Betong - Hatyai

Salam, 

Mungkin selepas puasa , raya dan sehingga kini tiada aktiviti cuma naik Bukit Dinding sahaja itu pun tidak lama. Selepas Raya Hari ada 2 hari cuti tambahan bermakna dari Sabtu sehingga ke Selasa ada 4 hari cuti. Saya tiada rancangan untuk membawa keluarga di samping kesan perang dan minyak naik menambah lagi kenaikan harga tiket penerbangan.

Jadi untuk memudahkan urusan keluar negara dengan kos rendah tapi sedikit mencabar iaitu ramai orang di sempadan, saya memilih untuk pergi ke Betong dan meneruskan ke Hatyai iaitu laluan yang sebelum ini pernah lalu cuma bermalam di Patani.

Perjalanan bermula seawal 4 pagi menuju ke Tol Kuala Kangsar. Seawal 4.30 pagi saya sudah berehat di kawasan rehat di Plus dan solat Subuh. Sekira pukul 9.30 pagi sudah sampai di Grik. Kami sarapan di sini sebelum bergerak sejam lagi ke Pengkalan Hulu. Di sini mula singgah untuk membeli insuran serta borang TM2 dan TM3 seperti biasa dan mengisi TAC.

buat insurans di sini di Pengkalan Hulu

Bila sampai di sempadan terdapat 2 urusan yang terpaksa beratur panjang. Yang bezanya semasa di Sadao pemandu kena keluar juga untuk beratur dan memberi geran ke kaunter dan habis sahaja cop passport , saya ke tempat membuat surat penting iaitu isytihar kastam.


Segala urusan selesai pukul 2 petang dan kami bergerak ke Pekan Betong yang tidak jauh untuk makan tengahari. Untuk tempat bermalam , kalau dulu di jalan lain tapi kali ini di laluan yang kami sudah lalu tadi. Malam nya kami singgah makan di kedai Bikers tapi tidak menarik dan lambat dan orang makin ramai datang.

Di jam dan terowong di Betong


Esoknya seawal 9 pagi kami sudah keluar dan sarapan di sekitar. Sejam kemudian kami bergerak ke Hatyai dengan jarak dalam 350 kilometer atau 4 jam lebih. Perjalanan awal memang berliku dengan menaiki bukit hampir sama dengan laluan ke Cameron Highland melalui Tapah. 

Kami sampai ke Hatyai dan terus makan di Khlong Buffet Seafood seperti biasa. Tempat ini memang ramai baik semasa kami beratur mahupun selepas selesai makan di luar kelihatan ramai juga yang beratur. Malam nya tidak banyak aktiviti. 

Khlong Seafood memang tak asing lagi 

Hari Isnin kami mula bergerak keluar dari Hatyai. Di Danok kami makan di tempat biasa cuma tiba-tiba banyak kereta nak keluar ke sempadan. Urusan di sempadan selesai dalam 4 petang dan mula bergerak keluar. Keadan jem teruk dan sehingga 8 malam kami masih di kawasan Juru jadi kami berhasrat untuk bermalam di Kuala Kangsar sahaja. Selepas makan malam di exit Tol Bukit Merah kami lalu di jalan lama dalam pukul 12 tengahari untuk sampai di homestay.

datang ke Central Hatyai memang cari ni

Esok pagi kami sambung perjalanan untuk sampai ke rumah.

Sekian 

photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment