memaklumkan seminggu sebelum yang tiket saya bersama Thahar telah dianjakkan dari 17 ke 18 haribulan. Tapi ikut jadual, kami selesai pada 16 haribulan sudah ke Manila jadi saya menukarkan tiket ke 16 haribulan jam yang sama. Maka saya akan paling awal sampai rumah nanti. Setelah tukar tarikh, saya terus ke Manila menaiki motorsikal menggunakan aplikasi Joyride menggunakan jaringan tempatan dan bukan roaming.
Rizal Park
Saya tiba di Masjid Emas di Quiapo dan solat jumaat di sana. Selesai solat saya makan kerana di sini kedai muslim memang susah nak jumpa dan bila berada di kawasan muslim memang akan ada kedai halal. Selesai makan dan mundar mandir, saya menuju ke Hotel HM Eco untuk bertemu rakan-rakan yang baru sampai.
Petang-petang mereka pergi jalan-jalan
Mereka kemudian ke Manila dan saya berehat dan menunggu 2 lagi untuk sampai dan mencukupkan 11 orang semuanya.
Van dah sampai
13 Jun 2026 (Sabtu)
Keadaan bilik yang disewa hanya untuk 2 orang tapi didatangi oleh 11 orang agak bising. Kami pun diarah untuk keluar dan akan dikenakan cas selepas pukul 10 malam jika masih ada di bilik.
bukitnya cantik
Sekitar pukul 11.20 malam van operator pun tiba dan mula menyusun barang. Tepat 12.00 tengah malam van bergerak menuju ke Baguio untuk solat subuh di Grand Mosque Baguio dan sarapan ringkas di stesyen minyak. Baguio merupakan pusat peranginan dan pelancongan. Memang ramai orang di sini cuma waktu pukul 10 malam sudah sunyi.
bila sampai di kawaasan atas memang nampak bukit macam ini
Tepat jam 5.45 pagi van meneruskan perjalanan menuju ke permulaan untuk mendaki Gunung Timbak. Setelah berlegar-legar memasuki jalan-jalan di pergunungan Kabayan, kami pun sampai ke kaki bukit dan permulaannya.
gambar di puncak Timbak melalui Drone
tidak jauh selepas turun ada bot dalam 400 meter
Hanya 20 minit sahaja masa diperlukan untuk mendaki ke puncak dan terletak di kebun hak milik persendirian. Drone di pacu oleh James yang memandu sejak dari semalam. Drone ini juga yang mengambil gambar kami di puncak. Semasa turun terdapat buatan bot besar dalam 500 meter perjalanan di tepi bukit. Kami ke sana untuk bergambar dan minum kopi. Sepanjang turun atau dari tempat mula naik terdapat salib banyak terpacak di tepi trek.
ada pelangi , ada 2 pelangi
sembang dengan pinoy
Selesai di sini kami meneruskan perjalanan ke Tasik Tabeyo. Keadaan jalan yang kurang baik menyebabkan kami lewat tiba. Setelah tiba kami memasang khemah , makan tengahari waktu petang dan mengemas barangan peribadi . Keadaan tasik adalah kering kerana bulan Jun adalah bulan penghujung musim panas dan peralihan ke musim hujan.
tasik pun kering di musim panas ni
Pada jam 5.00 petang kami diberikan taklimat orientasi daripada pegawai DENR yang bernama Umar. Nama nampak muslim dan Arab tapi sebenarnya bukan Islam. Beliau menerangkan secara ringkas perjalanan ke Gunung Tabayoc serta pukul berapa nak mula mendaki. Operator kami menyediakan makan malam pada jam 7.00 malam dan kami bersiap untuk berehat dan tidur.
Dari Facebook Nabila di hari berikutnya
14 Jun 2026 (Ahad)
Kami bangun awal untuk sarapan ringan dan pada pukul 2.20 pagi kami memulakan perjalanan ke Puncak Tabayoc. Perjalanan menaik Gunung Tabayoc sangat kasar. Kepala banyak kali terhantuk. Tiada tempat untuk rehat dan kami solat di tempat yang sempit.
belakangnya pelantar di puncak Tabayoc
Kami meneruskan perjalanan dan tiba di puncak sekitar 5.45 pagi. Keadaan jalurnya agak susah berbanding jalur lain di Filipina. Di puncak terdapat pelantar daripada kayu sebagai viewpoint dan kami kena naik untuk bergambar dan melihat pemandangan gunung-gunung di sekitar.
Selepas bergambar kami turun sejam kemudian. Peserta terawal tiba di tapak perkhemahan pada jam 8 pagi dan terakhir pada jam 9.50 pagi. Oleh kerana saya ada masalah lutut dengan trek nya yang seperti tangga maka perjalanan turun saya menjadi lambat.
rehat masa turun di Tabayoc
Pada pukul 10 pagi , 4 dari kami meneruskan perjalanan mendaki Gunung Al Al iaitu gunung tambahan yang tiada dalam jadual asal. Mereka tiba dan kembali semula ke tasik pada jam 3.30 petang.
4 orang sahaja sampai di puncak Al al dengan 2 guide kami
Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Babalak Ranger Station untuk pendaftaran ke Gunung Pulag dan pemeriksaan kesihatan.
makan tengahari sebelum gerak
Dari Facebook Nabila di kemsite
jalan teruk dan berbatu ... terpaksa keluar untuk lepas kan van tersangkut di bahagian bawah
di Balai Ranger Babalak periksa kesihatan
Selesai di sini dalam 30 minit kami ke homestay untuk berehat serta makan malam. Homestay ini adalah yang paling hujung sekali dan kedai akan tutup pada pukul 8 malam.
makan malam
15 Jun 2026 (Isnin)
Sarapan dulu
Pukul 2.40 pagi semua peserta bersiap sedia untuk mendaki ke Gunung Pulag. Kami diketuai oleh 2 jurupandu iaitu Sam dan Sam juga.
Terdapat 2 pos di sini di mana setiap satu sejam perjalanan. Selesai solat subuh di Kem 2 kami meneruskan perjalanan ke puncak pertama di pencawang.
Di sini kami mengambil gambar kerana ada awan carpet dan matahari terbit. Kami mungkin tidak sempat tiba di puncak sebenar awal kerana keadaan jalan tadi yang agak merosakkan van yang baru sebulan digunakan.
bergambar di puncak Pulag
video turun tengok puncak Pulag dari jauh
ada kawan kena tinggal pulak
Selesai di sini, kami meneruskan perjalanan selama 50 minit lagi ke puncak sebenar. Laluan boleh dilihat dari jauh menuju ke puncak. Selepas bergambar kami semua turun dan tiba di homestay pada jam 10.20 pagi iaitu 3 jam sahaja dan melalui satu jalan potong teruskan ke Pos 2.
bergambar di homestay sebelum balik
Setelah bersiap solat dan makan tengahari, kami menuju ke Baguio semula untuk bermalam di homestay berdekatan Burnham Park. Kami singgah makan nasi arab dan menikmati kopi di Foam Coffee yang ditaja oleh salah sorang peserta iaitu Ona.
makan nasi Arab
di Foam Coffee
16 Jun 2026 (Selasa)
pagi jalan-jalan dan sarapan
Setelah awal pagi kami berjalan-jalan sekitar Bandar Baguio dan sarapan ringkas, kami bergerak menuju ke Manila.
kedai halal di pasar yang terkenal di Baguio ... cuma kedainya sekitar kedai tidak halal agak sukar bagi muslim menerima kecuali terpaksa dan hadam kan bau nya sahaja
cari cenderahati di tepi padang
mereka merancang apa pulak kali ni
jalan menuju di homestay kami
wayar berselirat di Baguio mahu pun di Manila
dah nak ke Manila untuk pulang
Di Baguio ini kami melawat pasar serta melihat kedai makan halal yang terdapat 2 kedai. Sementara pulang semula ke homestay ada yang membeli cenderahati dan minum kopi lagi serta ada yang membeli barangan cenderahati murah di padang untuk di bawa pulang.
rumah warna warni di bukit yang dipanggil Valley of colors
Kami singgah melihat rumah berwarna bertingkat di bukit. Perjalanan seterusnya ke Manila di mana 4 peserta akan terus ke NAIA terminal 3 dan selebihnya menginap di Hotel sekitar Manila City. Kami berterima kasih kepada operator yang mengendalikan segala urusan kami sepanjang program iaitu Mt. Pulag VIJAHERO’S.
Sehingga bertemu lagi kita di aktiviti-aktiviti yang mendatang.
Apa yang menarik dan tak menarik:
Yang menarik:-
1. Sampai ke puncak untuk 3 tambah 1 gunung sekaligus dan treknya sama seperti di Malaysia walaupun Gunung Tabayoc sama level dengan Gunung Rajah tapi cuma beberapa jam sahaja sudah sampai puncak. Bagi yg laju adalah suatu kelebihan manakala bagi yang biasa-biasa cukup untuk menghabiskan apa yang ada.
2. Tidak perlu buat secara sendirian atau DIY kerana terlalu banyak tempat hendak bergerak dan berurusan terutama pembayaran mengelakkan masalah bahasa.
3. Operator memahami keperluan kami sebagai muslim. Mungkin pada awalnya bila diterangkan agak janggal bagi mereka tapi lama-lama bila saling berbincang dan memberitahu ada pembaharuan atau pertukaran mereka akan ikut sahaja. Bagi saya sebagai ketua program kata mereka menjadi Jakim adalah keutamaan dan setakat apa yang kita mampu selainnya berserah sahaja.
4. Disebabkan berlaku peperangan dan harga minyak naik di mana ada pesawat dibatalkan dan penumpang dipindahkan ke pesawat lain, maka saya beberapa kali menukar tiket dari pulang lewat ke pulang awal dan menukarkan juga tiket-tiket pada peserta yang lewat tiba ke awal masa untuk elak van menunggu lama.
5. 15 tahun lalu saya bawa dan makan meggi setiap hari bila berada di Filipina namun kali ini berdasarkan setelah berurusan dengan operator, saya tidak membawa apa-apa makanan dan cuma tukar RM400 bersamaan 6500 Peso sahaja. Saya hanya beli roti , air kopi , makan tengahari selepas solat jumaat dan sedikit jajan untuk di bawa pulang dan baki duit adalah 3 peso sahaja. Untuk trip kali ini saya lebih pada bersikap minimalis atau guna bila perlu sahaja.
Yang tak menarik:-
1. Bila berada di pergunungan Kabayan, laluan dia terutama jalan tar masih ada yang rosak atau ada kesan tanah runtuh yang batunya tidak dibersihkan dari jalan. Satu lagi sepusingan berada di laluan ini dalam 2 atau 3 jam yang bermaksud kita akan memandang pemandangan yang sama dan berada di ketinggian yang sama.
2. Musim panas akan mengeringkan tasik jadi air menjadi faktor tarikan di Tasik Tabeyo kerana tempat ini kawasan glamping. Ada kenderaan datang untuk bermalam.
3. Menyentuh gaya hidup di Filipina, boleh di lihat keterbukaan nya. Bagi kita muslim , memang nampak berbeza namun kita tumpukan pada profesionaliti masing-masing.
4. Bila sampai di Manila, boleh dilihat wayar-wayar berselitar sama seperti di Hanoi dan bandar separuh maju serta kehidupan penduduknya yang hampir sama dengan bandar-bandar yang ada di Indonesia.
5. Bila berlaku peperangan antara Amerika , Israel melawan Iran, kesannya terkena pada seluruh dunia termasuk Filipina. Perkara paling berisiko adalah minyak dan pada bulan Mac harga minyak dicatat paling tinggi selama berdekad. Kemudian harga minyak pulih sedikit demi sedikit. Ada kenderaan yang tidak bergerak dan ramai pekerja jalan kaki sepanjang 5-6 kilometer ke pejabat. Di pihak operator, mereka memberitahu ada kenaikan sedikit dari harga asal.
6. Mata wang Peso berbanding Ringgit menurun sejak setahun lalu kerana Ringgit semakin mengukuh mengatasi semua negara Asean termasuk Filipina. Jadi kami akan mendapat untung pada masa ini. Kalau ikut masa yang paling tepat adalah minggu-minggu terakhir bulan Mei yang paling sesuatu untuk mendaki kerana pada masa kami terbang ke Manila Peso sudah mula menaik dan tidak turun.
7. Di lapangan terbang Ninoy Terminal 3 pada setahun yang lalu ada restoran halal namun perang dan kekurangan pengunjung restoran ini ditutup terus. Jadi agak sukar kami yang muslim mencari kedai makan halal.
Gambar-gambar dari peserta-peserta.
Sekian









































































0 comments:
Post a Comment